Pages

Wednesday 29 October 2014

FITRAH

Sucinya fitrah dengan adanya rasa bertuhan

ditanam rasa bertuhan itu dari alam roh lagi

Maksudnya: 
“Dan Allah mengambil kesaksian terhadap
roh mereka (seraya berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan
kamu?’ Mereka menjawab: ‘Bahkan, kami naik saksi’.”
(Surah al-A’raf: 172)

namun, fitrah itu juga boleh dikotori
dikotori dengan debu dunia
ia akan rosak dan tercemar

Apabila fitrah rosak, maka ia jauh dari Tuhan.

Saya mengalirkan airmata melihat video ini.


Respect them.


Allah itu dekat sekali dengan kita

Assalammualaikum.

Aku rindu tenang.

Setiap hari banyak benda yang berlaku
ulang alik ke sini sana
dikelilingi manusia
kehidupan yang banyak warnanya

Mungkin sebab itu aku fikir
tidak tahu mahu mulakan menulis dari mana
kadang terlipat di lipatan hati sahaja
cerita kehidupan
biar aku kuncikan rapat dgn mangga sekali
jauh terus hilang di dasar fikiran

tapi
aku tetap mahu menulis
walau mungkin tulisan ku tidak seromantik sepuitis 
para penulis yang lain
aku tetap mahu menulis

satu aku pinta
Apa yang bermanfaat dari blog ni
ambillah
teladanilah
Yang kurang baik
maka jauhkanlah.
 
kredit: sr

Ya Allah
sering sahaja aku berkeluh kesah
sering sahaja aku mau lari ke gunung
ke puncak ke China ke mana-mana
lari dari dunia manusia yang rapuh ini
kerana serius aku penat

Penat...
Penat berdepan ujian yang tidak berkesudahan

Tapi
aku tahu Ya Tuhan
Engkau menguji kerana Engkau sayang
hinanya aku sebagai hambaMu
berani untuk mengeluh?
berani untuk penat?
sedangkan Rasulullah diuji lagi hebat
para Sahabat diuji lagi hebat
inikan pula aku?

Tapi, Allah tahu aku mampu untuk menghadapi segala ujian.
aku tahu,
Allah takkan uji seseorang itu melebihi kemampuannya sendiri

Ampuni khilafku Ya Allah

selangkah aku jauh dariMu, seribu langkah Engkau dekat padaku

Allahuakbar.
Engkau dekat.

" 'Aku itu dekat, lebih dekat dari urat leher manusia"
(50:16)



Tuesday 28 October 2014

Susu

Assalammualaikum,

Pernah terfikir apa sumbangan kita?

Ya
kali ini
aku menulis tentang sumbangan kita

Apa sumbangan kita?

Bersama akhwat tercinta, beberapa hari lalu dalam usrah,
 berbangkit cerita soal susu lembu.
apa yang kita tahu tentang susu?
putih bersih, berkhasiat untuk manusia.

Tapi apa,
apa dalam perut lembu tu?
ada usus, pembulub darah, serta organ-oragan yang lain.
Namun, susu itu sedikit pun tidak tercemar dengan najis dalam usus,
atau darah lembu itu sendiri.
SubhanAllah.



apa yang cuba disampaikan disini,
Allah beri kita nikmat bersih, tidak tercemar dan berkhasiat untuk diri sendiri.
Tapi apa kita, kita manusia,
memberi pulangan yang sama pada Allah?
ikhlaskah ibadah kita atau sekadar riak sahaja?
sedikit apa yg kita lakukan dibandingkan dengan nikmat Allah beri.

Renung-renungkan.
Semoga amal ibadah kita diterima Allah.
Ikhlas itu penting.
Allahuakbar.

Aku juga lemah,
sedang memperbaiki diri,
dari kepincangan yang berbelit diri sendiri.
Moga kita lebih hebat dalam medan amal.

Monday 27 October 2014

Angin

Angin
Sampaikan
Aku rindu
Akhwatku

Sampaikan
Aku jauh
Aku ingati
Kenangan itu

Sunday 26 October 2014

Hai, Diari baru.

Assalammualaikum.

Aku punya
Diari baru
untuk kuukirkan kisah
yang aku saja
yang tahu
 kisah sekeping hati

ada cinta di celah-celah

 

Saturday 25 October 2014

Eccedentesiast


ya kau
aku tahu
kerana aku juga
pernah begitu

(kali ini, saya tukar font tulisan blog. nampak bahagia)

Terpulang pada diri sendiri.


I still remember the last time i asked you something.
You didn’t answer.
I wonder why.

And in your hesitation,
i find the answer:’)

In your silence I found answers.

"I told Allah a lot about you, then I cried."

Senyumlah, Tuhan senantiasa ada.

awak kuat, Khairunnisa!




Friday 24 October 2014

Aku harap kau menangis



ya kau
kau yang membaca
aku tahu kau membaca

tidak akan

"Simpan amal, biar tidak terlihat oleh manusia. Mengambil keputusan untuk menulis secara rahsia, agar ditemui keikhlasan dalam penulisan. Sebagai taubat untuk Tuhan."

Wednesday 22 October 2014

Dingin Tidak Beku

Assalammualaikum.

SUDAH LAMA TIDAK MENULIS.

lama aku tidak menulis panjang lebar di blog ini.
bukan semangatku hilang, aku sudah lama juga tidak membaca.
membuatkan kehilangan idea.
membaca adalah proses.

sudah 3bulan 2minggu.
perlukah aku terbang bila aku melihat langit?
Dinginnya membuatkan aku terkedu.

