Pages

Tuesday 17 December 2013

Jangan rasa sendiri.

Bismillah.

"Jika kita cinta, mesti kita akan berubah."

Jika cinta Allah, mesti kita akan berubah ke arah yang disukai Allah.
Tanya diri sendiri, sanggupkah kita lukakan hati seseorang yang kita cintai?
Begitu juga jika cinta Allah. Setiap kita ini, mesti ada melakukan kesilapan.
Mustahil jika tiada. Cuma diri kita sendiri yang tidak mahu mengenal kesilapan kita itu, dan perbaikinya.
Kita cuma tahu, tetapi tidak mahu mengenalnya.
Jika kita kenal kesilapan kita, kita ada cara untuk perbaikinya.
Dari situlah bermulanya pembaikan dalam diri kita.
Setiap kesilapan kita yang lalu, tak perlu diulang atau diingat kembali.


Allah!

Friday 13 December 2013

Saat aku membuka mata.

Pagi datang ketika cahaya menyilau,
aku membuka mataku,
dengan hatiku menyanyi lagu yang sendiriku tak ketahui,
terlepas sama ada gembira atau tidak.
dengan kata-kata lembut daripada aroma kopi memujuk diri,
jika angin menghembus, aku menutup mata.

Saat itu,
sebenarnya aku tak pasti itu nyata,
aku masih berfikir yang aku bermimpi,
tetapi aku tersedar jua.

Ku lihat awan seputih melati,
sambil mempersiapdiriku menghadapi hari baru.

Ku cuba melalui jalan,
akankah tetap jalan itu begitu?
Terlihat apa adanya,
terlihat kenyataannya.

Saturday 23 November 2013

Thursday 21 November 2013

Langkah kecil itu

Bermula dari langkah kecil itu,
yang berusaha mencapai nikmatnya bangun kembali.
Bangun dari kelemahan,
Bangun dan jatuh.
Namun, tetap gagah mengharunginya.

Sepotong episod

Sebuah kisah masa lalu hadir di benakku,
Saat ku lihat surau itu,
Menyibak lembaran masa yang indah,
Bersama sahabatku.
Sepotong episod masa lalu aku,
Episod sejarah yang membuatku kini,
Merasakan bahagia dalam diin-Mu,
Merubah arahan langkah di hidupku.
Setiap sudut surau itu menyimpan kisah,
kadang ku rindu cerita yang,
Tak pernah hilang kenangan,
Bersama mencari cahayamu.

Kembali

Bismillah.

"Kita tak sangka, apa yang menghantui masa lampau kita mungkin akan menghampiri kita. Kita tak sangka, perkara lepas boleh kembali kepada kita. Bahkan, kita tak sangka, ingatan kita terhadap masa lalu boleh muncul semula. Segala kenangan, ingatan, pengalaman dan sebagainya, boleh jadi ianya sebagai peringatan buat kita. Boleh jadi juga sebagai pengalaman kita untuk menjadi lebih matang. "

Ingatan yang lama untuk aku singkirkan, memang sukar.
Setelah sekian lama menyimpan rahsia sendiri, bahkan cerita sendiri, sehingga luput ditelan masa, secara tiba-tiba muncul semula.
Muncul bukan biasa, tetapi muncul dengan kerinduan.
Kerinduan itu yang aku ingin jauhkan.
Tapi, kerinduan itu juga mengajar aku menjadi sekarang.
Kerna aku melawan kerinduan itu, aku jadi kuat.
Aku jadi tahu, aku jadi faham.
Aku jadi mengerti tentang semuanya.
Aku menjadi percaya.
Dan aku menjadi yang lebih baik.

SubhanAllah. Aku minta kekuatan, Allah berikan ujian!

Ya Allah, masihkah aku berpeluang memperbaiki kesilapanku ?
Aku ingin melupakan segalanya.

Allah..Allah..Allah..
Berat ujian dariMu, ku pasrahkan semua padaMu.

Berubahkah aku?

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu,
Terus aku pulang ,
pada sikap sebelum ku berubah,
Hanya sekadar sesuatu,
tak berapa lamapun itu,
Jarang ku terendap dalam,
sikap dimana ku berubah.

Tuhan aku hanya manusia,
Mudah berubah lagi dalam sekejap,
Tuhan aku ingin berubah,
Dan ku bertahan dalam perubahanku.

Wednesday 20 November 2013

macam mimpi di malam musim panas,
aku menghilang lagi.

sendiri menyepi

Adakala kita perlu menyepi,
untuk cari kekuatan diri yang hilang.

Adakala kita perlu menyepi,
untuk kesenangan diri.

Adakala kita perlu menyepi,
untuk kebaikan diri sendiri.

Itulah aku buat.
Allahuakbar.

Wednesday 6 November 2013

aku malu.

Assalammualaikum.

Aku malu. Merenung kembali aku yang dahulu. Tentang bagaimana aku mengecewakan diriku sendiri. Tentang bagaimana sikapku. Terlalu banyak perkara untuk disesali. Terasa titik hitam masih berbekas dalam diri.

Allahuakbar, jika dapat ku undur masa..
tetapi setiap hari perlu diteruskan.

aku lemah, lemah dengan diri sendiri, terlalu mengikut kata hati.

Aku berjanji tidak akan mengulangi tentang bagaimana aku dahulu.

Tuesday 5 November 2013

Thank you.

Assalammualaikum.

Thank you.

Usrah

Assalammualaikum.

Rasa cinta itu,
Rasa rindu itu,
Rasa kasih itu,
Rasa kekuatan ukhwah itu,
Rasa hormat itu,
Rasa bersahabat lillahi taala,
Rasa ingin ditarbiyyah itu.

Rasa itu,
yang buat aku jatuh cinta dengan usrah.

Monday 4 November 2013

Fresh air.

Assalammualaikum.

Forget it, you weren't listening.
Fresh. The road around mountains,
I close my eyes, I plug my ears,
Listen a symphony. huhu

I feel the Ranau's fresh air.
How can I miss it?

'she' cried much.

'She' cried much.

I know 'her' very well
'She' didn't hold my hand when 'she' cried, 'she' didn't cried on my shoulders.
'She' want to take 'her' problems by own.
'She' wants to keep the problem itself, 'she' doesn't want others to know.
'She' knows, others will not help 'her'.
That's why, 'she' keep 'her' secret.

"Ohh, please don't cry."
I can't see part of my life will sad anymore.
Because 'she' is me.

Because 'she' is me.
'She' is my mind.
'She' is my attitude.
Personally, I couldn't persuade me.

Ahh.

Di persimpangan aku berdiri

Cukuplah,
Ku simpan semua ceritaku yang dulu,
Tentangku,
Tentang apapun yang membuatku tiada bererti,
Di persimpangan aku berdiri membisu,
Harus ku putuskan,
Kemanakah ku melangkah.

Jangan lagi,
Usikku meski aku tak tahu,
Ke mana lagi aku berlari,
Kejar harapan yang sempat menyelam,
Biarkanlah,
Ku hidup dengan nafas yang baru,
Nafas yang menyimpan kedamaian,
Di persimpangan aku berdiri.