Pages

Friday 25 December 2015

Masa Lalu


Dan disini aku masih
menatap langit yang
kian malap kebiruannya

Di bawah lembayung
senja aku menyendiri
ingin menyepi

Saat teringat
memori usang itu
Ku yakin siapa pun
pasti punya masa lalu
entah kelam entah indah

Begitu juga aku
yang punya cerita
di balik nama
yang kamu tak tahu

Dan mungkin juga
aku belum sempurna faham

Bahwa dunia ini
tak lain tak bukan
hanyalah satu persinggahan bukan sebagai tujuan

Bertahan lah hati
untuk terus memilih
meski ku tahu kamu
rapuh tak sekukuh paku

Moga-moga kesabaran ini berbalas catitan dengan malaikat kanan.

T U L I S

T U L I S.

Bila sedih,
Tulis.

Bila gembira,
Tulis.

Bila kosong,
Tulis.

Bila bahagia,
Tulis.

Menulis --
Dah jadi sebahagian daripada hidup🌸🌸

Hanya dengan tulisan,
Kita dapat lakar segala isi hati yang terpendam.

Yang tidak akan terfaham oleh sesiapa.

Hanya kita dan Dia,
Yang memahami segala isi hati.

Wednesday 9 December 2015

Untukmu sayang ❤

"Sepiku bukan melupakan namun daku sematkan doa untukmu kesayangan"

Sekiranya bibir ini mudah meluahkan rasa yang ada di hati ini, 
akan aku ungkapkan dengan ketulusan hati agar ia bisa buatmu bahagia dan terharu.

Apakan dayaku. 
Daku menyepikan diri kerana ingin cambahkan rindu dan sayang dalam doaku,
 agar hati ini tidak jemu untuk memberinya kepada Tuhan.

Mendoakanmu tanpa jemu 

Monday 7 December 2015

Sakit.

You, who are very precious person in my life.❤

Get well soon and stay healthy. How did I miss u so much. How did I miss u, u have not fully recovered but still managed to gave your smile for me that morning. Today, we feel like stranger, my handphone doesn't ring to show your sweet message as usual, and I was wondering. I asked why. Apparently, u was sick and I don't know your pain to so bad your condition. Who am I, can only be heard, give words of encouragement and a pray for you from a distance.

Whatever happens, keep holding on to Rabb. I think our limit now, as human who have God in their life.

Truly,
A girl who loves you❤

Sunday 29 November 2015

Cas-cas yang bertebaran.

Bismillah.

Assalammualaikum.

Sedang bangkit dari entri-entri yang lepas.

Menulis memang nampak mudah. Aku mahu mendefinisikan terus dalam tulisan apa di dalam hati, cuma ianya tidak seratus peratus sama. Cuma, yang hairannya, ianya seratus peratus sama jika didefinisikan dengan airmata.

Huhu.

Astaghfirullah. Ada masa itu aku terasa penat sangat tapi terus menahan jantung dan hati berdiri gagah. Dunia sekeliling kali ini banyak tersebarnya cas, cas putus asa, cas malas dan sebagainya. Kadang tertarik, kadang tertolak oleh aku sendiri. Telah disebarkan cas-cas tersebut pada udara sekeliling. Ahh! Aku terkesan. Aku bencikan cas negatif itu. Sumpah. Tarikan putus asa itu sangatlah kuat. Baru mahu mengorak langkah, datang kembali cas itu, menjenguk katanya.

Manusia, sangatkan lemah. Allah mahu manusia berhenti daripada dunia, dan kembali padaNya.

Allah.

Bismillah. Aku mulakan lagi sekali. Mari kembali kepada Tuhan. Mari kembali menggenggam tangan orang yang mengingatkan kepada jalan Tuhan, mendoakan kita.

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)." - Al-Kautsar, 108 :1

Salah satu nikmat, pertama; dengan rahman dan kasihnya Tuhan, Dia masih dengan sayangNya memberikan kita nikmat walau berkali-kali taubat dinodai.

Kedua; bila mana dalam perjalanan, ada manusia-manusia berhati suci yang sudi mendoakan kau. Manusia yang Allah hantarkan entah kita kenal atau tidak kenal namanya mungkin, diam-diam menyebut namamu dalam doa. Mungkin atas doa-doa mereka, kita mampu berdiri begini.

Itu.

Sungguh menyentuh, Tuhan!

Sunday 8 November 2015

Menerima

Assalammualaikum.

Entri ini kesinambungan.
Dengan penuh cinta, aku menulis.

Ada masanya kita sangat merana memendam sesuatu. Perasaan. Ya, memendam perasaan.

Dalam perjalananku mengutip kembali semangat yang patah, ada satu plot, di mana ada satu rasa yang mendekat.

Sungguh, aku seorang pemendam.
Ya, aku pun baru tahu.

Dengan rasa itu kadang buat kau makin kuat.

aku cuma mahu satu,
kita jaga hubungan.

Sungguh, aku mahu jaga hubungan.

Kita merancang, segalanya kita serahkan pada Allah.

Mari bersama,
melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu,
memahami tanggungjawab sebagai seorang anak dan pelajar,
belajar tentang kehidupan.

InshaAllah.

Saturday 7 November 2015

Kau mungkin

Tempat ini hiruk-pikuk.

Rupanya mungkin orang disekelilingnya mahu kembali pulang ke rumah masing-masing, sama seperti orang yang sedang Orkid tunggu sekarang. Orkid diam, seperti biasa memerhati ragam manusia.

Entah kali ini merupakan satu musibah atau satu kesenangan? Dirinya merasakan dia yang paling cantik di situ. Bukan sebab perempuan-perempuan yang disainginya, tetapi adalah kerana dia seorang sahaja perempuan yang berada di situ.

Setelah Orkid menyedari ada yang melihatnya dengan teliti, maka Orkid tersingkap fikirannya; maka ini satu musibah!

Lelaki itu mendekatinya. Ragu-ragu tetapi kekal sopan.

"Saudari, sepertinya kita pernah bertemu." Lontaran suatu pernyataan darinya.

Hanya melihat wajah lelaki itu sekelip, Orkid tunduk memandang tanah. Entah ditembak sesat sahaja mungkin pertanyaan lelaki ini. Dengan tenang, Orkid cuba menghindari pandangan lelaki itu.

Orkid menjawab, "Iya? Mungkin saudara silap orang. Maaf."

"Jadi saya salah orang?" Raut wajahnya sama sekali tidak percaya.

Orkid mengangguk segera, meyakinkan ketidakyakinannya.

Lelaki itu tunduk, menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan wajah yang tidak dapat dijelaskan. "Maaf, tapi ingatan saya amat menolak untuk percaya."

"Maafkan saya, saudara. Saya tidak mempunyai apa-apa ingatan tentang diri kamu." Orkid mulai tidak sedap hati. Untuk membuatnya tidak tersinggung, dia menjauhinya beberapa langkah.

Mata Orkid liar mencari kelibat orang yang menjadi alasan dirinya berada di situ. Katanya tidak lama, tetapi sudah setengah jam Orkid menunggu.

"Menunggu seseorang?" Lelaki tadi mengajukan pertanyaan lagi.

"Tadi iya menunggu, sekarang mencari." Jawab Orkid acuh tidak acuh. Dia tidak fokus menjawab persoalan lelaki itu kerana matanya memandang sekeliling.

"Siapa? Mungkin saya boleh membantu." Tanyanya lagi.
"Tidak mengapa. Saya tidak mahu menyusahkan." Selain tidak mahu menyusahkan orang lain, Orkid juga sedang berwaspada kerana tidak tahu kedudukan lelaki ini dan tujuannya mengikutku sampai ke sini.

"Tunggu teman lelaki?" Tanyanya lagi dengan nada rendah.

"Tidak. Abang." Sebenarnya Orkid mahu membohong jawab iya, tetapi tidak mahu keadaan bertambah buruk di masa hadapan nanti.

