Pages

Saturday 27 June 2015

Cerita Orkid : Satu

Orkid selesai membaca silibus pengajiannya di perpustakaan. Seharian suntuk memaksa menghabiskan pembacaannya. Gadis itu berkemas mahu beredar, berdiri dan...

"Tup."

Bunyi sesuatu jatuh dari sebalik buku-bukunya. Hanya sehelai kertas yang berlipat-lipat kecil telah jatuh. Orkid tertanya sendiri, dia tidak ingat sama ada kertas itu kepunyaannya atau tidak kerana sepertinya kertas asing. Orkid mengutip kertas itu dan membuka lipatan kertas itu.

"Apa kau masih yang aku kenal dahulu? -Ad-" Kalam utama di kertas itu.

Orkid tersentak dan berkerut dahinya membaca bait-bait kata di dalam kertas itu. Ianya surat. Ia surat. Dari Ad, sedutan nama dari sebuah kisah lama. Orkid memandang sekeliling dan dia sedar seseorang sedang memandangnya! Dia tidak tahu kenapa, tapi firasat hatinya kuat mengatakan surat itu dari orang yang sedang memandangnya sekarang! Maka Orkid memberanikan diri menoleh kembali cepat-cepat, hanya selintas saat. Hanya untuk memastikan. Orkid berpaling cepat ke arah lain dan cuma mengingati sesuatu sambil melangkah keluar dari perpustakaan.

Tapi tetap, Orkid tidak sengaja memandang kembali di suatu sudut yang sama, pada seseorang.

"Ahh. Karut! Mana mungkin."

Imaginasi Orkid terlerai setelah menyangkal fatwa jiwanya dan meneruskan langkah beredar ke asrama.

"Orkid Kert!" Seseorang memanggilnya.

Orkid berpaling ke arah suara itu. Memandang dan mendengarkan suara itu, maka dia membenarkan fatwa jiwanya. Satu wajah lama menjengah. Banyak persoalan yang ingin Orkid tanyakan, tapi dikurungnya sendiri dalam minda. Nanti saja katanya.

"Err.. Kau Elman. Kau buat apa di sini?" Kata Orkid tersekat-sekat, terkejut.

"Kid, kau tanya aku buat apa di sini? Aku cari kau Orkid."

"Ada apa cari aku."

"Kau sekarang punyalah payah aku hubungi."

"Payah untuk aku bila aku nampak nama kau di skrin telefon aku."

"Ya, aku faham. Tapi lama aku tidak jumpa kau. Kau mengelak. Sekurang-kurangnya kau tidak matikan telefon. Esok, Mawar mahu jumpa kau. Abang Ad ada sekali.. "

Supp. Seperti terkena renjatan elektrik, sekali lagi nama pengirim surat itu kedengaran. Orkid cuba mengawal perasaannya yang entah apa.

"Sorry. Esok aku ada hal untuk dilakukan. Aku kena pergi sekarang." Orkid melangkah sempat mendengar namanya dipanggil berulang kali oleh Elman. Ah, biarkan. Tiada kepentingan.

Lima tahun lalu...

Memandang. Ke kiri. Ke kanan. Tidak senang. Orkid menunggu di restoran yang dijanjikan untuk berjumpa Ad, kawan lama Orkid. Mereka bertemu di satu pertandingan debat antara sekolah, yang mana antara saingan pendebat terbaik adalah Ad, nama penuhnya Adli. Sementara waktu rehat pertandingan, secara tidak sengaja mereka berkenalan dan menjadi kawan baik. Adli berumur tua dua tahun daripada Orkid. Hari itu, sebelum Adli mahu berangkat meneruskan pengajian persediaan ke luar negara, dia mahu berjumpa Orkid. Untuk mengatakan sesuatu hal yang agak mustahak katanya. Berkali-kali dipujuk, Orkid bersetuju untuk berjumpa Adli dengan ditemani oleh Mawar, kawan baiknya. Orkid dan Mawar menunggu di restoran itu, dengan harapan muncul wajah yang ditunggu.

"Ad dimana? Ni Orkid tengah menunggu ni. Muncung mulutnya macam itik menunggu Ad sini." Mawar menghubungi Adli.

"Kejap lagi Ad janji akan sampai. Tunggu sana yaa. Tunggu yaa." Jawabnya dan mematikan panggilan.

Adli berjanji pada Orkid yang dia sememangnya akan datang. Lalu selalu sahaja Orkid merenung pintu itu. Sekali muncul kelibat seseorang yang pasti bukan Adli, kelihatan riak wajah Orkid kecewa lagi dan menundukkan kepala, tetap menunggu. Semakin pelanggan yang lain pergi meninggalkan mereka disitu, namun Orkid tetap menunggu. Duduk merenung pintu itu. Sesekali sang mengantuk mendatangnya, namun digagahinya juga untuk bertahan. Mawar ingin sekali memarahinya dan bertanya kenapa Orkid masih mahu menunggu.

"Dia kata mahu datang jap lagi." Kata Orkid, sabar tapi tetap riak wajahnya tidak ceria.

Tiga jam berlalu. Mereka pulang dan Adli tidak dapat dihubungi. Orkid diam. Berkali-kali Orkid melihat skrin telefon bimbitnya, dengan harapan ianya berbunyi dan tertera satu nama. Lalu dengan agak menggigil, Orkid berusaha melawan keinginan sendiri menyekat batin sendiri yang mahu menghubungi Adli untuk bertanyakan kenapa. Tapi ditepisnya.

"Ahh biarlah." Merajuk.

(bersambung)

No comments:

Post a Comment