Pages

Sunday 31 August 2014

Tangis

Assalammualaikum.
Dengan saki baki airmata aku menulis.
Boleh aku menangis sebentar?
Airmata menuntut untuk mengalir.
Huuu T..T
Aku tak berani.

Thursday 28 August 2014

may i?

Assalammualaikum.


Hidup terlalu sunyi tanpa sahabat.

 Ya Allah, kami punya tali persaudaraan yang sukar di tafsirkan, didiklah hati kami dan jadikan kami hambaMu yang Kau redhai, maka dari itu, ku mohon bawalah kasih sayang kami ini sehingga ke syurgaMu, Ya Allah.

Sunday 24 August 2014

Exam.

Assalammualaikum.


Entah bila, kanvas blog ini rasanya belum lagi bersawang.
Aku tengah belajar. Belajar mengerti. Menekuni budaya ilmu.


Allahuakbar. Sediakah aku?

Peperiksaan telah terasa bahangnya, dari kejauhan aku mengulangkaji.
Takut laju terbakar diri dan menjadi hancur dengan sang putus asa.


Diri ini, tidaklah takut dengan bahangnya.
Cuma, yang membelit fikiran adalah,

cukupkah usaha ku mendalami ilmu yang dipelajari?

Atau hanya tercurah pada kertas peperiksaan sahaja?


Medan amal sebenarnya adalah ujian sebenar.

Saturday 16 August 2014

Untuk abangku

Hadiah utk pngantin baru.

Teriring salam untuk abangku,
Dua hati telah berpadu,
Dalam ikatan kukuh,
Di bingkai keteguhan tempuh jalan suciNya.
Maka ketahuilah,
lihatlah apa yang telah diubah oleh cinta,
Maka bersyukurlah,
Ada airmata yang menitik tanda bahagia,
Ada syukur yang bercampur doa.
Dalam relung kalbuku,
Di lipatan kecil kasihku,
Doa adik ini menyertaimu.

Selamat Pengantin Baru,
buat abg titoy dan kak midahh.

Saya tak dapat pulang,
sedihhhh T..T

Thursday 14 August 2014

Itu Penting Bagiku

Assalammualaikum.

Aku mahu menulis sebelum mataku lelap kerana keperluan untuk rehat sekejap.
Akan lemah diri dan minda ini jika terus menatap buku-buku nota untuk peperiksaan akhir ku.

Jadi, boleh aku menulis?
Kerana hati ini menyimpan sesuatu.
Yang dinanti jawapannya.

Alhamdulillah.
Rasanya baru semalam semalam aku mewarnai kanvas blog ini lagi.
Dengan pelbagai kata yang membentuk persoalan.
Yang lahir dari minda dan hati.
Bukankah aku meminta jawapan?

Alhamdulillah.
Aku mendapat jawapan.
Allah tahu yang terbaik.

Adakah ini kebetulan? Tidak mengapa.
Namun, sekurangnya aku tahu.
Prinsip hidupnya.

Aku bersyukur Ya Allah.
Engkau telah memberikan aku jawapan.

Tinggal diri kami yang perlu bersedia.
Dengan ilmu dan amal.

Dan jika benar, maka berdoalah.
Semoga Allah berikan yang terbaik.
PerancanganNya itu adalah yang paling terbaik,
walau bagaimana cara pun kita merancang.

Aku terima jawapan dariMu itu Ya Allah!
Yang disampaikan melalui dirinya.

Semoga Allah redha.

Hamba yg lemah,
Nisaii.
150814

Wednesday 13 August 2014

Banyak.

Assalammualaikum.


Allah mencintai aku dan kamu dengan dahsyat.
Allah bagi oksigen.
Allah bagi nikmat.
Allah bagi macam-macam.

Aku sedar.

Aku jatuh Cinta.

Assalammualaikum.

"Aku simpan dalam-dalam, takut tenggelam."
Moga tidak leka dengan kewujudan cinta Allah.


Aku.
JATUH CINTA.

"Huh? Apa semua ini?"

Ya, aku jatuh cinta.
serius.


Aku tidak kuat mengawal perasaan cinta.
Aku tidak kuat memberikan sebarang harapan.
Aku tidak kuat berdepan hakikat jasadnya.

Cuma, aku sedar satu,
itu mengajar aku cekal dan kuat.

Tetap percaya tanpa wujud kelelahan.

Jaga diri kami, Ya Allah.
Sehingga diri kami benar-benar bersedia.


Jika Allah tarik

Assalammualaikum.

Jika Allah tarik, mungkin aku tidak mampu menulis di sini lagi.
Jika Allah tarik, mungkin aku tidak mampu menggerakkan mindaku lagi.
Jika Allah tarik, mungkin aku tidak mampu bersuara lagi.
Jika Allah tarik, mungkin aku tidak mampu lagi..