Lelaki itu menjadi diam. Sangat lama. Membuatkan Orkid mempunyai kesempatan untuk melihat lelaki itu kembali, dengan teliti, wajahnya. Wajahnya kaku berfikir, manis sekali. Seperti begitu penyayang. Seperti begitu pantang menyerah. Orkid kembali ingat lelaki ini!

"Kita memang pernah bertemu." Matanya langsung melihat Orkid. "Setahun lagi, ketika menunggu bas, dalam satu perhentian."

Mata Orkid juga melihatnya, dengan senyum. Tatapannya terkejut, tetapi terus setuju.

"Tidak salah lagi, kita pernah bertemu. Kamu, Orkid?" Lengkap percayanya menyebut nama Orkid sekali.

Monday 19 October 2015

Adakah kau gagal?

Kau tahukah kenapa, kenapa seseorang itu merasakan dirinya gagal?

Sebab, dia rasa takut bila dia tidak dapat ikut jalan seperti orang lain lalu.
"Kenapa aku tidak boleh buat macam dia?"
"Kenapa aku tidak sepandai dia?"
"Kenapa dengan aku?"

Aneh bukan?
Silap, bukan aneh.

Tetapi ini adalah soalan, yang kerap bermain di fikiran kita.


Mungkin jalan yang mereka lalui itu sesuai dengan mereka.
Cuma jalan yang kau mahu ikut dengan mereka itu tidak sesuai dengan kau.


Kau.
Yaa, kau.

Kena cuba lari atau cari jalan sendiri ataupun buat jalan sendiri.

Kau tidak BODOH dan kau tidak GAGAL.

Cuma, kau takut mencuba.
Setelah gagal, hanya SEGELINTIR yang mampu bangkit.

Mungkin, yang segelintir itu engkau.
Kan?

Selamat mencuba dan selamat berusaha.

(Tulisan sempena keluar keputusan peperiksaan, aku belum pergi melihatnya keputusan, tetapi kawan-kawan yang lain sudah pergi melihatnya)

Thursday 15 October 2015

Aku macam debu, kecil.

Assalammualaikum.

Entri ini ditulis dengan penuh kejiwaan,
dengan berpaksi warasnya akal.

Aku sedang belajar bersabar dalam memahami ilmu itu.



Allah telah takdirkan setiap sudut kehidupan kita itu, setiap takdir itu merupakan satu ketetapan buat diri kita, setiap takdir merupakan yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu akan memberikan makna, kesan dalam diri kita. Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada hal-hal disekitar kita.

Semakin meningkatkan usia, mendewasanya diri, kita akan semakin faham tentang hakikat hidup ini. Bagi diriku, aku lebih banyak membuka mata dan hati serta belajar memahami.

Memahami keadaan,
memahami manusia,
memahami perasaan,

serta

memahami diri sendiri.

Juga, memahami mengapa sesetengah dari kita sukar untuk memahami sesetengah yang lainnya.

Aku tahu, semua masing-masing ada sikap sendiri-sendiri,
tapi tidak wajarkan kita membiarkan sikap kita itu memberikan tamparan yang mengganggu jiwa dengan orang lain?

Contoh, aku berjanji dengan sahabatku untuk datang berjumpa dengannya jam 8.30 PM, tapi oleh sebab sahabatku lambat selama 15 minit, jadi aku menunggunya dengan penuh penantian yang membuatkan terkilan.

Itu contoh, bagaimana sikap kita boleh mengganggu orang lain.

Itu contoh.
___

Para manusia yang sudi menjadi pembaca tulisan ini,

hidup kita ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita serapkan dendam dan benci. Sangat singkat. Dendam dan benci membuatkan jiwa menjadi tidak keruan, mudah api amarah ditiupkan.

Dari dendam dan benci,
boleh memutuskan tali persaudaraan,
boleh mengurangkan manisnya persahabatan,
boleh menghilangkan kasih sayang dalam percintaan.

Sebab itu, aku sedang berusaha menghindari dendam dan benci dengan orang lain. Sedang berusaha, masih mencuba.

Maka adalah tidak adil juga untuk kita terus lari hidup sendiri dengan sikap masing-masing. Menjalani kehidupan sendiri.

"Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku."

Aku tidak katakan salah menjalani hidup begitu, tetapi ada masanya kita perlu memahami rentak positif orang lain dan perbaiki rentak kita dari masa ke semasa. Kita hidup bermasyarakat bukan? Kita hidup berkawan bukan?

Kenapa tidak kita fikirkan adakah sikap diri kita ini disenangi orang lain?

Cuba menjadi orang yang baik, walau bukan terbaik.

Wallahu'alam.

Ingatlah, tinggi kita berdiri,
kita akan rebah juga mendakap bumi.

Muhasabah bersama.


"Tuhan tidak memerlukan kata-kata indah, cukup apa yang dikatakan hati sama dengan lidah."

Minta maaf kalau terkasar bahasa,
terima kasih sudi baca.


P/S: Sabar itu, tidak pernah dijanji ianya mudah, tapi ganjarannya aku tahu indah. Ada benda yang aku perjuangkan dalam tulisan.

161015

Tuesday 13 October 2015

Saturday 10 October 2015

Manusia dan kemahirannya

Tahu menulis, menulislah tentang kebesaran Tuhanmu.
Tahu petah bercakap, sampaikanlah tentang kebaikan Tuhanmu.
Tahu memandang alam, pandanglah kebesaran ciptaan Tuhanmu.
Tahu mengira, kiralah nikmat yang diberikan Tuhanmu.
Tahu membaca, bacalah dengan nama Tuhanmu.

Hatta, kau pandai ambil gambar bunga, awan, pokok, haiwan dan sebagainya pun, cubalah kaitkan dengan kebesaran Allah, betapa indahnya bumi ciptaan Dia. Nampak hujan pun,  cubalah kaitkan dengan Allah, bagaimana Dia ciptakan hujan untuk sang bumi dan seisinya. Nampak tumbuhan, cubalah kaitkan dengan Allah, macamana proses fotosintesis tumbuhan berlaku, dan siapa yang disebalik setiap kejadian.

Hadis logam:

Annasu ma'adin, khiyaruhum fil jahiliyyah khiyaruhum fil islam, izafaquhu.

(manusia itu logam, baiknya dia di dalam jahiliyyah, maka baik juga ia di dalam Islam, dengan syarat sekiranya dia faham.)

Fikirkan dan bermuhasabah bersama.

Manusia dan kemahirannya

Tahu menulis, menulislah tentang kebesaran Tuhanmu.
Tahu petah bercakap, sampaikanlah tentang kebaikan Tuhanmu.
Tahu memandang alam, pandanglah kebesaran ciptaan Tuhanmu.
Tahu mengira, kiralah nikmat yang diberikan Tuhanmu.
Tahu membaca, bacalah dengan nama Tuhanmu.

Hatta, kau pandai ambil gambar bunga, awan, pokok, haiwan dan sebagainya pun, cubalah kaitkan dengan kebesaran Allah, betapa indahnya bumi ciptaan Dia. Nampak hujan pun,  cubalah kaitkan dengan Allah, bagaimana Dia ciptakan hujan untuk sang bumi dan seisinya. Nampak tumbuhan, cubalah kaitkan dengan Allah, macamana proses fotosintesis tumbuhan berlaku, dan siapa yang disebalik setiap kejadian.

Hadis logam:

Annasu ma'adin, khiyaruhum fil jahiliyyah khiyaruhum fil islam, izafaquhu.

(manusia itu logam, baiknya dia di dalam jahiliyyah, maka baik juga ia di dalam Islam, dengan syarat sekiranya dia faham.)

Fikirkan dan bermuhasabah bersama.

Monday 28 September 2015

Surat Hari Lahir

Assalammualaikum, 

Salam kasih buat semua, moga Allah jaga hati-hati kita.

Lama tidak menulis, takut tidak jujur sama diri sendiri. Sebenarnya, jadi kadang diam kan lebih bererti? 

