Pages

Saturday 16 May 2015

Merintih hati Orkid

Diam. Kaku. Setelah menyiapkan amanah yang diberi, merintih hati Orkid mahu menumpahkan satu persatu dakwat di kanvas nota usangnya. Iya, dia mahu menulis lagi. Sebentar tadi, amanah yang dilakukan membawa banyak hikmah dan cerita tentang perasaan. Ahh, sungguh ianya menggigit jiwang. Semua itu sudah dirakam oleh suara-suara monolognya.

"Malam ini aku mahu menulis! Tentang manusia. Yaa, manusia seperti aku." Beberapa jam sebelumnya.

Tapi.. menjerit fikirannya sedang bergaduh, tidak mengerti sendiri. Apa yang dirakamkan oleh suara monolognya sebentar tadi, mulai sukar dirantai dengan aksara. Jarinya tidak mampu berdansa di atas pena sebagaimana seperti biasa dilakukan. Seperti ada tetamu asing yang membelenggu jiwanya!

Orkid diam. Putus dakwat. Tanpa sedar, gadis itu terlelap di atas kisah-kisah jiwa yang hanya terkubur dalam hati. Mungkin suatu hari nanti dapat dia ceritakan monolog hatinya.

No comments:

Post a Comment