Pages

Tuesday 28 April 2015

Penat mengejar?

Penat mengejar?

Jangan.
Sebab kau pernah dapat kekuatan dari itu.

"kadang aku pernah putus asa, sebab tidak dipeduli."

Ditanya tentang perasaan cinta.


Aku berusaha mahu elak.
Sebab kadang sakit,
bila kau berjalan depan orang kau suka,

dan dia tidak melihatmu.

"sakit sikit.."

sepertinya.

Tapi tidak,
aku tidak mahu elak.
sebab aku makin berubah.
mengetahuimu, membuatku berubah.

 aku suka,
memerhatimu dalam diam.

sebab aku boleh mengenalmu tanpa lakonan.

"salahkah aku mencintaimu dalam diam?"

yaa, kamu.

orang punya banyak persepsi tentang cinta.

paling penting,

cintakan Tuhan, tidak akan mengecewakan.

Sunday 26 April 2015

http://penuliskata.tumblr.com/post/117490800949/how-to-study-like-a-harvard-student

Tidak semua akan jadi baru.

Assalammualaikum.

Tengah aku update blog ini maknanya aku sedang membuang pandangan ke arah langit ciptaan Tuhan. 

Ada sesuatu di minda, yang mahu ku ukirkan di sini. 

Yaa kau tahu yang biasa aku panggil kanvas blog ini. 
Sebanyak mana pun aku ukirkan, 
takkan bisa sama dengan apa sebenarnya yang aku mahu terjemahkan di mindaku.

aku masih sedang menerima.

Adakah yang akan faham?
Allahu.

Tuesday 21 April 2015

Aku sedang pilih mahu jadi logam apa.

Bismillah.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah wastaghfirullah.

Ada lagi baki beberapa hari lagi, sebelum berangkat ke pulang 'medan' sana. Setelah banyak aku belajar dari 'medan' sini, ya masih lagi memerlukan banyak perkara.  'Medan' yang satu lagi, yang menuntut diri untuk menekuni budaya ilmu untuk manfaat. 'Medan' itu ideal, sehingga buat kerja rasa berbeza, sehingga kadang terasa tidak bersungguh kerana terlalu ideal. Astaghfirullah, moga saja tidak berhenti buat kerja kerana wujudnya manusia yang lebih hebat dalam hal-hal yang sepatutnya jadi tanggungjawab individu. Aku kerdil sebenarnya, malu aku mahu muncul menghadap jalan ini, kerana aku bukanlah hebat. 

Hebat dalam berkata, 
hebat dalam menulis, 
hebat dalam menyentuh hati orang, 
hebat dalam belajar,
jauh sekali aku.

Pernah rasa berat dalam gerabak ini, kerana kelemahan diri ini. Siapalah kita dalam jalan dakwah ini, jalan itu tidak memerlukan kita. Tapi kita perlu sedar, kita yang memerlukan jalan itu. Jangan anggap tanggungjawab dakwah itu cuma terletak pada individu yang berpendidikan agama, si tudung labuh, si kopiah dan sebagainya berkaitan. Kau silap.

Hadis cintaku, hadis logam ini senang sekali meresap dalam jiwaku. Aku sukakannya. Aku jatuh cinta pada hadis ini.


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Itulah nilai hadis ini. Jangan kita terus menerus menilai diri kita tidak mampu. Manusia seperti logam, yang mana nilainya tidak akan berubah dimanapun. Sekira jahil, nilai itu akan menyokong kejahilan tersebut dan begitulah sebaliknya. Bergantung kepada kefahaman. Itulah kita sepatutnya pandang kelebihan orang lain berbanding kelemahannya. 

Hai kamu, kita boleh sebenarnya. 


obsesi ini lahirnya dari satu cinta.
kecintaan aku pada Teragung.
kalau bukan kerana Dia,
kalau bukan kerana indahnya cinta,
aku tidak mungkin mahu obsesi pada dua benda tidak bernyawa ini.

dan satu lagi,
kerana kecintaan ku pada indahnya puisi.

begitulah.
menghalakan obsesi kearah kompas yang betul,
agar nanti tidak kau tersesat di hujung.

kredit: Syafiqah



Kerja kita masih banyak. Masih banyak sebenarnya.

Adakalanya kita mahu sendirian
menakutkan fikiran orang yang menyendiri



Thursday 16 April 2015

Gembira sebenarnya



Mahu nangis.

Kita boleh gembira sendirilah
kau tidak perlu datang pun
bila kau datang
aku mulai terganggu
aku cemburu

paling teruk,
aku memujuk diriku sendiri
dalam diam

Tapi kau tahu
definisi sahabat itu bagiku

"kau tahu tangis aku dalam diam"

Esak yang tertangguh




ada waktu
sengaja mahu disandarkan
filem-filem syahdu
bait-bait pilu
lagu-lagu duka
sebagai alasan jatuhnya air mata.

walhal, jiwa ternyata sudah sakit dari dalam
kenapa tidak diakukan saja perit yang terpendam?
kenapa diakarkan terlalu lama luka yang meraja?

malam ini, tumpahkanlah semua
biar bulan turut sama berdendang tangis
pingin sekali bahu-ku menatang esak sadis-mu.

Si gadis mimpi mahu duduk di toko buku dan bersendiri hanyut dalam aksara.

Surat untuk gadis.


Aku selalu sahaja bermimpi. Ya, aku pemimpi. Memang. Kadang aku mahu berlari ke timbunan bunga-bunga wangi dan rumput kehijauan segar untuk ku baringkan susuk tubuhku dan menutup mata menikmati haruman bunga. Selalu sejuk dingin tetapi tetap hangat untukku. Dengan disisiku, tetap ada sahabatku si buku menemani. 

Boleh jangan jiwang sangat?

Tidak aku mahu
melihatmu
Kerna aku bisa
senyum tanpa kau tahu
Itu sukar



Maaf, contengan futur.

Monday 6 April 2015

Semangat yang sedang mahu datang.

I'm pushing you away because I'm trying to get closer to myself.

My heart has been feeling so heavy lately because of something important that I have to do. And then, I saw this quote,

“Winners never quit and quitters never win.” - Vince Lombardi
I am still feeling heavy but trying to drag myself to finish it. No matter the result. 





Bismillahi tawakkaltu ala Allah. 
Aku mahu kembali mula dari awal.

Sunday 5 April 2015

Kuat



aku telah temui jawapan
dan akan bermula

untuk sekian lama
hari aku akan berdiam
diam dan belajar
dari kehidupan

Aku masih beritahu Allah
yang aku kuat

aku mahu terus senyap
tanpa bermula lagi
atau memandang lagi
biarlah aku lari
dari senyuman yang membunuhku

I HOPE YOU LOOK FOR ME IN EVERYONE YOU MEET.


I'm still telling Allah about you.

Saat kita sengaja tidak bertegur sapa, semoga masih selalu ada doa-doa.