Hari ini aku genap 20 tahun. Alhamdulillah. 

" Yaa Khairunnisa, Selamat hari lahir."

Mahu kata syukur itu sebenarnya sukar diterjemah, kalau dapat diterjemahkan dengan kata-kata pun ianya tidak sama dengan apa dalam jiwa. Alhamdulillah, kasihMu Yaa Allah, aku bersyukur sebenarnya, rasa kerdil pun ada, diapit segalaksi bahkan lebih nikmat yang kau berikan sepanjang hidupku. Aku kadang lupa denganMu. Aku malu dengan diri, entah apa yang telah aku usahakan untuk jalan mencariMu. Sungguh, aku malu sendiri. Meminta merayu banyak perkara, tapi kebatilan melebihi dalam amalanku. Aku malu Ya Tuhanku! 

Aku masih berfikir. 

Ini bukannya coretan kekecewaan atau luahan, hanya aku cuma terdetik mahu menuang aksara jiwa di kanvas blog. Hadiah buat diri sendiri, yang masih mencari diri sendiri, masih mahu mengenal diri. Sungguh, aku sangat banyak kelemahan. Hanya doa-doa dari manusia sekeliling yang aku pinta senantiasa. Sungguh, Walau aku bukan sesiapa.

Moga, doakan aku yaa, sama ada aku hidup atau sudah meninggal nanti.

Terima kasih buat yang sudi mengucapkan selamat buatku.

Tiada gambar diri, letak ini sajalah.

Doakan aku yaa kalian?

Semoga menumbuh menjadi teguh, dalam medan amal, hatta sungguh medan realiti.


Tuesday 22 September 2015

Sunday 20 September 2015

Aku punya banyak perasaan

Assalammualaikum.

Aku pergi jaulah dengan akhwat.
Usrah..
Banyak perasaan yang datang.

Aku rasa kerdil. 
Kerdil bertemu dengan manusia-manusia yang kental jiwanya dalam jalan dakwah dan tarbiyah. 
Juga aku sangat cemburu. Cemburu sebab manusia-manusia ini punya semangat yang tinggi. 
Juga ada rasa marah. Marah dengan diri sendiri yang masih tenggelam dengan norma-norma negatif.

 Allah! Bantulah diri, masih punya banyak kerja. Sangat banyak. 
Terasa bahang-bahang kesakitan ummah. Tidak mustahil, nanti diri kita sendiri diserap sakitnya. 
Lalu bukan menyembuhkan, tapi menambahkan lagi kesakitan. 

Nau'zubillah.

Itu perasaan yang datang. 
Juga fikiran yang bertandang. 
Aku dalam kekeliruan juga tersentuh dengan 'mereka'.

Hai manusia yang sangat kuat jiwanya dalam jalan dakwah dan tarbiyah,
Kamu, sangat menyentuh jiwa.
Teruskan genggam tanganku, boleh?

Bawa aku kenal Tuhan saat sekeliling terasa menyesakkan.
Dalam kita bertatih belajar, pasti menemukan khilaf masing-masing.
Teruskan rabitah hati kita boleh? 

Doa sama, InshaAllah.


Antara yang menjadi kecintaanku, akhwat usrah.
Syukran sudi bersama kenal Tuhan.

Tuesday 15 September 2015

Aku mahu bersahabat kerana Allah!!

Rasa cinta itu, rasa rindu itu, rasa kasih itu, rasa ingin tarbiyyah itu, itu buat aku rindu.

Kerana Allah, aku sangat rindu. Sangat. MashaAllah. Sangat.

Terakhir jumpa dulu belum peluk nangis sudah, berat hati sangat mahu berpisah. Sampai bilik, masih lagi nangis. Lepas ini, entah jumpa lagi atau tidak. Moga kita masih berpegang pada cinta Allah. Berukhwah kerana Allah. Bersahabat kerana Allah. Saling mencinta kerana Allah. Moga persahabatan ini jadi satu daya tolak untuk kita lebih dekat dengan Allah. Moga Allah jaga kita semua. InshaAllah. Jaga diri baik-baik, ukhti!

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa." (43:67)

Tuesday 8 September 2015

Tulisan yang tertutur

Menumbuhkan kepingan huruf,

yang dikira mungkin dengan perasaan,

maka tambahlah dengan baja-baja kefahaman dan ilmu,

tidak lupa siram dengan kesopanan pertuturan,

kesannya boleh dilihat kelak dengan sebaris amal-amal.

Takut nanti tumbuhnya bukan mencantikkan,

tapi mencacatkan.

Tersentuh dengan hal-hal sesama manusia.

Ehh, aku juga manusia.

Sesakit-sakit

Semoga,

sesakit-sakitnya luka

hanya membunuh cinta

tidak sampai menumbuhkan benci.

Jaga hati, jaga lisan, jaga iman.

Tipulah kalau tidak sakit,
tapi,

aku minta maaf semua.

Selamat malam,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Moga Allah jaga hubungan kita semua.

Tiada tajuk terfikir

Aku tengah rindu.


Monday 7 September 2015

Pagi rindu

Ku lihat langit masih malu, tapi aku senangi gugusan mozaik indah langit pagi. 

Meskipun aku tidak pernah menaiki gunung untuk melihat sunrise, 
tapi satu nikmat besar dan syukur jika dapat mendengar azan Subuh. 

Merupakan satu hal yang perlu disyukuri.

Thursday 3 September 2015

Bangkit.

Jangan cakap,

semua orang kalau diberi peluang,

mahu kembali ke masa lalu,

memperbaiki masa lalunya.

Usah ditanya tentang yang lalu lagi,

perbaiki sahaja yang sekarang,

ambil peluang yang ada sekarang.

Teruskan, bangkit kerana Tuhan,
Allahuakbar.

Allah, saksikan.

Masih futur menggila

Ehh.

Aku mahu bangkitkan sesuatu dari hati.

"Aku sedar, aku masih menulis dengan penuh bertaburan. Tiada manfaat buat sekalian. Jadi aku fikirkann.."

Bagaimana bisa aku menulis tentang Tuhan,
jika aku sendiri punyalah zalim terhadap insan?


Bagaimana bisa aku menulis tentang Tuhan,
jika akhlak aku terbang tidak berhaluan?


Banyak lagi. Renungan diri.
Tolonglah!

Allah! Bantulah aku! Saat dunia menyesakkan!
:'(((

Janganlah biar orang menunggu

Berlatihlah jangan menzalimi masa orang lain. Setiap antara kita pastinya mempunyai tugasan lain lagi yang harus diselesaikan. Justeru, sewajarnyalah cuba menghormati masa orang lain dengan cuba melatih diri datang lebih awal atau tepat pada waktunya apabila telah berjanji.

Mungkin bersiap lebih awal?

"Kita terlalu menghormati orang yang tidak menghormati waktu, lantas diri sendiri termangu menghentak-hentak kaki menunggu."

"Kalau jadi kebiasaan, kita ubahlah. Sama-sama juga kita manusia yang punya 24 jam. Kerja jangan cakap, banyak."

Kata tangan kepada jam sambil memandang jarum jam yang tajam bisa menikam kalau macam-macam. Haha

Wednesday 2 September 2015

Menanglah sangat. hehe

Hari ini,

aku menang tulis puisi,
juga menang melukis poster.

Pertama kali aku hantar karya.

Walaupun, beku mahu menulis dan melukis, apatah lagi mewarna.

Adik aku mewarna lagi cantik dari aku.

Tahniahlah!

Pitiful

Punya panjang aku tulis entr blog sepenuh hati,

tapi terpadam.

Huaaa.
Balik rumah, update balik.

Jangan bilang kita merdeka

Happy National Day, 58 years.

Aku nukilkan.

