Pages

Tuesday 5 April 2016

Semualah aku.

Kau ingat aku pandai bercakap, jadi perlu aku sahaja yang bercakap?

Jadi kau, duduk macam tunggul kayu tidak asah bakat?

Kau fikir aku pandai cakap, jadi sentiasa mahu bercakap?
Kau fikir aku pandai cakap, jadi sentiasa mahu aku sahaja berada di depan?
Kau fikir aku pandai cakap, jadi hatiku sentiasa lurus mahu bercakap?

Jadi kau?

Aku tanya, jadi kau?

Jadi tunggul biar orang lain ke depan, dan kau tunggul?

Ada masa, aku mahu diam.
Ada masa, aku mahu jadi pendengar.
Ada masa, aku mahu catat apa yang didengar.

Kenapa aku sahaja yang kena bercakap?