Pages

Thursday 26 June 2014

Ada Satu Rasa Yang Mendekat.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bilik.
Masa yang sepatutnya digunakan untuk melelapkan mata,
aku curi sebentar untuk mengisi ruangan kanvas blog ini.
Mata yang dipinjamkan oleh Allah ini ingkar pada tuannya.
Meronta-ronta kata-kata yang terungkai di minda kurniaan Allah ini untuk diluahkan di sini.
Mungkin ada sesuatu yang memaksanya sehingga membuak untuk dilontarkan.
Tidak mengapa, aku turutkan.

Malam ini. Ku renung bintang.
Ada sahaja rasa yang datang. Sinonim dan tenang.
Dan aku seperti ingin sekali melakar di bintang, biar semua orang tahu rasa ini.
Tapi..

Manusia merancang. Allah merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Rasanya tidak cukup untuk saya ceritakan tentang rasa itu,
tentang plot yang berlaku di setiap rasa itu.

Ada satu rasa ini, yang berada dalam diriku yang hina ini,
Menjadi darah daging di dalam jiwa,
kian mekar membuahkan cinta.

Aku simpan rasa itu,
sehingga diri ini benar-benar mampu berdiri sendiri,
kukuh dan teguh.

Ku renung lagi ke langit. SubhanAllah.

Nampak gunung dan awan itu?
Mereka dekat, saling memayungi,
tetapi masih jauh untuk mendekati.

Cintai Allah yang tertinggi. Kekal dan abadi.

Hmm.

Hari ini, dapat menang pertandingan. 
Bukan menang yan kucari, tetapi pengalaman.
Penghargaan buat diri sendiri,
Tahniah kerana berani cabar diri.

Dan.

Metafora yang indah. Senyum. Hak.

Hak itu ada erti.

Monday 23 June 2014

Kau Tahu

Assalammualaikum.

Kau tahu?
tidak semua orang tahu makna puisi bila membacanya.

Namun, ada satu karya agung yang buat aku kagum. Rasa kekaguman sehingga mengalir di setiap pembuluh darah di badan ku. SubhanAllah.

Sehingga alunan karya itu boleh membuatkan bergetar frekuensi cecair menjadi tenang.

Itulah Al Quran.

" Al Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang-orang yang beriman."
(Al Fussilat 41:44)

Boleh kamu bayangkan betapa berkesannya ia termasuk di hatiku?

Allah. Indahnya.

Saturday 21 June 2014

Siapa Lagi Kalau Bukan Kita?

Assalammualaikum.

" Kekuatan dakwah terletak pada kekuatan pendokongnya, kekuatan pendokong terletak pada hati, kekuatan hati terletak pada persediaan imannya. "

Duppp! Jatuh kerusi.


Aku baru menyiapkan assignment Dakwah Islamiah.
Bermacam perasaan yang masuk ke minda. 
Jika aku rasa berat dengan ujian yang sedikit, bagaimana jika aku diduga dengan ujian yang lebih besar?



Allah. 

Semoga diri kita dijauhkan dari sikap putus asa.



Bersihkan kembali niat yang kadang tergelincir dari landasan dan yang penting sekali, bersyukur.



Alhamdulillah. 
Allah telah takdirkan aku bertemu dengan hamba Allah yang hebat walaupun mereka tidak dikenali dunia, namun mereka telah mengajarku erti dakwah ini. 
Yang perlu diteruskan. Diperjuangkan.
Kalau bukan kita, siapa lagi?


Mungkin bukan secara ekstrem terus menerus berlari, 
tapi tidak salah kita mula secara perlahan-lahan dengan langkah berjalan. 

InshaAllah.


Bekerja keras.
Pilihan mahu atau tidak, itu bergantung pada diri kita sendiri.



Persoalannya, Mahu atau Tidak Mahu?
Bagaimana merasakan mahu itu, ialah dengan sejauh mana kita merasai nikmatnya tarbiyyah itu.



Perbaiki diri dengan muwasofat tarbiyyah yang kita imani,
Bina diri kita maka kita dapat membina orang lain.

Semoga tidak gugur sebelum berjuang.
Biidznillah.

Friday 20 June 2014

Dakwah itu Cinta, bagi mereka yang memikirkan.

Assalammualaikum.

Post ini buat kamu, kerana kita tahu jalan ini paling mudah untuk ke syurga.
Namun, jalan ini sangat panjang dan tidaknya mudah.
Oleh itu, aku memerlukan kamu kamu kamu dan kamu, untuk kita sama-sama melangkah.
Yaa? :)

Monolog. Malam. Sendiri. 
Masa yang diberikan untuk beribadat kepadaNya dicuri sebentar untuk update blog. 
Alhamdulillah binikmati iman wa islam. 
Alhamdulillah binikmati tarbiyyah Ya Allah!
Segalanya ku sandarkan padaMu Ya Allah!

Apabila malam melabuhkan tirainya, setiap yang 'bekerja' berhenti seketika untuk memberi peluang kepada minda, hati dan jasad untuk berehat. BEREHAT.