Jangan kau bilang kita merdeka
apabila akhlak tatasusila
kau tutup dengan jaring labah-labah
melekat tapi rapuh ditembak zaman

Jangan kau bilang kita merdeka
kalau sejarah bangsa kau lupakan
Pernah engkau fikirkan kibaran bendera kita?
Kibaran yang mempunyai kemenangan
tapi di sebaliknya ada pengorbanan
pengorbanan nyawa dan harta

Jangan kau bilang kita merdeka
apabila kritik rakyat menjadi debat
tanda protes akan tuan atasan
kenapa perpecahan menjadi tabir pemikiran?
ketegangan menjadi pengganti akal
akal manusia yang rasakan kemerdekaan

Merangkaklah
atas bumi yang kau katakan merdeka
dengan kebenaran yang hakiki
walau dipijak nafsu duniawi
terus perjuang bersama Ilahi

Sunday 23 August 2015

How Big Am I

Assalammualaikum.

Kali ini, aku hanya mahu letakkan gambar di sini.
Buat tatapan masa-masa rindu nanti.

Gembira, MashaAllah. Dapat jumpa sahabat-sahabat sekolah menengah, buat program untuk adik-adik. Walau mungkin, terdapat kepincangan yang berlaku, tapi digagahu juga menghadapi, sampai habis. Alhamdulillah, program kami lancar dengan jayanya.

Tahniah buat semua, pihak SMKA Keningau, Sabah, para adik-adik peserta dan orang perseorangan yang membantu.

Sebagai pengarah program yang tidak terlatih, saya Khairunnisa, berharap moga ada input-input yang baik boleh diaplikasikan oleh adik-adik peserta atau fasilitator sendiri. Maaf atas kekurangan saya, diri yang lemah, masih belajar dari orang lain.


Thursday 20 August 2015

Pagi ini

renungan pagi,
tengok matahari,
tanya hati,
bisa hidup tanpa Ilahi?

Mimpi besar

Assalammualaikum.

Adalah caption sejam lalu baru boleh upload kerana masalah internet.

Esok ada program di sekolah adik-adik sekolah menengah. 
Doakan untuk saya dan sahabat-sahabat lain yang bersama-sama, moga dipermudahkan urusan oleh Allah. 
Memberi, mencari, menimba, menyimpan, mengaplikasikan segala ilmu yang Allah beri pinjam ini. Tidak sempurna tidak mengapa, masih mahu mengisi hidup orang-orang yang masih kosong walau diri kadang bocor di mana-mana, hanya ditampal dengan perca-perca keimanan yang masih bersisa.

 Moga semua yang hebat dalam medan dakwah, medan tulisan, medan suara dan sebagainya akan menjadi lebih hebat juga dalam medan amal buat bekalan akhirat nanti. 

At least, you know who you are.

Ku kemas tulisan-tulisanku, berhamburan atas meja.

"Aku ada mimpi besar." 
Bisik kertas kepada manusia di depannya.


Friday 7 August 2015

Tahu, kalau tahu.


"Kalau kau tahu erti senyuman aku kan dari dulu."

Yaa, kau.
Tengah rindu dalam diam.
Terima kasih untuk jam, sudi pinjamkan jam.
Aku sangat menjaganya.

Sebagaimana aku jaga perasaanku.

uhuk, malu sendiri.


Wednesday 5 August 2015

Air yang terapung

Assalammualaikum.
Tertarik mahu berkongsi, pengisian usrah semalam.

Aku tekankan disini, dari mana yang aku baca di blog ada seorang kakak ni, menarik baitnya,

"Di mana matamu berlabuh, di situ tanda keagungan Tuhan."

Yaa betul.
Di sekeliling kita ini, semuanya ada tanda kebesaran Allah.

Ambil barang seminit dua kita perhatikan,

langit?
tanah?
awan?
tumbuhan?
gunung-ganang?

dan banyak lagi.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Allah sentiasa ada di sekeliling kita. Dialah yang Maha Melihat Dialah yang Maha Mendengar. Dan pelbagai asma keagunganNya.

Apa kaitan air yang terapung dan doa seseorang?

Hmm.

Bagaimana untuk dijawab.

Tuesday 28 July 2015

Sangat sangat

Terima kasih sangat-sangat
datang mengenali
walau sebagai teman

Mungkin Tuhan susun cerita satu-satu?

secara perlahan?

untuk aku fikirkan sendiri
dan terima kekuatan

terima kasih
sangat

Friday 24 July 2015

Airport

Benarlah, 

lapangan terbang selalu menyaksikan,
pelukan dan lambaian yang penuh ikhlas.


Entah mana yang lebih sakit, 
yang meninggalkan atau ditinggalkan.


Moga Tuhan tetap genggam hati kita,
bersama, seutuhnya.


Macamana rasanya,
menjadi saksi,
sebuah pertemuan,
dan sebuah perpisahan?




p/s: hantar kakak balik Sarawak, err bakal rindu. hmm.

Tuesday 21 July 2015

Kanta berwarna cerah

Aku pernah cuba, baru sekali. 

Best, macam ada dunia baru tanpa cermin mata. 
Ibarat boleh berlari bebas riang mengejar rama-rama sambil ketawa-ketawa gembira tanpa ada kekaburan dalam perjalanan dan penglihatan. 

Tapi, ianya tidak lama. 
Aku kembali kepada cermin mata dan memilihnya. 

Kerana, hanya satu, penakut. 

Mujurlah aku tidak obses.

Cerita Orkid : Dua

Memandang sekilas tidak mahu merenung lama. Surat dari Ad, Orkid letakkan di tepi mejanya.

"Kenapa.. baru sekarang kau cari aku.."

Orkid pening memikirkan. Terganggu perasaannya. Kalau boleh, dia mahu membuang perasaan ini jauh-jauh. Dia tidak mahu jatuh cinta kali kedua! Ya, jatuh cinta! Dia tidak mahu jatuh cinta dengan sesiapa yang tidak tahu menjaganya sebagai wanita. Orkid mengambil wudhu, memohon pergantungan sepenuh kepada Allah. Dia punya Tuhan, tempat segalanya dicurahkan. Tempat segala cinta yang hakiki, cinta yang tidak mengecewakan.

Lima tahun yang lalu...

Bercucuran manik-manik jernih di pipi Orkid. Kasihan. Rasa terseksa jika ada yang memahaminya. Ujian perasaan adalah ujian berat dalam hidupnya. Dari perasaan, ianya akan mempengaruhi seluruhnya.

Lama Orkid menunggu berita Adli. Dengan harapan Adli akan memberikan kata pujukan dan maaf kepadanya. Angin rindu turut membisikkan penyeksaan bersama. Benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Orkid terseksa menunggu. Kerap dia melihat telefon bimbitnya. Dibacanya berulangkali mesej-mesej lama yang masih belum dipadam, tersenyum sendiri dan semakin resah. Orkid banyak termenung, makan cuma sekadar yang perlu. Ayahnya, Encik Kert memerhatikan perubahan anak gadisnya itu. Sudah tidak ceria seperti dahulu, jarang bergurau senda dengannya. Senyum cuma sekerat. Selalu bersendirian menulis entah apa di buku catatannya. Secara tidak sengaja ayahnya membaca buku catatan anak gadisnya dan tahulah sebab kenapa Orkid berkelakuan sedemikian. Maka, dengan alternatif Encik Kert sendiri, beliau membawa anak gadisnya itu ke sebuah kedai buku lama. Kedai yang sarat dengan cerpen-cerpen dan puisi-puisi lama. "Kedai Lama Pak Lim".

"Ayah, kita buat apa di sini?" Tanya Orkid.

"Saja ayah bawa jalan-jalan. Pilihlah buku yang Orkid suka, ayah tunggu di kafe sebelah ni." Senyum Encik Kert.

