Pages

Tuesday 30 September 2014

Bahtera Laut dan Cubaan, sama saja.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah wastagfirullah.

"Dan Dia-lah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu) agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur. "
(QS. An-Nahl [16] : 14).

Kali ini kita berbicara tentang laut, pantai dan perasaan.

Ingat lagi aku tentang puisi pertama yang ku minati nukilan seorang Abdullah,
kira-kiranya 4 tahun yang lalu. 
Aku sebenar tidak tahu kenapa aku meminati puisi ini.
Mungkin kerana jatuh cinta pada bahasanya.
Mungkin kerana jatuh cinta pada keindahan susunan kalamnya.
Aku sendiri tidak pasti.
_________________________________________________________________________

Kala laut sunyi hebat melambung ombak benci
Teroleng-oleng sampan kecil mengayuh cari daratan
Angin jangan hembus pergi tenang ini
Aku cuma penumpang menumpang damai lautmu
Cuba lari menjauh desir ribut cebis hati
Cuba tutup mata membutakan kejamnya dunia

Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah
Punya sampan kecil tapi kuat menongkah langkah
Walau compang camping bertampal gam rekahnya
Walau layar cuma sehelai sejadah buruk hadiah dari Tuhanku

Malam bawa pergi matahariku
Siang bawa pergi bulanku
Penumpang buta tanpa cahaya
Meraba-raba di lautan belantara
Turun naik tinggi gunung ombak
Terkapai-kapai cari capai tangan Hidayahnya

Titis hujan tengkujuh ini menghanyut pergi lukisan mimpi
Dingin hembus nafas sang Murabbi bagai tanda aku dikasihi
Moga doa empati penumpang ini bisa terus menerobos hati Ilahi

Walau sesak sempit penjara sampan dilautan sunyi
Walau kencang angin tidak sayang padaku
Walau dikhianati bintang penunjuk jalan ini
Aku rela walau disimbah asid caci
Kerna aku penumpang sejati cuba cari titik sujud kasih Rabbul Izzati

Demi umurku bersumpah
Aku penumpang paling bertuah.
_______________________________________________________________________________

Sekembali ke rumah, sekian lama tidak ke pantai.
Aku suka, merenung laut, salah satu ciptaanNya yang indah.
Bisa menenangkan hati, bagi yang memikirkan.


Menempuh hidup disamakan dengan melayari bahtera di lautan.

"Seburuk apapun, sekeruh apapun kondisi bahtera kita, janganlah sekali-kali mencoba untuk keluar dari bahtera ini dan memutuskan berenang seorang diri, karena pasti kau akan kelelahan dan memutuskan menghentikan langkah yang pada akhirnya tenggelam di samudera kehidupan." - Abdullah

Mari berlari menuju Tuhan.
Dakap erat dalam hati, hingga bertemu abadi.


Saturday 27 September 2014

Sanah Helwah.

Assalammualaikum.

19. Alhamdulillah for blessing me.

kek buatan sendiri dgn kakak.
Awra dan Atul.
Allahuakbar, sudah 19.

"28 September, the day I was born. And it's supposed to be yours too, MAMA. 
Thanks to giving birth to me :). The most important, Alhamdulillah Ya Rabb."

Sedar?

Allah lukiskan diri kita persis seperti wajah ayah dan bonda kita, 
bukan sekadar atas nama saintifik sahaja. 
Menatap wajah ke cermin. 
Terpantul. Terpantul senyuman bonda, terpantul mata ayah. 
Wajah inilah yang kita bawa hari ke hari, dengan sikap yang dibentuk oleh diri kita sendiri.
SubhanAllah.

Suatu masa, bila usia semakin meningkat, jauh atau dekat, disana atau dimana,
wajah yang akan ditatap sebagai ganti rindu kepada ayah dan bonda.
SubhanAllah.

Cantik aturanNya kan?
Terdapat hikmah di sebalik kejadian.

:)

Kadang,
Ujian hidup tidak menentu,
diri buntu dan lesu,
hati merasa sendu.

Jangan katakan aku kuat berdiri seorang, aku melutut didepanNya meminta bantuan.

