Pages

Friday 15 May 2015

Guru Orkid dan Adik-adik Bunga Bulatan.

Ini hari indah. Ceria seperti biasa. Orkid cuba mengumpul kuat sedaya yang ada berteman kasih Tuhan. Bersungguh dia mencuba. Sungguh. Memulihkan dari luka-luka lama. Sekian lamanya sudah Orkid meninggalkan semua hal luka demi Tuhan. Hatta bila sampai lagi hal luka, kadang tidak terdaya dia. Tapi sungguh dia mencuba juga. Kini dia tahu, Allah merancang semuanya dengan terbaik.

Orkid menatap nota yang dilekatkan di helaian yang kelima belas buku yang baru dihadiahkan kepadanya beberapa hari yang lalu. Mulanya hanya kiriman tanpa nama, tapi rupanya ada nota yang bisa membuatnya tersenyum suka sendiri. Nota dari para manusia langit!

"Terima kasih akak Orkid. Atas kasih Tuhan, kita bersama menuju Tuhan penuh cinta. Selamat hari pendidik" - Adik-adik Bunga Bulatan

SubhanAllah. Selama ini Orkid hanya mendengar kemanisan ukhwah itu dari mulut-mulut manusia macam angin lalu sahaja. Yang mana baginya, dia merasakan dirinya terlalu hina untuk merasakannya. Terlalu hina dengan dosa-dosa semalam untuk mencapai kata ukhwah. Untuk berjumpa manusia-manusia yang sudi mendoakan seperti adik-adik bunga bulatan gembiranya. Kata-kata terima kasih darinya hanya kecil bila berhadapan manusia-manusia yang persis malaikat penjaga yang masih mahu menaburkan doa dalam jatuh bangunnya seseorang merangkak saban hari mencari jalan yang diredhai.

Allahuakbar, kecil dirinya diapit kebesaran Tuhan. Orkid sedar, manusia rapuh tanpa Tuhan.

Dengan fitrah bertuhan itu yang menitipkan kalungan rasa cinta kepada Allah sehingga telah dikirimkan adik bunga-bunga bulatan yang baginya sungguh ikhlas dan suci niat mereka mahu tsabat di jalan dakwah. Walau kadang terhijab dengan kesibukan menekuni tuntutan belajar, namun tetap roh-roh mereka terikat dengan satu rasa. TARBIYYAH.

Iya, tarbiyyah.

"Untuk adik-adik bunga bulatan, dengan permulaan perkenalan kita mengenali tujuan hidup kita sebagai Khalifah (2:30) dan 'abidNya (51:56). Cuba renungkan kembali setelah kita berbulatan gembira selama beberapa tahun, apa kesan yang telah tarbiyyah ini bawa kepada diri adik-adik? Kakak tiada jawapan untuk itu, cuma kamu sahaja tahu.

-Selamat Hari Pendidik-

No comments:

Post a Comment