Orkid turun dari kereta dan memerhati kedai buku lama itu. Klasik. Itulah gambarannya. Dengan suasananya tenang suram ala-ala cerita fiksyen Harry Potter ketika membeli tongkat saktinya. Menarik buat Orkid. Dengan bau buku-buku lama dan baru, yang lebih kepada buku-buku berkisar jiwa dan kehidupan, buku puisi, yang terbaru zine puisi dari jiwa-jiwa muda yang berbakat. Orkid menarik sebuah zine yang bertajuk, "Champak". Meneliti puisi di dalam hasil karya 13 orang pelajar wanita Malaysia yang belajar di Beijing.

-

CHAMPAK : PEREMPUAN YANG DIMILIKI SUNYI

aku setia menunggu
pada siapa yang sudikan aku
aku bukan manusia memilih
mahu paling cuma mahu membimbing

aku paling tidak suka didengar tentang cinta tidak suci
atau apa-apa berkaitan jodoh
ah! perangai hodoh
semuanya menyemakkan
kita jangan terlalu sibuk
akan hal Tuhan yang lebih hebat merancang
tapi sedarlah aku
aku juga sering menulis tentang ia
kau perempuan, tak malu?
kalaupun kau perempuan dimiliki sunyi
sedar kau Tuhan Maha Memerhati?
tak kira di masa sunyi
tak kira di masa riuh
Dia selalu saja ada
kau saja yang selalu lupa

tapi bagaimana boleh menafi
ada masa dan ketika diri rindu.
pada yang diketahui siapa.
Tuhan, dengar aku kan?

aku selalu peringat diri.
letak cinta Tuhan cuma.
cinta manusia biar sampai masanya.

-

Supp. Bagai renjatan elektrik menyusup masuk. Sentap. Airmata Orkid mahu tumpah lagi. Terkena dirinya puisi itu. Tergigit perasaan sendiri.

"Assalammualaikum. Orkid.."

Orkid menoleh kebelakang memandang figura jasad yang menyebut namanya. Seorang pakcik tua yang biasa.

"Err.. Waalaikumussalam. Pakcik siapa?" Tanya Orkid cepat-cepat menyembunyikan manik jernih di matanya.

"Pakcik kawan ayah kamu. Ini kedai pakcik. Panggil Pak Lim. Bagus bukunya? Itu buku yang ditulis oleh anak-anak Malaysia di Beijing. Pakcik kira, orang yang suka puisi ini berbeza sebenarnya. Pemahamannya berbeza dari yang lain. Dia ada jiwa yang sangat menyentuh. Cepat tersentuh. Berkawan dengan alam, belajar dari alam. Itulah dia. Hingga kadang, orang akan merasakan itu sendirian, sedangkan, dari puisi kita boleh kenal diri kita sendiri. Paling penting, kenal Tuhan." Jelas Pak Lim.

"Iya pakcik.. Saya minta diri jumpa ayah dulu." Kata Orkid sambil mahu mengembalikan buku di tangannya itu ke tempat asal.

"Tidak mengapa, Orkid pinjam dulu." Senyum Pak Lim.

Orkid berlalu bertemu ayahnya di kafe sebelah. Hatinya berbunyi satu irama untuk bangkit dari kekecewaan hasil dari puisi yang dibacanya tadi. Sentap dan bangkit!

"Sudah jumpa buku? Bagi Orkid Kedai Pak Lim macamana?" Tanya ayahnya..

Beberapa hari kemudian, kerapkali Orkid ke kedai Pak Lim. Mengisi masa yang ada. Dia suka bau buku-buku lama. Kadangkala pelanggan akan menyangka bahawa Orkid merupakan pekerja Pak Lim, tapi bukan. Orkid menyibukkan dirinya sebagai salah satu cara untuk melupakan kisahnya yang mengguris hati.

(Bersambung)

Saturday 18 July 2015

Ke mana perginya kau.

Kali ini aku mahu kembali. 

Disini. 

Sudah aku katakan dahulu, aku mahu belajar men-diam, dan kelak mungkin datang meng-ikhlas.

Friday 17 July 2015

Ini entri untuk Lebaran.

Assalammualaikum.

Salam Lebaran dari saya. InshaAllah. Saya memohon maaf dari segala kepincangan diri saya atau mungkin kefuturan dalam tutur kata dan tingkahlaku, halal semua dan mari kita bersama menjaga ukhwah.

Lebaran kali ini, aku hanya gembira. Pertamanya, panjatkan kesyukuran kepada Allah, Tuhan semesta alam. Kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dan merasai nikmat Tuhan yang sangat banyak.

Saturday 27 June 2015

Cerita Orkid : Satu

Orkid selesai membaca silibus pengajiannya di perpustakaan. Seharian suntuk memaksa menghabiskan pembacaannya. Gadis itu berkemas mahu beredar, berdiri dan...

"Tup."

Bunyi sesuatu jatuh dari sebalik buku-bukunya. Hanya sehelai kertas yang berlipat-lipat kecil telah jatuh. Orkid tertanya sendiri, dia tidak ingat sama ada kertas itu kepunyaannya atau tidak kerana sepertinya kertas asing. Orkid mengutip kertas itu dan membuka lipatan kertas itu.

"Apa kau masih yang aku kenal dahulu? -Ad-" Kalam utama di kertas itu.

Orkid tersentak dan berkerut dahinya membaca bait-bait kata di dalam kertas itu. Ianya surat. Ia surat. Dari Ad, sedutan nama dari sebuah kisah lama. Orkid memandang sekeliling dan dia sedar seseorang sedang memandangnya! Dia tidak tahu kenapa, tapi firasat hatinya kuat mengatakan surat itu dari orang yang sedang memandangnya sekarang! Maka Orkid memberanikan diri menoleh kembali cepat-cepat, hanya selintas saat. Hanya untuk memastikan. Orkid berpaling cepat ke arah lain dan cuma mengingati sesuatu sambil melangkah keluar dari perpustakaan.

Tapi tetap, Orkid tidak sengaja memandang kembali di suatu sudut yang sama, pada seseorang.

"Ahh. Karut! Mana mungkin."

Imaginasi Orkid terlerai setelah menyangkal fatwa jiwanya dan meneruskan langkah beredar ke asrama.

"Orkid Kert!" Seseorang memanggilnya.

Orkid berpaling ke arah suara itu. Memandang dan mendengarkan suara itu, maka dia membenarkan fatwa jiwanya. Satu wajah lama menjengah. Banyak persoalan yang ingin Orkid tanyakan, tapi dikurungnya sendiri dalam minda. Nanti saja katanya.

"Err.. Kau Elman. Kau buat apa di sini?" Kata Orkid tersekat-sekat, terkejut.

"Kid, kau tanya aku buat apa di sini? Aku cari kau Orkid."

"Ada apa cari aku."

"Kau sekarang punyalah payah aku hubungi."

"Payah untuk aku bila aku nampak nama kau di skrin telefon aku."

"Ya, aku faham. Tapi lama aku tidak jumpa kau. Kau mengelak. Sekurang-kurangnya kau tidak matikan telefon. Esok, Mawar mahu jumpa kau. Abang Ad ada sekali.. "

Supp. Seperti terkena renjatan elektrik, sekali lagi nama pengirim surat itu kedengaran. Orkid cuba mengawal perasaannya yang entah apa.

"Sorry. Esok aku ada hal untuk dilakukan. Aku kena pergi sekarang." Orkid melangkah sempat mendengar namanya dipanggil berulang kali oleh Elman. Ah, biarkan. Tiada kepentingan.

Lima tahun lalu...

Memandang. Ke kiri. Ke kanan. Tidak senang. Orkid menunggu di restoran yang dijanjikan untuk berjumpa Ad, kawan lama Orkid. Mereka bertemu di satu pertandingan debat antara sekolah, yang mana antara saingan pendebat terbaik adalah Ad, nama penuhnya Adli. Sementara waktu rehat pertandingan, secara tidak sengaja mereka berkenalan dan menjadi kawan baik. Adli berumur tua dua tahun daripada Orkid. Hari itu, sebelum Adli mahu berangkat meneruskan pengajian persediaan ke luar negara, dia mahu berjumpa Orkid. Untuk mengatakan sesuatu hal yang agak mustahak katanya. Berkali-kali dipujuk, Orkid bersetuju untuk berjumpa Adli dengan ditemani oleh Mawar, kawan baiknya. Orkid dan Mawar menunggu di restoran itu, dengan harapan muncul wajah yang ditunggu.