BEREHAT, untuk yang memikirkan,
mereka yang memikirkan,
"esok mahu pergi ke mana"
"esok mahu pakai apa"
"esok mahu bangun awal"
"esok mahu buat assignment yang banyakkkkk"
"esok blablablabla.."
'esok.."
"esok.."
takkan berhenti memikirkan, itulah sifatnya duniawi.

Tetapi ada kamu, kamu dan kamu adalah berbeza.
Berbeza dari 'mereka'. Kerana kamu hidup kerana Yang Satu.
Sepatutnya, kamu berlain daripada kebiasaan 'mereka'.


"Annasu ma'addin, khiyaruhum fil jahiliyyah khiyaruhum fil islam, izafaquhu."
Manusia itu logam, baiknya dia di dalam jahiliyyah, maka baik juga ia di dalam Islam,dengan syarat sekiranya dia faham.

istilah Faqihu dan Faquhu, apa yang kita faham?

*Faqihu adalah mereka tahu tentang ilmu tasawwur, ilmu fiqh, syariah dan sebagainya.
*Faquhu adalah mereka yang faham apa itu Islam sebenarnya dan mengamalkan walau mungkin tidak arif sangat.

Tidak semua Para Sahabat Rasulullah itu Faqihu, namun yang pastinya mereka adalah Faquhu kerana mereka memahami Islam dan mengamalkan sebagai Addin kehidupan. SubhanAllah.

Apa tujuan kita dicipta? 

  "Allah ciptakan jin dan manusia untuk beribadat kepadaNya."
Az Zariyat (51:56)

Hebat perancangan Allah, kan?

  "Allah ciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini."
Al Baqarah (2:30)

Para manusia yang baru berada dalam tarbiyyah selama beberapa tahun atau bulan atau mungkin hari, kenapa perlu mengeluh? 
Tarbiyyah memerlukan masa untuk kita bina diri kita. 
Sepanjang tempoh itu juga kita akan diuji. 
Kerana proses mentarbiyyah dan ditarbiyyah perlu seiring sejalan. 
Allah Maha Tahu bila waktunya kita sudah bersedia dan suatu masanya akan diaturkan buat kita. 

InshaAllah :)



Dan ketahuilah, pengakhiran paling indah buat seorang mukmin ialah bertemu Allah di syurga. 
InshaAllah.

TARBIYYAH.
Hembus nafas. Teringat sahabat seperjuangan. 
Dari jauh doa ku titipkan buat para sahabat seperjuangan :'')
Allah takdirkan kita bertemu. 

Indahnya makna tarbiyyah buat diriku, ibarat bom atom yang menghancurkan bentuk-bentuk jahiliyyah dalam diriku. 
Komitmen yang tinggi diperlukan untuk terus tsabat di jalan ini. 
Maknanya sangat indah dan hebat. 

TARBIYYAH, episod lembaran baru dalam buku seorang pendosa seperti saya. 
Seorang pendosa yang baru merangkak kenal Tuhan.
Astaghfirullah.

p/s: Petikan usrah semalam dengan akhwat. Maaf jika mungkin yang membaca tidak faham. Akalku tidak tercapai lagi untuk menulis secantiknya. Saya ambil dalil Quran yang biasa dengar dalam majlis ilmu. Moga apa yang ditulis di kanvas blog ini bermanfaat. Sila tegur jika ada yang salah :) 




Medan Amal adalah Medan Daie

Assalammualaikum.

Aku rindu perasaan tenang ketika menulis. 
Ya, aku rindu.

Ada kalanya aku simpan kata terangkai di minda dan diluahkan di lembaran kertas kosong tiada berjiwa, mendongak ke langit di sana lalu ku bicara pada awan dan burung-burung yang bebas berterbangan.

Sebenarnya, medan menulis tidaklah seluas medan amal. InshaAllah.
Kerana Islam bukan pada blog, fb, status dan sebagainya.
Namun wujud pada alam realiti, di setiap rumah yang didiami, 
untuk keluarga yang dikasihi, untuk sahabat yang dihormati, dan untuk seluruh kehidupan.

Keikhlasan tertipu sekiranya dia mengira 'like' yang banyak dan 'follower' yang banyak.

Muhasabah.

p/s: Deep sangat pesanan dalam usrah ni. Syukurlah, aku makin sedar.

Hati Yang Baru Ku Pinta

Assalammualaikum.

Bismillah, kasihNya setiap masa.

Meronta hatiku minta dibantu,
Entah apa yang ku tunggu,

Nafasku semakin sesak,
Mata ku pecah menangis namun tiada air mata.
Entah sampai bila jiwa mahu kosong,
Diisi amal tapi semangat kian berkurang,
Ke mana perginya semangat?

Mohon hati baru,
Mohon hati baru, Ya Allah.

Kenapa hatiku masih kemarau?
mungkin tanda-tanda dosa,
telah menutup ruang cahaya diisi.

Begitulah.

Zikirku tidak seperti taatnya hujan,
terus menerus memuji Tuhan.
tetapi akan ku teguhkan langkah kuatkan iman,
semoga bertemuNya di penghujung jalan.
Allah,
aku hanya mahu Engkau bersama.