Dalam patah dan luka, ianya tidak rumit, cuma gagal dalam hal-hal melupakan. 
Dengan luka semalam dan parut yang tinggal menjadikan ianya lebih indah dari sebelumnya.
 Mengambil masa untuk memahami manusia, di sini dan di sana, dalam kondisi yang sama tapi dipisahkan dalam satu jarak dan batas yang berbeza. 
Namun, beku di sana masih mendinginkan fitrahmu, terik di sini masih tidak mencairkan fitrah itu. 

Dalam kita berperang antara cinta, kehidupan, masyarakat dan pelajaran, 
jika didasari dengan kalam Tuhan dan lantunan hikmah Rasulullah, bukankah lebih sempurna? Ketahui, kita tiada bezanya jika melihat melalui mata ilmu. 

Aku mendoakanmu, kau mendoakanku, lihat bagaimana kita menghirup cinta dengan cara sederhana.
Hargai kisah cinta indah yang Allah datangkan dalam kehidupan iaitu keluarga dan sahabat. 
Paling penting, kita adalah harapan keluarga dan masyarakat sebelum kita berbicara perasaan yang berduka lara. 
Mari belajar bersungguh-sungguh dan jadi insan berguna diikat dengan asmaNya. 

InshaAllah.

kredit:sebelahsayap

Aku rindu.
Rindu.
Rindu dengan kabus.
Rindu dengan bayu.

Bilakah aku dapat mengembara ke China? 
angan.

Tuesday 14 October 2014

-_-

saya pelik.
cepat berubah.
kemudian, berubah kembali.

Aku menyedarinya tapi..


Sunday 12 October 2014

Thursday 9 October 2014

Tiga

Sudah tiga bulan.
-
-
-
-
-
Nampaknya.
Perlu mencipta ruang.

Tapi, boleh?
Selepas itu ingati diriku?



Sudahlah, Aku Akan Bergerak Pergi.

Biarlah,
aku sendiri.
Menyendiri mencari identiti.

Biarlah,
aku sendiri,
menyepi tak bertepi.

Biarlah,
aku sendiri,
untuk berpotensi melawan amarah.

Biarlah,
aku sendiri,
pergi mencari apa maknanya sendiri.

Lebih terasa sebuah pengorbanan,
Jika sendiri.

Biarkan, aku pergi.

Thursday 2 October 2014

tiada tajuk terfikir

 Assalammualaikum.

Aku cuma suka gambarku yang ini.
Tapi, masih tidak sehebat yang lain dalam bidang edit gambar.
Mungkin setakat suka-suka sahaja bisa.


Perasaan terbang ke negeri China.


 
Terus berlari, walau kita semakin menjauh.

Lantas, ku nukilkan puisi malam ini.

Ditiup-tiup angin laut,
mengambil hembusan tenang,
menjauh dari desir ribut hati.
Ku mencintai laut,
lantas mahu mencintai Dia.
Memandang jauh ke laut,
lantas terbang perasaanku,
entah dikenang siapa di sebalik sana,
Ku mencintai laut,
walau itu yang memisahkan kita.
Semua, dengan izinNya.
 -
-
-
-
P/S: Post ini tiada kaitan dengan sesiapa.

Wednesday 1 October 2014

Percaya Kenapa Menulis.

Assalammualaikum.

Boleh aku senyum?
*Senyum sendiri dan kenyit-kenyit mata.*
Nampak agak bahagia disitu.
: p

Alhamdulillah.

Aku masih mampu mencapai dengan izinNya.
Tanpa izin Allah, siapalah aku. Merancang.Menentukan.
Semua dari Dia.

Okey.
Perginya aku, untuk mengumpul cerita. Untuk dikongsi bersama.
Aku tidak mahu menjadi tukang karut cerita yang menceritakan tentang indahnya bulan dan langit, 
aku mahu merasai peritnya payahnya cerita itu sebelum aku kisahkan di kanvas blog ini.

Aku juga.
Aku juga tidak dapat meninggalkan papan kekunci tanpa lagunya.


The gift, everything. And u know, Exam.

Assalammualaikum.

Ini. 
Bahagian cerita ku yang disimpan di celah memori.
Yang banyak mengajarku sehingga ke hari ini.

Kesunyian yang sehingga sampai ke tahap hanya aku mengharapkan Allah sebagai peneman.

"You must experienced it, before you truly can relate to it"
-Nouman Ali Khan.



Bila kata Allah yang menguji, menggeletarlah seluruh badan manusia yang kerdil lagi lemah ni. 
Allah. Betullah.
Sesekali hampir menangis.
Allah sangat dekat.
Berlari sambil kita berjalan kepadaNya.
InshaAllah, boleh ! 
Husnuzon dengan exam.
Jangan sampai kocek semangat itu bocor.

Apapun, hasilnya Allah yang pegang.
Tapi, tanggungjawab tetap banyak berbaki.

Remember Allah.
Remember Rasul.
Remember family.

" I want to learn how to smile, maybe to laugh again."

May Allah bless this final exam.
Allahumma aaminn.



You, who makes me smile again,
how can I remember you also?

Rindu.

Aku juga rindu,
rindu bercinta denganmu buku,
hidup buku ini,
membawa ku keawang-awangan,

Pejam mataku,
ku lihat aksara pembacaan,
berjalan dalam minda.