Pages

Thursday 14 May 2015

Buku dan Orkid.

Orkid baru selesai mengemas segala buku-bukunya setelah kelas berakhir. Gadis itu melangkah pulang dengan pantas tanpa mempedulikan teman-temannya yang masih sibuk bersembang sambil berlenggang-lenggang melangkah berketawa. Baginya, masa itu sememangnya emas. Berharga. Orkid tidak mahu kalah dengan pedang waktu yang bisa membuatnya tersungkur jatuh dengan rintihan kesibukan.

Sebelum sempat Orkid melangkah dari hujung bangunan kolejnya yang bersebelahan dengan kafe, temannya yang bernama Tulip telah menahannya lalu menghulurkan satu bakul kertas yang bercorak bunga berwarna merah jambu. Orkid tergamam seketika.

"Apa ini? Untuk apa ini?"

"Hadiah..."

"Dari siapa?"

Temannya Tulip hanya senyum.

Sekali lagi Orkid tergamam. Tanpa berfikir panjang, Orkid pun mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih. Orkid bermonolog sendiri sambil meneliti bakul kertas tersebut dengan rasa ingin tahu isi dalamnya.

Tanpa menunggu, sampai Orkid di biliknya, dia terus membuka bakul kertas tersebut. Oh! Ternyata ada sebuah buku didalamnya!

Tinta 2 Asyraf, karya Hilal Asyraf dan Imam Muda Asyraf.

Bukan itu yang menjadi hal bagi Orkid kerana kegembiraannya dihadiahkan buku telah menutup segalanya. Namun persoalannya, buku tersebut dikirim tanpa nama.

Orkid meletakkan buku ditangannya itu di sisi katilnya.

No comments:

Post a Comment