Pages

Monday 19 October 2015

Adakah kau gagal?

Kau tahukah kenapa, kenapa seseorang itu merasakan dirinya gagal?

Sebab, dia rasa takut bila dia tidak dapat ikut jalan seperti orang lain lalu.
"Kenapa aku tidak boleh buat macam dia?"
"Kenapa aku tidak sepandai dia?"
"Kenapa dengan aku?"

Aneh bukan?
Silap, bukan aneh.

Tetapi ini adalah soalan, yang kerap bermain di fikiran kita.

Mungkin jalan yang mereka lalui itu sesuai dengan mereka.
Cuma jalan yang kau mahu ikut dengan mereka itu tidak sesuai dengan kau.

Kau.
Yaa, kau.

Kena cuba lari atau cari jalan sendiri ataupun buat jalan sendiri.

Kau tidak BODOH dan kau tidak GAGAL.

Cuma, kau takut mencuba.
Setelah gagal, hanya SEGELINTIR yang mampu bangkit.

Mungkin, yang segelintir itu engkau.
Kan?

Selamat mencuba dan selamat berusaha.

(Tulisan sempena keluar keputusan peperiksaan, aku belum pergi melihatnya keputusan, tetapi kawan-kawan yang lain sudah pergi melihatnya)

Thursday 15 October 2015

Aku macam debu, kecil.

Assalammualaikum.

Entri ini ditulis dengan penuh kejiwaan,
dengan berpaksi warasnya akal.

Aku sedang belajar bersabar dalam memahami ilmu itu.

Allah telah takdirkan setiap sudut kehidupan kita itu, setiap takdir itu merupakan satu ketetapan buat diri kita, setiap takdir merupakan yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu akan memberikan makna, kesan dalam diri kita. Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada hal-hal disekitar kita.

Semakin meningkatkan usia, mendewasanya diri, kita akan semakin faham tentang hakikat hidup ini. Bagi diriku, aku lebih banyak membuka mata dan hati serta belajar memahami.

Memahami keadaan,
memahami manusia,
memahami perasaan,

serta

memahami diri sendiri.

Juga, memahami mengapa sesetengah dari kita sukar untuk memahami sesetengah yang lainnya.

Aku tahu, semua masing-masing ada sikap sendiri-sendiri,
tapi tidak wajarkan kita membiarkan sikap kita itu memberikan tamparan yang mengganggu jiwa dengan orang lain?

Contoh, aku berjanji dengan sahabatku untuk datang berjumpa dengannya jam 8.30 PM, tapi oleh sebab sahabatku lambat selama 15 minit, jadi aku menunggunya dengan penuh penantian yang membuatkan terkilan.

Itu contoh, bagaimana sikap kita boleh mengganggu orang lain.

Itu contoh.
___

Para manusia yang sudi menjadi pembaca tulisan ini,

hidup kita ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita serapkan dendam dan benci. Sangat singkat. Dendam dan benci membuatkan jiwa menjadi tidak keruan, mudah api amarah ditiupkan.

Dari dendam dan benci,
boleh memutuskan tali persaudaraan,
boleh mengurangkan manisnya persahabatan,
boleh menghilangkan kasih sayang dalam percintaan.

Sebab itu, aku sedang berusaha menghindari dendam dan benci dengan orang lain. Sedang berusaha, masih mencuba.

Maka adalah tidak adil juga untuk kita terus lari hidup sendiri dengan sikap masing-masing. Menjalani kehidupan sendiri.

"Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku."

Aku tidak katakan salah menjalani hidup begitu, tetapi ada masanya kita perlu memahami rentak positif orang lain dan perbaiki rentak kita dari masa ke semasa. Kita hidup bermasyarakat bukan? Kita hidup berkawan bukan?

Kenapa tidak kita fikirkan adakah sikap diri kita ini disenangi orang lain?

Cuba menjadi orang yang baik, walau bukan terbaik.

Wallahu'alam.

Ingatlah, tinggi kita berdiri,
kita akan rebah juga mendakap bumi.

Muhasabah bersama.

"Tuhan tidak memerlukan kata-kata indah, cukup apa yang dikatakan hati sama dengan lidah."

Minta maaf kalau terkasar bahasa,
terima kasih sudi baca.

P/S: Sabar itu, tidak pernah dijanji ianya mudah, tapi ganjarannya aku tahu indah. Ada benda yang aku perjuangkan dalam tulisan.

161015

Tuesday 13 October 2015

Saturday 10 October 2015

Manusia dan kemahirannya

Tahu menulis, menulislah tentang kebesaran Tuhanmu.
Tahu petah bercakap, sampaikanlah tentang kebaikan Tuhanmu.
Tahu memandang alam, pandanglah kebesaran ciptaan Tuhanmu.
Tahu mengira, kiralah nikmat yang diberikan Tuhanmu.
Tahu membaca, bacalah dengan nama Tuhanmu.

Hatta, kau pandai ambil gambar bunga, awan, pokok, haiwan dan sebagainya pun, cubalah kaitkan dengan kebesaran Allah, betapa indahnya bumi ciptaan Dia. Nampak hujan pun,  cubalah kaitkan dengan Allah, bagaimana Dia ciptakan hujan untuk sang bumi dan seisinya. Nampak tumbuhan, cubalah kaitkan dengan Allah, macamana proses fotosintesis tumbuhan berlaku, dan siapa yang disebalik setiap kejadian.

Hadis logam:

Annasu ma'adin, khiyaruhum fil jahiliyyah khiyaruhum fil islam, izafaquhu.

(manusia itu logam, baiknya dia di dalam jahiliyyah, maka baik juga ia di dalam Islam, dengan syarat sekiranya dia faham.)

Fikirkan dan bermuhasabah bersama.