Pages

Thursday 1 September 2016

Pertanyaan sederhana.

Ada diam yang tidak ingin ditanya mengapa ia tidak bersuara. Ada diam yang tidak ingin ditanya mengapa ia tidak mengucapkan sepatah kata. Ada diam yang inginnya sendiri sahaja, tidak mahu ditemani.

Ada sepi yang lebih tenang daripada keramaian. Ada sepi yang lebih indah dari sekadar percakapan bersama yang lain. Ada sepi yang dinikmati sendiri. Sepi yang digunakan untuk merenungi diri, sepi yang digunakan untuk mencari diri.

Diamnya kerana ia perlu waktu untuk bersendirian untuk berbicara dengan hatinya sendiri. Sepinya ia kerana ia ingin berdialog dengan sisi lain dalam dirinya.

Di dalam diamnya hanya ada satu pertanyaan sederhana yang membuatnya benar-benar tidak ingin diganggu;

Pencapaian apa yang telah aku capai hari ini?
Pertanyaan sederhana.

Semoga kita bersama, menjadi diri yang sentiasa mahu memperbaiki diri.