Monday 16 June 2014

Dunia ini tidak boleh bisu.

Assalammualaikum.

Mimpiku senang saja. 
Kesendirian itu bagiku ketenangan.
Kesendirian tetapi masih mahu tunduk kepada Ilahi. 
Kebingitan itu bukannya tidak ada, tetapi ada cumanya ianya tidak mencemarkan alam dan sekeliling. Sakit rasanya kebingitan itu bila ia mencapai frekuensi telinga. 
Aku cuma mahu berjalan ke setiap celah dunia, mengambil foto di sepanjang perjalanan; sesuatu yang ketemui hebat ciptaanNya dan menjadi seorang hamba yang bersyukur.

Jesteru? Apa lagi yang aku inginkan.

Aku mahukan ketenangan tunduk kepada Ilahi.
Namun, dunia ini tidak boleh bisu.


Sunday 15 June 2014

Monolog

Assalammualaikum.

Perkara terbaik bagiku sepanjang hidup adalah berada di jalan ini, bersama-sama manusia yang berhati indah menuju Tuhan yang penuh cinta.

Bilik. Tujuh. Gelap berteman lampu belajar dihadapanku. Dengan laptop yang berjasa untukku teruskan menulis. Dan menulis lagi. Duduk di tepi jendela. Menjenguk ke langit yang penuh berbintang. Memejamkan mata dan mengimbas kembali saat yang terlintas. Setiap yang ku ingati mempunyai ekspresi muka yang berbeza, menggambarkan perasaan mereka ketika itu. Aku meletakkan diriku di paras yang tinggi, dan melihat orang di sekelilingku. Memerhati ragam mereka. Mereka kadangnya terlalu sibuk sehingga melupakan kewujudun aku disitu. Suasana senyap sunyi. Ibarat robot melakukan aktiviti yang sama setiap hari. Aku juga begitu. Namun aku semakin memahami.

"Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepadanya, maka dia akan diberi kefahaman di dalam Addin."


"Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang orang yang mahu menerima petunjuk . " 

Al Qasas (28:56)


credit by Picsart
Aku masih berdiri kerana kasihNya dan doa.
Aku masih seorang hamba yang ingin dikasihi Tuhannya.
Pertengahan Jun.

Saturday 14 June 2014

Obsesi

Assalammualaikum.

Astaghfirullah.
Manusiakan tamak.
Dan obsesi dunia yang karat. Bosan lagi tidak kekal.



Sekiranya tamak itu kita halakan pada syurga Allah dan seisinya, sudah pasti lagi bertambah tamak dan tamak. Cuma tamaknya hati itu dalam redha Rabbnya. Tamak yang halal lagi membina, menggerakkan anggota yang berusaha mencapai kemahuan hati dan kepastian janjiNya.

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu." 
Adz-Dzaariyaat (51:22)

Obseskan lah hati kita dengan syurga Allah. Sudah pasti tidak akan pernah kecewa.
Meski kehilangan harta dunia, masa lagi tenaga yang masih muda.

#usrah

Thursday 5 June 2014

Satu Perkataan

Assalammualaikum.

Cuma dengan satu perkataan boleh mengubah perilaku.
Cuma dengan satu perkataan boleh menyakitkan sesuatu.
Cuma dengan satu perkataan boleh memberi makna untuk sekeping hati.
Cuma dengan satu perkataan.

Monday 2 June 2014

Pilihan.

Assalammualaikum.

Allah.
Sekali lagi aku diuji. Diuji dengan namanya pilihan. Namun, perlunya aku fokus kepada satu benda. Jika benar, aku dapat bertahan dengan diri sendiri, pastinya aku mahu. Namun, aku lemah. Imanku masih perlu diasah, masih perlu didikan menjadi kuat. Sebab itu aku pilih duduk sini. Mana mungkin aku bawa hatiku berjalan sendiri tanpa pegangan akidah yang kuat. Kerana, ilmu itu yang aku cari. 

Aku bukannya mahu menjadi warak.
Aku bukannya mahu menjadi kaya.
Aku bukannya istimewa.

Aku pernah diuji dengan pilihan sehingga aku putus asa.
Hampir tidak percaya dengan diri.
Namun, kini aku teruskan kerana aku perlu yakin dan bangkit.
Mencuba perkara yang berbeza dan teruskan.

Kenapalah kalau jahatnya masa silamnya.
Kenapalah kalau jahilnya masa silamnya.

Kalau ada keinginan dan pilihan,
kau sendiri memilih.

Bagiku, semua adalah suatu amanah. 

Kadang aku bertanya kepada diriku sendiri, mampukah aku menghulur dakwah?
Dengan diri begini, emosi begini, perasaan begini.
Aku tetap ada impian.

Banyaknya luka-luka, kecacatan dalam diri ini.

Pada Pencipta, aku berserah.
Dia lebih faham.

Wallahu'alam :')
Allah, moga aku kuat keranaMu!


p/s : pilihan belajar dan kerjaya.