"Ad dimana? Ni Orkid tengah menunggu ni. Muncung mulutnya macam itik menunggu Ad sini." Mawar menghubungi Adli.

"Kejap lagi Ad janji akan sampai. Tunggu sana yaa. Tunggu yaa." Jawabnya dan mematikan panggilan.

Adli berjanji pada Orkid yang dia sememangnya akan datang. Lalu selalu sahaja Orkid merenung pintu itu. Sekali muncul kelibat seseorang yang pasti bukan Adli, kelihatan riak wajah Orkid kecewa lagi dan menundukkan kepala, tetap menunggu. Semakin pelanggan yang lain pergi meninggalkan mereka disitu, namun Orkid tetap menunggu. Duduk merenung pintu itu. Sesekali sang mengantuk mendatangnya, namun digagahinya juga untuk bertahan. Mawar ingin sekali memarahinya dan bertanya kenapa Orkid masih mahu menunggu.

"Dia kata mahu datang jap lagi." Kata Orkid, sabar tapi tetap riak wajahnya tidak ceria.

Tiga jam berlalu. Mereka pulang dan Adli tidak dapat dihubungi. Orkid diam. Berkali-kali Orkid melihat skrin telefon bimbitnya, dengan harapan ianya berbunyi dan tertera satu nama. Lalu dengan agak menggigil, Orkid berusaha melawan keinginan sendiri menyekat batin sendiri yang mahu menghubungi Adli untuk bertanyakan kenapa. Tapi ditepisnya.

"Ahh biarlah." Merajuk.

(bersambung)

Saturday 20 June 2015

Someone I like.

Orkid take out her pen. She want to write something in her notebook.

"Learning to ignore certain people is one of the great paths to inner peace. I mean not continuous ignore it, I just start to blushing when I see certain people. Maybe because we are very different. I just can only write a short story, a poem or something that nobody wants to read it. Since you are better than me, you can be a chief, or someone that people will trust and know who you are. I only see from a distance and smile. I hope we fine spiritually, mentally and physically. You too high to be reached by myself. In conclusion, allow me to be high with you. So we are equally high. Also, we know about it, at this moment, only patience will teach us. Now, we learn together."

Orkid close her notebook and put it on the edge of her desk.

Tuesday 16 June 2015

Ramadhan

Assalammualaikum.

Esok Ramadhan pertama, Malam ini adalah terawih yang pertama. Bersyukurlah kita, kalimah syukur yang agung hanya untuk Tuhan semesta alam, Allah SWT.

Kita terpilih sebenarnya. Ada orang yang tidak sempat menemui bulan yang penuh kemuliaan ini. Ada jiwa yang menjadi kerinduan dengan Ramadhan, namun firasat tidak dapat menduga roh dipanggil menemui Tuhannya.

Moga kali ini, tangan-tangan yang menadah ke langit, membisik kalimah agung, menjadi ikhlas dan istiqamah.
Tidak hanya pada Ramadhan, tapi juga sehingga seterusnya.

Moga berterusan, amal ibadah sekaliannya dan moga juga diterima oleh Allah SWT.

Tidak mahu memanjangkan lukisan blog, hanya sekadar coretan dari hati, buat siapa entah.

Bulan,
Kamu cantik, menyenangkan mata yang memandang,
pasti, PenciptaMu lebih hebat kan?
maaf, entri agak bertabur.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.

Thursday 11 June 2015

Hei mimpi, hebat sekali kau pwngaruh fikiran?

Assalammualaikum.

Aku update blog.

Lama tidak menulis.


Hari ini hari Jumaat, hari untuk merindu.
Doakanlah untuk yang telah pergi hatta kita yg masih hidup tua atau muda juga perlukan doa.... Semalam aku mimpi, aku tulis buku dan bakal diterbitkan. Apakah ianya akan terus terjadi? Nampak mustahil, sbab ianya mimpi. Mimpi boleh jadi tafsiran dari minda yg terlalu memikirkn sesuatu atau mgkin org kata selalu permainan tidur. Apa dalam mimpi, mungkin tidak sebenarnya yg betul2 terjadi. Percaya pada mimpi, berhati-hati, kerana takut kebergantungan kita kepada Allah akan semakin kabur. Dari mimpi ambil iktibar yg lebih mendekatkan diri kita dgn Tuhan, bukan 100% percaya pada mimpi.

InshaAllah, Kun Fayakun, Jika Allah kata jadi, maka jadilah.

I wish it was you.

kalau ini tertutur dari katamu,

kamu kira,

apa perasaan ku?

yaa, kamu.

Wednesday 3 June 2015

Orkid bertanya tentang tenang.

Suatu hari, seorang gadis bertanya kepada ayahnya tentang suatu hal yang membuatnya resah hati.

"Ayahku, bagaimana mahu menjalani hidup ini dengan tenang duhai ayahku?" Tanya Orkid kepada ayahnya yang sedang duduk di hadapan sebuah buku dan secawan kopi.

Lantas ayahnya membuka cermin matanya, meletakkan bukunya dan menyuruh Orkid duduk.

"Untuk hidup tenang, lakukan sesuatu dengan penuh ikhlas dan ketulusan." Jawab Encik Kert, ayah Orkid.

"Ikhlas dan ketulusan?" Orkid berkerut tanda memikirkan kata-kata ayahnya.

"Dengan keikhlasan, kamu akan merasakan ketenangan. Ibaratnya kamu memberikan sesuatu kepada orang lain, berikan dengan keikhlasan. Akhirnya, kamu tidak merasakan kehilangan atau tidak merasakan kamu perlu mendapat balasan. Kalau berdoa, berdoa dengan penuh keikhlasan, tanpa risau atau bimbang doamu itu tidak sampai. Kerana dasarnya semua doa itu akan termakbul, hanya kita sahaja yang tidak akan mudah mengerti bila masanya akan dimakbulkan dan bagaimana ianya dimakbulkan."

Encik Kert berhenti sebentar memerhatikan kerut wajah Orkid. Anaknya itu cuma memahami setiap bait kata ayahnya.

"Sayangku, keikhlasan itu adalah dasarnya, sebagai akarnya. Mahu ketenangan, lakukan sesuatu dengan keikhlasan. Menjaga amanah dengan keikhlasan. Menuntut ilmu dengan keikhlasan. Pergi ke kelas dengan keikhlasan. Melakukan ibadah dengan keikhlasan dan sebagainya banyak hal lagi yang boleh dilakukan dengan keikhlasan. Memang menjadi ikhlas itu bukannya mudah, tapi tidak mustahil kan? Ianya mempunyai proses, dan jika ada prosesnya maka akan ada jalan yang perlu ditempuh kan? Cara menempuhnya dengan kesabaran juga kan?"

Orkid masih diam memikirkan dan meneliti. Tergigit dengan kefahamannya sendiri.

"Anakku, di usia mudamu begini, ayah memahami akan hal yang terasa membebankan dirimu. Termasuklah banyak keputusan besar yang perlu kau lakukan dalam hidup. Ayah cuma dapat mendoakan untukmu dan mempertimbangkan keputusanmu. Selebihnya, itu dari dirimu sayang. Kuncinya, keikhlasan."

Sekali lagi, Orkid diam. Dia terungkai kata tanya.

"Termasuk dalam mencintai?" Orkid terhenti di kalimah itu.

Encik Kert hanya tersenyum melihat wajah anak gadisnya yang merona tiba-tiba.

Saturday 30 May 2015

You stares.

When I start to speaking English, people stares at me. 

It's something weird when I start to speaking? 

Err, I speak Malay for majority in my life. 
I just let myself cool and said, you need to practice for your whole life. 
Same things with Arabic language. 
But I can see some different, my vocabulary in Arabic less than English, 
that's why I can't even speak in Arabic. 