Teganya aku leka kewujudan Allah.

Sunday 10 August 2014

Boleh Aku Berbicara?

Assalammualaikum.

Err.
Boleh aku berbicara barang sekejap?
Aku mahu meneliti waktu dan rasa ini barang sekejap.

Untuk dileraikan kekalutan hati.
Untuk dileraikan segala persoalan.
Untuk aku mengetahui jawapan..

Rasa ini rahsia.
Aku tidak tahu penghujung dan penamatnya.
Kerana semuanya dari Dia.

Aku sering kali berada dalam persoalan.
Kenapa aku terjebak dengan rasa ini.
Sedangkan aku tidak tahu mengawalnya.
Atau mungkin aku yang terburu.
Atau juga ada perancangan disebaliknya?

Rasa ini.
Membuatkan seseorang yang kuat menjadi lemah.
Membuatkan seorang yang pandai menjadi jahil.
Membuatkan seorang yang bahagia menjadi derita.
Membuatkan yang buruk menjadi cantik.

Tertanya-tanya.
Diam.
Kuat.
Lemah.

Itu semua. Bercampur baur.

Boleh beri aku jawapan?

Kerana aku tidak tahu.
Kerana hatiku mudah tertanya.

Thursday 7 August 2014

Always a traveller

Assalammualaikum.


I was standing. and breaking inside.
I can't help myself from being me.

" Ehh, cuti habis dah. Mari kembali ke pangkuan kelas, buku dan segalanya. Rasa macam bahagia. "

There is one thing I thought during this journey,  adventure.

"Menjengah dalam bayangan."

Now, 
I was sitting in silent, on the way back to Keningau.
Breathless, I'm alone.
Looking out the window of this taxi.
There are many memories come around my mind.
Take me back to my childhood.
Pendek kata, semua kenangan yang telah berlalu.

I realized this feeling when I was travelling.
The same situation occurred when I was at the ferry, on the way to KML, Labuan.
Looking out to the window and remind myself.


I promise that I won't cry again this semester.
I won't be weak, I won't be fragile.
I won't be vulnerable, chased by give up.




Hmm. Post ini tiada unsur tarbiyyah.

Patah Hati.

Assalammualaikum.

" Agak lama akan menghilang."
"Sampai bila?"
"Mohon doanya sajaa.."

"Kita perlu jatuh cinta dan patah hati untuk membuat puisi yang bagus."
Helvy Tiana Rosa (Sastera Indonesia)

Mahu saja aku gergaji kenangan itu, agak biar jadi serbuk kayu dan berterbangan.

Kali ini, pemergianku akan lama.
Mencari. Entah mencari apa.
Sudah jumpa?

*Geleng kepala dan angkat bahu*



Kau tahu.
 Tahu apa? Hmm.
Patah hati. 
Patah hati?

Seorang ja?

Patah hati boleh membuatkan seseorang menjadi dua kemungkinan:

1. Patah hati dan kau jatuh tersungkur, tenggelam dalam laut kesedihan lalu tidak bangkit lagi.
2. Patah hati dan kau jatuh tersungkur, lalu bangkit kembali untuk melangkah lebih jauh.

Tidak ada masalah pun, jika semuanya dikembalikan kepada Allah, diselesaikan dengan baik.

Hati?
Hati tidak patah sepenuhnya, jika jatuhnya tidak terlalu.

*senyum*

Alhamdulillah. SubhanAllah. Allahuakbar.
Keretakan hati ini membuatkan aku sedar yang aku ini hamba yang hina.
Jalan itu yang sepatutnya kufahami sepenuh jiwa.



Ampuni aku Ya Rabbi..
Tanpa sedar jalan itu aku hanya membaca tidak mengertikan.

Semoga kepenatan dan kelesuan tidak melesukan semangat di jalan itu.

p/s: Perjalanan fitrah seorang hamba yang penuh noda dan dosa dan kewajipan seorang manusia.

Warkah

Assalammualaikum.



Ku titipkan selayang warkah buatmu, Khairunnisa.

"Yakin dengan janjiNya, dan kamu tidak akan kecewa.
Usaha disulami dengan tawakal.
Cuba menjadi kuat, kerana Allah.
Kamu tahu bukan, dari mana ujian yang datang itu?
Bukan dari Dia? Untuk kamu menjadi kuat?
Tidak mungkin kamu dibiarkan bersenang-lenang?
Ayohh, mana semangatmu? 
Aku ingin melihat kamu berjaya, dunia dan akhirat.
InshaAllah."

Salam dan doa buat semua.



Wednesday 6 August 2014

Takda Tajuk

                    Am I forgot?
                          T..T

Tuesday 5 August 2014

Lebih Baik Aku Mati?

