Pages

Sunday 29 November 2015

Cas-cas yang bertebaran.

Bismillah.

Assalammualaikum.

Sedang bangkit dari entri-entri yang lepas.

Menulis memang nampak mudah. Aku mahu mendefinisikan terus dalam tulisan apa di dalam hati, cuma ianya tidak seratus peratus sama. Cuma, yang hairannya, ianya seratus peratus sama jika didefinisikan dengan airmata.

Huhu.

Astaghfirullah. Ada masa itu aku terasa penat sangat tapi terus menahan jantung dan hati berdiri gagah. Dunia sekeliling kali ini banyak tersebarnya cas, cas putus asa, cas malas dan sebagainya. Kadang tertarik, kadang tertolak oleh aku sendiri. Telah disebarkan cas-cas tersebut pada udara sekeliling. Ahh! Aku terkesan. Aku bencikan cas negatif itu. Sumpah. Tarikan putus asa itu sangatlah kuat. Baru mahu mengorak langkah, datang kembali cas itu, menjenguk katanya.

Manusia, sangatkan lemah. Allah mahu manusia berhenti daripada dunia, dan kembali padaNya.

Allah.

Bismillah. Aku mulakan lagi sekali. Mari kembali kepada Tuhan. Mari kembali menggenggam tangan orang yang mengingatkan kepada jalan Tuhan, mendoakan kita.

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)." - Al-Kautsar, 108 :1

Salah satu nikmat, pertama; dengan rahman dan kasihnya Tuhan, Dia masih dengan sayangNya memberikan kita nikmat walau berkali-kali taubat dinodai.

Kedua; bila mana dalam perjalanan, ada manusia-manusia berhati suci yang sudi mendoakan kau. Manusia yang Allah hantarkan entah kita kenal atau tidak kenal namanya mungkin, diam-diam menyebut namamu dalam doa. Mungkin atas doa-doa mereka, kita mampu berdiri begini.

Itu.

Sungguh menyentuh, Tuhan!

Sunday 8 November 2015

Menerima

Assalammualaikum.

Entri ini kesinambungan.
Dengan penuh cinta, aku menulis.

Ada masanya kita sangat merana memendam sesuatu. Perasaan. Ya, memendam perasaan.

Dalam perjalananku mengutip kembali semangat yang patah, ada satu plot, di mana ada satu rasa yang mendekat.

Sungguh, aku seorang pemendam.
Ya, aku pun baru tahu.

Dengan rasa itu kadang buat kau makin kuat.

aku cuma mahu satu,
kita jaga hubungan.

Sungguh, aku mahu jaga hubungan.

Kita merancang, segalanya kita serahkan pada Allah.

Mari bersama,
melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu,
memahami tanggungjawab sebagai seorang anak dan pelajar,
belajar tentang kehidupan.

InshaAllah.

Saturday 7 November 2015

Kau mungkin

Tempat ini hiruk-pikuk.

Rupanya mungkin orang disekelilingnya mahu kembali pulang ke rumah masing-masing, sama seperti orang yang sedang Orkid tunggu sekarang. Orkid diam, seperti biasa memerhati ragam manusia.

Entah kali ini merupakan satu musibah atau satu kesenangan? Dirinya merasakan dia yang paling cantik di situ. Bukan sebab perempuan-perempuan yang disainginya, tetapi adalah kerana dia seorang sahaja perempuan yang berada di situ.

Setelah Orkid menyedari ada yang melihatnya dengan teliti, maka Orkid tersingkap fikirannya; maka ini satu musibah!

Lelaki itu mendekatinya. Ragu-ragu tetapi kekal sopan.

"Saudari, sepertinya kita pernah bertemu." Lontaran suatu pernyataan darinya.

Hanya melihat wajah lelaki itu sekelip, Orkid tunduk memandang tanah. Entah ditembak sesat sahaja mungkin pertanyaan lelaki ini. Dengan tenang, Orkid cuba menghindari pandangan lelaki itu.

Orkid menjawab, "Iya? Mungkin saudara silap orang. Maaf."

"Jadi saya salah orang?" Raut wajahnya sama sekali tidak percaya.

Orkid mengangguk segera, meyakinkan ketidakyakinannya.

Lelaki itu tunduk, menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan wajah yang tidak dapat dijelaskan. "Maaf, tapi ingatan saya amat menolak untuk percaya."

"Maafkan saya, saudara. Saya tidak mempunyai apa-apa ingatan tentang diri kamu." Orkid mulai tidak sedap hati. Untuk membuatnya tidak tersinggung, dia menjauhinya beberapa langkah.

Mata Orkid liar mencari kelibat orang yang menjadi alasan dirinya berada di situ. Katanya tidak lama, tetapi sudah setengah jam Orkid menunggu.

"Menunggu seseorang?" Lelaki tadi mengajukan pertanyaan lagi.

"Tadi iya menunggu, sekarang mencari." Jawab Orkid acuh tidak acuh. Dia tidak fokus menjawab persoalan lelaki itu kerana matanya memandang sekeliling.

"Siapa? Mungkin saya boleh membantu." Tanyanya lagi.
"Tidak mengapa. Saya tidak mahu menyusahkan." Selain tidak mahu menyusahkan orang lain, Orkid juga sedang berwaspada kerana tidak tahu kedudukan lelaki ini dan tujuannya mengikutku sampai ke sini.

"Tunggu teman lelaki?" Tanyanya lagi dengan nada rendah.

"Tidak. Abang." Sebenarnya Orkid mahu membohong jawab iya, tetapi tidak mahu keadaan bertambah buruk di masa hadapan nanti.

Lelaki itu menjadi diam. Sangat lama. Membuatkan Orkid mempunyai kesempatan untuk melihat lelaki itu kembali, dengan teliti, wajahnya. Wajahnya kaku berfikir, manis sekali. Seperti begitu penyayang. Seperti begitu pantang menyerah. Orkid kembali ingat lelaki ini!

"Kita memang pernah bertemu." Matanya langsung melihat Orkid. "Setahun lagi, ketika menunggu bas, dalam satu perhentian."

Mata Orkid juga melihatnya, dengan senyum. Tatapannya terkejut, tetapi terus setuju.

"Tidak salah lagi, kita pernah bertemu. Kamu, Orkid?" Lengkap percayanya menyebut nama Orkid sekali.