If I can, I try. 

Ahaks. Peace.

Who Am I

"Assalammualaikum. Orkid."

"Waalaikumussalam. Why do you call me? I'm busy."

"It is very difficult to get in touch with you. Eventhough when I send my emails, you still don't wan't to pick up a call from me."

"It's hard for me too. It's hard when I saw your name. I can lost my breath a little and cried. I even know who am I."

 "Well, I understand. But tomorrow, please. I want to meet you at the bookstores. See you there, near the cafe. Please dear.."

"Sorry Min .."

"You must come this time. It very a long time no see. I miss you so much. Are you seriously want to avoid us?  Come on, Zan and Tah was there too, InshaAllah. We need to talk about our friendship"

"I said no..I have many things to do.."

She switched off her phone. Before that, she had heard Min's voice at the end of call that called her name several times. Ahh, just let it leave. Then Orkid keep her phone in the drawer, and she hope that she would not be realized if there are any message or a phone call comes in from anybody. This time, she want to be alone, her mind is already disturbed by a lot of things.

"She should have told me that she was in critical condition." Orkid said.

Orkid cried. It's because her friends. It's because her friends was conceal something from her. If they consider her as a friend, they should let her know the truth. But, she loved them. That's why she need to be alone, for a while.

Orkid opens her diary and stopped at a page that says these words.

"People let us down but the Almighty never let's us down. To lead a better life, rely on Him rather than them."

Yah!

TO BE CONTINUE.

Monday 25 May 2015

Erk.

Cancel our promises tonight, assignment.

Majlis orang lewat habis.

Saturday 23 May 2015

Jalan yang berat.

Assalammualaikum.

Kepatahan pena atau mungkin gangguan emosi membuatkan aku kaku menulis. Cerita Orkid turut bersawang. Maaf, aku kaku menulis.

Kali ini biar aku ceritakan tentang kekaguman aku terhadap 'mereka' yang kukira mengorbankan sesuatu dari hidup mereka untuk jalan itu. Mengorbankan masa. Mengorbankan harta dan sebagainya terlalu banyak hal untuk dinyatakan di sini satu-satu.

Memang banyak juga yang menapaki jalan ini. Jalan para Nabi, jalan para syuhada, jalan para pejuang dakwah. Bebannya sangat berat. Jangan kau persoalkan. Berat kerana perlu berlawanan dengan keinginan. Berat kerana bersinggung dengan realiti. Berat kerana perlu melihat kemungkaran yang begitulah bermaharajalela. Berat kerana perlu melawan arus yang berbeza dengan kebanyakan. Yaa, berat juga hatta bagiku yang masih merangkak ini. Sebab itu aku katakan aku kagumi 'mereka' yang berada di jalan itu.

Tapi,
ada kenikmatan,
ada kesenangan,
di sebalik jalan itu.

Yang tidak boleh dibayar oleh apa pun.

Bekerja untuk satu kata kerja, taubat.

Saturday 16 May 2015

Merintih hati Orkid

Diam. Kaku. Setelah menyiapkan amanah yang diberi, merintih hati Orkid mahu menumpahkan satu persatu dakwat di kanvas nota usangnya. Iya, dia mahu menulis lagi. Sebentar tadi, amanah yang dilakukan membawa banyak hikmah dan cerita tentang perasaan. Ahh, sungguh ianya menggigit jiwang. Semua itu sudah dirakam oleh suara-suara monolognya.

"Malam ini aku mahu menulis! Tentang manusia. Yaa, manusia seperti aku." Beberapa jam sebelumnya.

Tapi.. menjerit fikirannya sedang bergaduh, tidak mengerti sendiri. Apa yang dirakamkan oleh suara monolognya sebentar tadi, mulai sukar dirantai dengan aksara. Jarinya tidak mampu berdansa di atas pena sebagaimana seperti biasa dilakukan. Seperti ada tetamu asing yang membelenggu jiwanya!

Orkid diam. Putus dakwat. Tanpa sedar, gadis itu terlelap di atas kisah-kisah jiwa yang hanya terkubur dalam hati. Mungkin suatu hari nanti dapat dia ceritakan monolog hatinya.

Friday 15 May 2015

Guru Orkid dan Adik-adik Bunga Bulatan.

Ini hari indah. Ceria seperti biasa. Orkid cuba mengumpul kuat sedaya yang ada berteman kasih Tuhan. Bersungguh dia mencuba. Sungguh. Memulihkan dari luka-luka lama. Sekian lamanya sudah Orkid meninggalkan semua hal luka demi Tuhan. Hatta bila sampai lagi hal luka, kadang tidak terdaya dia. Tapi sungguh dia mencuba juga. Kini dia tahu, Allah merancang semuanya dengan terbaik.

Orkid menatap nota yang dilekatkan di helaian yang kelima belas buku yang baru dihadiahkan kepadanya beberapa hari yang lalu. Mulanya hanya kiriman tanpa nama, tapi rupanya ada nota yang bisa membuatnya tersenyum suka sendiri. Nota dari para manusia langit!

"Terima kasih akak Orkid. Atas kasih Tuhan, kita bersama menuju Tuhan penuh cinta. Selamat hari pendidik" - Adik-adik Bunga Bulatan

SubhanAllah. Selama ini Orkid hanya mendengar kemanisan ukhwah itu dari mulut-mulut manusia macam angin lalu sahaja. Yang mana baginya, dia merasakan dirinya terlalu hina untuk merasakannya. Terlalu hina dengan dosa-dosa semalam untuk mencapai kata ukhwah. Untuk berjumpa manusia-manusia yang sudi mendoakan seperti adik-adik bunga bulatan gembiranya. Kata-kata terima kasih darinya hanya kecil bila berhadapan manusia-manusia yang persis malaikat penjaga yang masih mahu menaburkan doa dalam jatuh bangunnya seseorang merangkak saban hari mencari jalan yang diredhai.

Allahuakbar, kecil dirinya diapit kebesaran Tuhan. Orkid sedar, manusia rapuh tanpa Tuhan.

Dengan fitrah bertuhan itu yang menitipkan kalungan rasa cinta kepada Allah sehingga telah dikirimkan adik bunga-bunga bulatan yang baginya sungguh ikhlas dan suci niat mereka mahu tsabat di jalan dakwah. Walau kadang terhijab dengan kesibukan menekuni tuntutan belajar, namun tetap roh-roh mereka terikat dengan satu rasa. TARBIYYAH.

Iya, tarbiyyah.

"Untuk adik-adik bunga bulatan, dengan permulaan perkenalan kita mengenali tujuan hidup kita sebagai Khalifah (2:30) dan 'abidNya (51:56). Cuba renungkan kembali setelah kita berbulatan gembira selama beberapa tahun, apa kesan yang telah tarbiyyah ini bawa kepada diri adik-adik? Kakak tiada jawapan untuk itu, cuma kamu sahaja tahu.

-Selamat Hari Pendidik-

Thursday 14 May 2015

Buku dan Orkid.

Orkid baru selesai mengemas segala buku-bukunya setelah kelas berakhir. Gadis itu melangkah pulang dengan pantas tanpa mempedulikan teman-temannya yang masih sibuk bersembang sambil berlenggang-lenggang melangkah berketawa. Baginya, masa itu sememangnya emas. Berharga. Orkid tidak mahu kalah dengan pedang waktu yang bisa membuatnya tersungkur jatuh dengan rintihan kesibukan.

Sebelum sempat Orkid melangkah dari hujung bangunan kolejnya yang bersebelahan dengan kafe, temannya yang bernama Tulip telah menahannya lalu menghulurkan satu bakul kertas yang bercorak bunga berwarna merah jambu. Orkid tergamam seketika.

"Apa ini? Untuk apa ini?"

"Hadiah..."

"Dari siapa?"

Temannya Tulip hanya senyum.