Assalammualaikum.
Sesempit ruang dua biji mata yang melihat,
sekelumit ruang gelombang telinga yang mendengar,
Agak ngeri memikirkan.
Tapi goresannya masih berbekas!
"MANA MUNGKIN MENDAHULUI TAKDIR"
Kematian.
Engkau tahu rasanya?
Mana mungkin kita tahu.
Sabar.
Mana mungkin kita tahu.
Tanpa petanda yang menghampiri.
Saat nadi berhenti.
Nafas yang tidak terhela lagi.
Jiwa?
Pulang pergi menemui Ilahi.
Sakitnya?
Jangan engkau mendahului takdir.
Kekecewaan.
Kemurungan.
Patah harapan.
Jangan engkau mendahului takdir.
Biar Malaikat Maut itu yang melepaskan jasadmu,
bukan engkau yang mendahuluinya!
Jangan lupa keinginanmu meraih Jannah!
Setiap nafsu yang terhembus di hidup ini takkan puas,
walau engkau berikan segunung emas sekalipun!
Kerana engkau akan ditanya,
apa yang engkau kerjakan selama ini!
Jangan bunuh dirimu sendiri.
Dengan kata-kata pedas.
Yang mungkin, kenyataan mendatang.
Ikhtiar sebaik.
Dari mencelup mindamu,
dengan perkataan,
"lebih baik aku mati."
Kamu dan saya.
Saya mohon.

Jangan bertindak gila.
Yang menyayangi mu,
Sahabat ini.

Sunday 3 August 2014

Maafkan ana, Ana telah rindu.

Assalammualaikum.

Tercari-cari.

Maafkan, kadang penulisanku lari dari unsur tarbiyah.

Aku kehilangan idea.
Aku sudah lama tidak membaca.
Dan, aku sudah lama tidak bertemu akhwat.
Rasa ini buat aku rindu.

Ingin meneruskan apa yang telah aku mulakan di KML.
Sebab itu, aku tercari-cari.
Masihkah aku dipilih?

Sekali itu aku meletakkan jasad dan hati berperang sendiri, dan perasaanku dipalu hebat.
Aku mahu merasai kembali ukhwah bertangkalkan keimanan.
Bertangkalkan cinta kerana Allah.
Diriku mungkin jauh, tidak mampu menyumbang tenaga, keringat, berdiri sama duduk sama dan merasai perasaan tarbiyyah bersama. 
Melunak hati ingin berbicara, berjumpa. 

Aku tidak mampu merasai apa yang kamu rasai di KML sewaktu itu. 
Tetapi satu yang aku mahu kamu tahu, sejauh mana pun aku, 
aku akan cuba sedaya upaya menyumbang sesuatu untuk perjuangan kita.
Dan aku mahu meneruskan apa yang telah aku tinggalkan di KML.
Rasa rindu, rasa sayang dengan akhwat di jalan ini.
Rasa ini buat aku jatuh cinta.

Pantai Pancur Hitam, Labuan.
Berbulatan gembira.


Berbulatan gembira dekat pantai.
Pantai Pancur Hitam, Labuan.
Allah, bagaimana aku rindu?

LAGI,
masihkah aku dipilih?


Hamba yang menunggu khabar dari kejauhan,
Nisa,
Sc Modul 3 14/15
BC2T10.

Piece of Note to myself

Assalammualaikum.
Salam Syawal.

"Piece of note to myself."

Melepaskan, dia boleh teman kita.
Tapi, dia kena jaga masjid.
Tak boleh ambik.
Nampak agak pelik saya disitu.
Hee, 3rd August.
I'll try to write in english. At least, I fixed my attention for myself.

So, currently this Raya break, I took a chance to find myself, along with my family.
Find my strength, my passion, along with my family.
Because their smile are honest, not full with hypocrisy.

And, the most important,
Allah is always with me.
Yes, I know.

I was growing up. Growing up.
You know, depression became a natural part of life.
But, I just not mention it was me.
You know, everyone has problem.
But, I just not mention it was me.
Through by middle school into high school and now.

Like many problems I had.
The more I tried to solve it, the more worse it got.
So, it was my own consciousness.
Sometimes, I had become a prisoner in my own prison.
I realized it quickly.

I overlooked a fundamental truth about this life.
I began to panic and wondered what I was wrong.
What would happen to myself if I continue this way?

We, as humans, are inherently imperfect.
Will always mess up.
It is not because you're not grateful enough.
It is not because you're not religious enough.

Just smile.
The tests of Allah come in different forms to different people.
By the help of Allah, every test can become a tool to get closer.
Get closer to Him.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Cintakan bunga, akan layu.
Cintakan manusia, akan mati.
Cintakan Allah, hakiki.


p/s: err.. broken english.