Pages

Thursday 27 December 2018

....

Tulisan bertahun

Sejujurnya aku kepatahan
kepatahan dari pena
sebentar aku melihat aksaraku
cacat
compang-camping

aku selalu
perempuan yang gagal melupakan
hal-hal penyebab tulisan
tiap patah tulisan yang aku tuliskan
kecil dan hanya tulisan

Saturday 17 November 2018

Mulai bekerja sebagai S29.

Assalammualaikum..

Allahuakbar.

Tanggal 1 November 2018, satu tanggal yang bermakna buat pensyarah Jemputan di PLD Kudat. Kami sudah bekerja di bawah Yayasan Taqwa mengikut gred. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, yang mengaturkannya. Segala kemudahan hanya kepadaMu ya Tuhan. Kontrak kami dipertingkatkan dan lebih selesa buat kami.

Aku bersyukur. Namun, aku telah sekali lagi mempunyai dua pilihan.

Ingin terus bekerja, membantu keluarga, atau menyambung pelajaran dengan sepenuh masa?

Wednesday 24 October 2018

Inikah lagi?

Assalammualaikum..

Lama tidak menulis lagi di sini. Hanya memenuhi tulisan jiwa di media sosial yang kurang isinya namun banyak ertinya, sukar difahami. Aku berharap aku akan semakin rajin dan mempunyai masa untuk menaip lagi di kanvas blog ini..

Allah, Allah.. hanya namaMu yang ku sebutkan, kerana hanya Engkau yang memahami erti hatiku ini yang aku sendiri berkira-kira memahaminya. Perasaan apakah ini ya Allah? Aku terlintas untuk menulis lagi di sini apabila terlalu satu perasaan yang susah dilupakan tetapi masih aku terlupakan. Aku selalu bergaduh dengan fikiran sendiri apabila dengan pelajaran. Ya Allahh..

Aku sudah bekerja, dan menyambung pengajian secara jarak jauh, mulanya aku sangat teruja dan bersemangat, namun setelah menempuh pengajian selama dua semester, aku sedar aku kehilangan sesuatu.. kehilangan rasa belajar. Apa yang aku hadapi ini sesuatu yang tidak berkualiti? Apa hanya ini merupakan hanya penyedap hati untuk belajar? Atau mungkin aku mengejar sijil sahaja? Ya Allah.. kuatkan aku ya Allah.. pilihkan aku dengan yang terbaik mengikut perancanganMu ya Allah.. aku hanya hamba, aku hanya membawa perasaan ini.. Maafkan aku jika aku hamba mengeluh ya Allah.

Aku mahu belajar dengan teratur dan lebih berkualiti ya Allah..
 
Bulan ini bulan menanti lagi, bulan depan adalah keputusan sekiranya aku dapat menyambung atau diterima masuk ke universiti awam.

Ya Allah, Engkau yang memilihkanku, aku serahkan semua kepadaMu. Apa yang terbaik buatku. 

YES.

Wednesday 12 September 2018

Wajarlah aku pemendam.

Tidak ramai memahami seorang pemendam. Bahkan pemendam sendiri tidak memahami dirinya.

Kau paksakan dia meluahkan?

Kalau dia jumpa kata.

Selalu dia memang bisu dengan luahan.

Bukan kerana tidak mahu meluahkan, cuma terlebih dahulu siapa yang faham dirinya dan cuba memasuki dunianya?

Saturday 24 March 2018

Memahamimu.

Aku cuba memahamimu, seisimu.

Menyayangimu, dari jauh.

Mengagumimu, dari jauh.

Mencintaimu, dari jauh.

Mendoakan, dari jauh.

Thursday 4 January 2018

OVERHELMED; Datang ketika rindu, benar-benar rindu.

Assalammualaikum.

2018.

Aku kira ini post yang pertama pada tahun 2018. Bermula tulisan sejak 2013, lama juga yaa. Selalunya kerana saja-saja, mengisi masa, dan meluahkan jiwa. Hampir separuh kisah banyak ku kongsikan di sini. Hampir.

Selamat tumbuh kembali menjadi teguh di tahun ini.

Banyak perancangan yang tertunai cepat dari waktunya, ada juga perancangan yang tersekat belum sampai waktunya, Tuhan masih belum izinkan, ada juga perancangan masa depan yang masih dirangka-rangka..

Tuhan! Cukup kuatkan aku hingga akhirnya. Cukup itu aku menjadi orang yang tidak mudah putus asa dan terlebih pemikirannya.

Alhamdulillah untuk segala yang mendatang.

Aku perlu lebih bersyukur, di saat ada orang lain yang tidak punya apa yang aku miliki..

Selamat menulis lagi, rajin-rajinlah luahkan jiwa. Jangan pemendam.

Tahun ini; tidak banyak yang aku pinta kepada diriku sendiri, cuma tolong lebih banyak menyimpan simpanan duit sendiri. Hehehe. Juga, rajin-rajin belajar..

K, Bye.

tulisan sahaja

Tulisan perempuan robot, patah mematah.

Kembara jejak tarbiah ke Danau Maninjau merenungi tanah kelahiran Buya Hamka. Kita terpesona, dari bukunya kita baca. Bagaimana indahnya seperti dalam buku kita baca, selalu kita bayangkan. Kisahnya kita di hati mahu ikut mudik ke sana, tapi cukup-cukup sahaja, dan pastinya mudiknya tidak dibenarkan. Siapalah kita, bukan orang kaya-kaya, perempuan biasa-biasa saja. Ke mana saja, pulangnya pada waktunya. Pastinya dikata, tinggi angan-angan, mahu capai tidak sampai apatah lagi didukungkan. 

Banyak perkara boleh difikirkan dari itu, kisah kembara kisah bebas dan kisah orang kaya-kaya kata. Sia-sia? 

Berkisah sini sahaja, tidaklah kita bangkitkan segala yang ada, cukup dengan rasa. Kita bisa lihat dari gambar sahaja dan baca-baca. Biar diam senyum sahaja, sudah dikata sia-sia, diamkan sahajalah paksanya jiwa kita. Simpan kembali angan-angan. Sampai ke tua bersama angan dan senyum sendirian, terlopong lihat melihat yang berpergian. Lalu kelompok meraihkan, "Garam lebih dahulu kita makan, kita tahu mana berkepentingan". Pening si perempuan.

Tulis perempuan robot, sebelah sayap belum patah makin hampir.