Sekali lagi Orkid tergamam. Tanpa berfikir panjang, Orkid pun mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih. Orkid bermonolog sendiri sambil meneliti bakul kertas tersebut dengan rasa ingin tahu isi dalamnya.

Tanpa menunggu, sampai Orkid di biliknya, dia terus membuka bakul kertas tersebut. Oh! Ternyata ada sebuah buku didalamnya!

Tinta 2 Asyraf, karya Hilal Asyraf dan Imam Muda Asyraf.

Bukan itu yang menjadi hal bagi Orkid kerana kegembiraannya dihadiahkan buku telah menutup segalanya. Namun persoalannya, buku tersebut dikirim tanpa nama.

Orkid meletakkan buku ditangannya itu di sisi katilnya.

Orkid Dua Hati

"Sayang, apa yang baik untuk diri Orkid, baik juga untuk ibu, InshaAllah. Allah mahu uji kita, sejauh mana kita pegang pada janji kita."

Orkid menutup matanya, satu persatu dimensi wajah ibunya muncul di ruang ingatan Orkid. Airmata yang ditahannya dalam diam akhirnya jatuh juga. Ditambah dengan tafsiran rindunya lagi membuatkan manik-manik jernih dari empangan mata tidak mahu berhenti mengalir. Berkali figura jasad ibunya memecahkan kesunyian mindanya. Berulang kali juga Orkid menyebut nama Tuhan tidak berhenti untuk menenangkan diri.

"Aku mahu melihat sudut hati ibu. Agar dapat ku isi di celah-celahnya, dengan bahagia."

Beberapa seketika kemudian Orkid tenggelam dan terlelap dalam pakaian solatnya bersama Quran di tangannya.

Pilihan.

Wednesday 13 May 2015

Orkid layan perasaan setelah belajar.

Kamar sunyi dengan satu lagu yang diulang-ulang. Teman sebiliknya sudah lena, mungkin penat kali katanya. Atau mungkin aras warasnya juga tidak sampai sepuluh sepertiku. Orkid gagah menghabiskan sisa-sisa bacaan yang ada dengan bertemankan lampu meja. Sekejap lelah matanya, dia berinteraksi dengan dinding, memandang langit dari tingkap yang dibuka membiarkan angin malam menghiburkannya. Nyaman. Berharap bulan yang cantik akan ada lagi seperti hari lain. Orkid fikir kalau bisa sahaja dia melontarkan tafsiran mindanya.

Masa depan seperti gelapnya malam. Bukan bermaksudnya gelapnya masa depan. Tapi bermaksud bagaimana masa depannya diperhiaskan? Entah bagaimana keadaannya. Entah bagaimana jika dia mati dulu sebelum sempat berbuat apa? Katanya mahu syurga, tapi syurga bukan untuk mereka yang masih merasa nyaman di zon selesa.

Selalu sahaja si gadis melayan hati. Tidak ada daya tapi cuba mengumpul kuat. Ahh penat.

Matikan imaginasi.
Melangkah berus gigi.

Tuesday 12 May 2015

Sakit gigi

Penuh berhati-hatilah
aku mengunyah

Jangan ada suara
Diam kalian semua
Aku merasa
Kau tidak merasa

Sakit gigi.

Monday 11 May 2015

Kisah Orkid

Berjalan menuju ke arah bas. Dengan membawa begnya yang kukira agak berat bagi si gadis. Tidak mengapalah katanya, inilah namanya musafir. Mahu diharap para gentleman di situ, usahlah. Takut menyimpang pula.

BUNGA



Sejak kebelakangan ini,
aku suka bunga.

boleh aku panggil diriku Orkid?










Sendirian

Hilang di balik awan,

sendirian.


Pasrah dihempas angin.

err.

Tuesday 28 April 2015

Penat mengejar?

Penat mengejar?

Jangan.
Sebab kau pernah dapat kekuatan dari itu.

"kadang aku pernah putus asa, sebab tidak dipeduli."

Ditanya tentang perasaan cinta.


Aku berusaha mahu elak.
Sebab kadang sakit,
bila kau berjalan depan orang kau suka,

dan dia tidak melihatmu.

"sakit sikit.."

sepertinya.

Tapi tidak,
aku tidak mahu elak.
sebab aku makin berubah.
mengetahuimu, membuatku berubah.

 aku suka,
memerhatimu dalam diam.

sebab aku boleh mengenalmu tanpa lakonan.

"salahkah aku mencintaimu dalam diam?"

yaa, kamu.

orang punya banyak persepsi tentang cinta.

paling penting,

cintakan Tuhan, tidak akan mengecewakan.

Sunday 26 April 2015

http://penuliskata.tumblr.com/post/117490800949/how-to-study-like-a-harvard-student

Tidak semua akan jadi baru.

Assalammualaikum.

Tengah aku update blog ini maknanya aku sedang membuang pandangan ke arah langit ciptaan Tuhan. 

Ada sesuatu di minda, yang mahu ku ukirkan di sini. 

Yaa kau tahu yang biasa aku panggil kanvas blog ini. 
Sebanyak mana pun aku ukirkan, 
takkan bisa sama dengan apa sebenarnya yang aku mahu terjemahkan di mindaku.

aku masih sedang menerima.

Adakah yang akan faham?
Allahu.

Tuesday 21 April 2015

Aku sedang pilih mahu jadi logam apa.

Bismillah.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah wastaghfirullah.

Ada lagi baki beberapa hari lagi, sebelum berangkat ke pulang 'medan' sana. Setelah banyak aku belajar dari 'medan' sini, ya masih lagi memerlukan banyak perkara.  'Medan' yang satu lagi, yang menuntut diri untuk menekuni budaya ilmu untuk manfaat. 'Medan' itu ideal, sehingga buat kerja rasa berbeza, sehingga kadang terasa tidak bersungguh kerana terlalu ideal. Astaghfirullah, moga saja tidak berhenti buat kerja kerana wujudnya manusia yang lebih hebat dalam hal-hal yang sepatutnya jadi tanggungjawab individu. Aku kerdil sebenarnya, malu aku mahu muncul menghadap jalan ini, kerana aku bukanlah hebat. 

Hebat dalam berkata, 
hebat dalam menulis, 
hebat dalam menyentuh hati orang, 
hebat dalam belajar,
jauh sekali aku.

Pernah rasa berat dalam gerabak ini, kerana kelemahan diri ini. Siapalah kita dalam jalan dakwah ini, jalan itu tidak memerlukan kita. Tapi kita perlu sedar, kita yang memerlukan jalan itu. Jangan anggap tanggungjawab dakwah itu cuma terletak pada individu yang berpendidikan agama, si tudung labuh, si kopiah dan sebagainya berkaitan. Kau silap.

Hadis cintaku, hadis logam ini senang sekali meresap dalam jiwaku. Aku sukakannya. Aku jatuh cinta pada hadis ini.


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Itulah nilai hadis ini. Jangan kita terus menerus menilai diri kita tidak mampu. Manusia seperti logam, yang mana nilainya tidak akan berubah dimanapun. Sekira jahil, nilai itu akan menyokong kejahilan tersebut dan begitulah sebaliknya. Bergantung kepada kefahaman. Itulah kita sepatutnya pandang kelebihan orang lain berbanding kelemahannya. 

Hai kamu, kita boleh sebenarnya. 


obsesi ini lahirnya dari satu cinta.
kecintaan aku pada Teragung.
kalau bukan kerana Dia,
kalau bukan kerana indahnya cinta,
aku tidak mungkin mahu obsesi pada dua benda tidak bernyawa ini.

dan satu lagi,
kerana kecintaan ku pada indahnya puisi.

begitulah.
menghalakan obsesi kearah kompas yang betul,
agar nanti tidak kau tersesat di hujung.

kredit: Syafiqah



Kerja kita masih banyak. Masih banyak sebenarnya.

Adakalanya kita mahu sendirian
menakutkan fikiran orang yang menyendiri