Pages

Monday 26 May 2014

Saya baru.

Assalammualaikum.
Pinjam masa berharga yang Allah beri untuk update blog kejap.
Allah :') !

Baru habis orientasi IPDAS( Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah).
Di sinilah aku, di sinilah aku setelah berhenti dari matrikulasi. Terima kasih Allah.
Engkau berikanku peluang untuk mencari ilmu mengenalmu Allah.

Mari mulakan permulaan yang baru. Baru dengan suasana. Baru dengan mutabaah. Baru dengan azam. Baru dengan keinginan. Allah kuatkan hati. Allah kuatkan semangat. Allah pinjamkan milikNya semuanya untuk dinikmati. Sedangkan aku kadang tak menghargai. Kadang melupai dan kadang berjalan tanpa mengingatiNya. 

Mahu melangkah kembali, menumbuhkan semangat yang masih bersisa! 
walau tiada yang memberi baja.

Al Ma'idah (5: 93)




Aku.. terkesan..
dengan mengenali seseorang..
hanya melihatmu dari jauh?

Kerana tidak mengenalimu sepenuhnya,

Kenapa kau makin hidup?

Friday 16 May 2014

Penerimaan.

Assalammualaikum.

Allah. 
Hanya kepadaMu aku berserah.

Setiap kali aku menulis, bermacam-macan hal terlintas di fikiran. 
Tentang keluarga, percakapan manusia di sekelilingku.

Sudah namanya dunia, ada yang mengecewakan.
Dan tetap fitrahnya, kau akan cari Tuhan.

"Setiap kesulitan ada kemudahan," 
aku berfikir tentang kata ini selalu.

Aku mahu berpegang pada ayat itu, 

namun kisah berhenti daripada matrikulasi terngiang-ngiang di ingatanku. 

Aku mahu melupakan, tapi tetap terpaut kuat dalam fikiranku.

Peristiwa yang berlaku pantas di matrikulasi membuatkan aku mengambil keputusan untuk berhenti. Bertindak dengan diam. 

Ahh, sekali lagi. Aku mengingati lagi.
Sungguh bila aku pejam mata, masih terasa sakitnya.
Masih lagi mudah manik-manik jernih jatuh bila mengingati.

Jika perlu menghilang, menghilanglah.

Aku masih terkapai-kapai mencari ilmu.
Buat bekalan di sana. 
Ilmu yang ada masih sedikit. 

Aku perlukan teguran, nasihat dan bimbingan.


sangat menyentuh

Thursday 8 May 2014

Keberanian.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah bi nikmati.

Buat segala kurniaan Allah. RezekiNya, nikmatNya. Semua yang berlaku dengan izin Allah.
Yang mana manusia lupa bahawa mereka akan meninggal dunia. 
.

Kenapa?

Faktor sekeliling, faktor keluarga, faktor pandangan manusia dan faktor dorongan diri sendiri.
Berani buat perubahan, jangan tangguh bila mahu buat amal baik. 

"Ya, nasihat buat anda juga Khairunnisa! JANGANNN TANGGUHHH..."

Disamping bertaubat, kena jaga hubungan dengan orang sekeliling juga.

"Diantara manusia ada yang mengatakan: 
"Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman."
Al Baqarah (2:8)

Renungkan. Buat diri sendiri.
Adakala tak gunanya kita tegur orang lain tetapi diri sendiri secara sedarnya tak buat seperti apa yang dikatakan.
Nasihat buat diri juga.


Wednesday 7 May 2014

Aku punya keinginan.

Assalammualaikum.

Dah masuk bulan Mei. Yang aku ingat, bulan ni hari lahir temanku. Bulan ni kerja menyiapkan tempahan baju bertambah. Bulan ni dua bulan terakhir aku menghabiskan kursus. Kerja. Kerja. Kerja. Dan bulan ini keputusan sambung belajar juga keluar...

Aku buka akaun Instagram, Facebook, Twitter ku setelah lama tak buka.
mahu menyendirikan, dari sekeliling.
 T..T

Scroll down.. melihat perkembangan semasa, perkembangan teman-teman sekolahku.
Nampak mereka masuk universiti pilihan masing-masing.
Nampak betapa mereka lancar dalam berbulatan gembira dengan akhwat.
Nampak betapa mereka mampu bergambar bersama keluarga sebelum bertolak sambung belajarr.

Aku terkesan.

Tapi, tetap aku faham situasiku.

Aku nampak.
Aku bukan sempurna.
Aku tidak secantik mereka.
Aku tidak sepandai mereka.
Aku tidak se'solehah' mereka.
Tetapi aku cuba untuk menampal diriku dengan perca-perca agama.

Namun, tetap aku lemah dan terkesan.
Aku terkesan dengan sekelilingku.
Aku terkesan bila sekelilingku bercakap tidak henti,
tentangku.
AKU TERKESAN !


Ingin sekali aku... ahh.. untuk diriku.

"Nisa, sudahlah. Kau kena kuat!"

Kerna aku juga pernah begitu.

Aku punya keinginan. Keinginan untuk menjadi lebih baik.
Keinginan untuk hidup dalam suasana yang menyenangkan dan damai. 
Tapi bila rasanya?

hmm.

 Allah. Aku rindu :')