Pages

Tuesday 17 December 2013

Jangan rasa sendiri.

Bismillah.

"Jika kita cinta, mesti kita akan berubah."

Jika cinta Allah, mesti kita akan berubah ke arah yang disukai Allah.
Tanya diri sendiri, sanggupkah kita lukakan hati seseorang yang kita cintai?
Begitu juga jika cinta Allah. Setiap kita ini, mesti ada melakukan kesilapan.
Mustahil jika tiada. Cuma diri kita sendiri yang tidak mahu mengenal kesilapan kita itu, dan perbaikinya.
Kita cuma tahu, tetapi tidak mahu mengenalnya.
Jika kita kenal kesilapan kita, kita ada cara untuk perbaikinya.
Dari situlah bermulanya pembaikan dalam diri kita.
Setiap kesilapan kita yang lalu, tak perlu diulang atau diingat kembali.


Allah!

Friday 13 December 2013

Saat aku membuka mata.

Pagi datang ketika cahaya menyilau,
aku membuka mataku,
dengan hatiku menyanyi lagu yang sendiriku tak ketahui,
terlepas sama ada gembira atau tidak.
dengan kata-kata lembut daripada aroma kopi memujuk diri,
jika angin menghembus, aku menutup mata.

Saat itu,
sebenarnya aku tak pasti itu nyata,
aku masih berfikir yang aku bermimpi,
tetapi aku tersedar jua.

Ku lihat awan seputih melati,
sambil mempersiapdiriku menghadapi hari baru.

Ku cuba melalui jalan,
akankah tetap jalan itu begitu?
Terlihat apa adanya,
terlihat kenyataannya.