Pages

Wednesday 23 April 2014

Aku bukan Tokoh Hijrah - perumpamaan.

Assalammualaikum.

Aku berjalan-jalan, meneroka alam. Aku pusing-pusing, menjelajah alam sekeliling.
Aku mengambil masa muhasabah diri sendiri dan tanya dengan diri sendiri.
Hingga akhirnya aku mewarnakannya di kanvas blog ku, terpulang kepada si pembaca untuk mentafsirkannya :)

Kadang-kadang iman sakit. Kita kena tanya orang lain supaya iman yang sakit dapat penawarnya.
Bi idznillah.

Proses hijrah itu bukan dengan hanya pakaian sahaja, bahkan hati diisi ilmu. Bila ilmu terisi di hati, Insha Allah bertambahnya iman diri kita. Jika bertambahnya iman, maka tergeraklah hati berbuat kebaikan. Pastinya setiap orang mempunyai cheritera silamnya yang tersendiri. Entah kelam, entah mendung, entah cerah dan entah-entahnya lagi. Engkau dan aku sama, punya kisah silam yang hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.

Mulanya proses hijrahku tidak konsisten. Sekejap aku terbang ke KL, sekejap aku terbang ke Sarawak, sekejap aku terbang ke China - perumpamaan. Ada ketikanya, aku terbang jauh tanpa arah tuju. Tanpa sandaran apa-apa. Angin dan ujian yang datang kadang buat aku terpelanting jauh dari landasan. Aku biarkan diriku terpelanting jauh. Tiada yang menegur kenapa aku terbang jauh tanpa hala tuju.

Sebab itu kena ada ilmu, ilmu Allah makin diburu makin kita tidak tahu.


Wednesday 9 April 2014

Aku segera berlari.. dan penat.. tetapi tetap terus berlari.

Assalammualaikum.

Bukankah dahulu engkau yang meminta-minta untuk dapatkan semua ini ?
Bukankah engkau yang paling bersemangat untuk melakukan semua ini ?

Aku juga penat. Aku juga tertekan. Tertekan diasak oleh sahabat, keluarga dan guru-guru.
Mindaku tertekan, tetapi aku nampak kesungguhan.
Kita berada dalam situasi yang satu. Kita berada dalam keadaan yang hampir sama.

Penat itu dari Dia. Dianugerahkan penat untuk kita.. untuk kita bermuhasabah.

Penat. Penat segalanya.
Cuma diri sendiri yang dapat mentafsirkan sang penat itu.
Bukan engkau sahaja yang punya masalah,
Bukan engkau sahaja yang jatuh merindu.

Alhamdulillah, melalui penat ku temui kedamaian.
Melalui penat ku temukan kesayangan orang lain terhadapku.
Melalui penat juga aku kenal marah.
Melalui penat juga aku kenal memaafkan.

Semua berlaku dengan izinNya.
SubhanAllah.


Tuesday 8 April 2014


Life is a journey

Assalammualaikum.


Masihkah aku dipilihNya?

Assalammualaikum.



Allahurabbi :')
Segalanya ku lakarkan di kanvas blog ku, terpulang kepada yang menatapnya baris demi baris. 
Hari ini, saya cuba ‘reset’ kembali hati. 
Andai mampu untuk aku “format” kembali isi hati, ingin sekali. 
Segala yang manis itu perlu dicapai selepas hebatnya merasa pahit.
Aku tersenyum sendiri. 
Dalam tawar tetap juga bibir ini cuba mengukir senyuman pemujuk untuk diri. 
Sejauh mana hebatnya kepahitan yang telah aku rasakan? 
Seakan tiada apa yang perlu dibanggakan untuk merasa nikmatnya kemanisan dalam garisan kehidupan.

Saat kita bersendirian,
kita sedar kita cuma ada Tuhan.


Itulah aku. Cuma dengan nama aku sahaja.
Sedih. Terasa hati dipalu hebat. 
Sekali lagi, meletakkan jasad dan hati berperang dengan kecewa. 
Masihkah aku dipilih untuk bersama berpenat lelah dengan gembira? 
Masihkah aku dipilih? 
Masihnya aku dipilih merasai kerinduannya tarbiyyah bersama?
Masihkah ada yang mahu mengenaliku?
Masihkah ada yang mahu bersahabat denganku?
Masihkah ada yang mahu mencintaiku?
Masihkah ada yang mahu mendengar luahan hatiku?
Masihkah ada yang mahu memberikan aku kekuatan?

Allah.
T..T

Sungguh, ujian terhebat bila berdepan dengan emosi dan perasaan,
terutama dengan manusia.

Berhadapan dengan manusia, setelah kau luka,
sangat hebat tamparannya.
PEDAS.


Mula berbicara dengan diri aku sendiri, 
“menangislah andai itu membuatmu lebih lapang menuju ke hadapan”. 

Berat. Payah. Segalanya semakin dirasa menghimpit dada. 
Berapa ramai yang jiwanya sudah diasak sehebat ini? 
Berperang dengan perasaan. 
Aku masih menginginkannya tetapi.. bergejolak dengan pelbagai pilihan. 
Sebab itu aku bertanya, masih aku dipilihNya? 

Aku rindu. Aku cemburu. Melihat yang lain.

. Allah! Aku rindu! 
Aku perlukan tarbiyyah.

Aku sedang terselit,
di celah masyarakat. 
dengan emosiku begini.

sungguh,

masihkah aku dipilihNya?




Aku sendirian. Tenggelam dalam lamunan sendiri.



Bermula dari hitamnya semalam aku gariskan sesalan,
 yang tidak mungkin akan aku padam dengan izin Allah. 

Moga Allah redha.
Moga Allah bantu segalanya.