Di usiaku yang semakin mendekati kematian,
ingatkan aku tentang erti kesabaran,
ingatkan aku tentang erti kesyukuran,
aku mahu terus belajar erti sabar dan kesyukuran.
Kerapnya diri, "malasnya..malasnya.."
Ingatkan aku.
Ingatkan aku andai aku lupa.
Dalam medan amal dan medan ilmu,
Ingatkan aku tentang erti usaha dan kejayaan,
Ingatkan aku tentang erti belajar,
Ingatkan aku tentang erti mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Ingatkan aku.

Tempat segala kebergantungan, ikhlas antara hati ini dan Engkau,
'Terima kasih' ku terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan nikmatMu,
Maaf andai diri ini tidak tergapai redhaMu,
maaf andai diri ini lupa bertasbih mengingatiMu,
maaf andai tidak mengenang segala pemberianMu,
diri ini tidak layak untuk syurgaMu, 
namun aku sentiasa mengharapkan belasMu,
Ampuni dan kasihilah diriku dengan kasih sayangMu.
Moga diri ini terus tsabat dan istiqamah di jalan yang diredhai,
syahidkan aku dalam redhaMu.
Moga roh jiwa terisi dengan nikmat tarbiyyah.
"Mahu ku berjalan di bumi tarbiyyah, hidup bersamanya, menyucikan jiwa."
Biidznillah :)
-
-
-
-
-
-
Terima kasih buat yang mendoakan sempena hari lahir ini,
 semoga yang terbaik buat kalian untuk bekalan di 'sana' nanti juga.
Bersama kita. Semoga lebih hebat jua.

Dalam mencari makna kita diciptakan.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
(51:56)
______________________________________________________________

Alhamdulillah, baru sampai di rumah.
Sekarang cuti sem baru habis final exam.
Semoga semuanya baik-baik saja.
Mohon doa.


-Khairunnisa-
280914








Thursday 25 September 2014

hmm


"Tidak perlu banyak menceritakan diri,
kerana yang mencintai tidak memerlukannya,
yang membenci tidak akan percaya."

Wednesday 24 September 2014

lilpointer atau lillahitaala?

Assalammualaikum.

Tiba waktu exam, datang pula kalimah-kalimah yang terkeluar dari otak yang bersahaja seperti berikut,

"alahhh.. belajar kerana Allah, bukan kerana exam, pointer.."
"Tak payah lah hafal, belajar kerana Allah, bukan kerana pointer.. Yg penting faham.."
"Ilmu itu sebagai jalan untuk menuju ke petunjuk hidayahNya, bukan menjadi hamba kepada ilmu.."


Aku agak terkilan sedikit.
Betulkah?

Sunday 21 September 2014

Merapu #3

Assalammualaikum.

Sejuk. Hening malam. Bilik. Hari-hari exam.
Ketika ini lagu EdCoustic meresap bersama kesalan ke dalam jiwa.
Membawa rasa penyembahan kepadaNya.
Hampa.
Banyaknya masaku, habis.
Boleh aku menangis sebentar?

Sunday 14 September 2014

A bitter pill.

Aku bukannya bidadari.
Aku wanita.
Punya perasaan cemburu.
Cemburu untuk semuanya.

Dia dapat keputusan cemerlang, aku cemburu.
Dia dapat lebih, aku cemburu.
Dia dilihat, diriku bayang-bayang, aku cemburu.

Tapi, tahukah kamu,
dari cemburu itu terkumpul kekuatan?
Walau kadang terselit kesakitan.

Hmm.

Yaa, kamu aku maksudkan.

Thursday 11 September 2014

Merapu

Bila jari menuding,
ketawa terbahak.

Penat menjaga hati mereka, 
hati ini dipijak hanya.

Allah, butakan marah ini.

T.T


Wednesday 10 September 2014

It's you.

Assalammualaikum.

"Dalam diam, kita berbicara tentang impian dan janji."



Setiap manusia punya cerita yang bakal diceritakan semula, dengan sendirinya di hadapan Allah nanti. 
Walau apa dan bagaimana pun pandangan datangnya dari yang lain, 
tetaplah kamu dan dirimu yang akan dihisab sendirian. 


Tetaplah kamu, sendirian yang akan berjalan ke pangkal hidup abadimu. 
Sendirian. 
So fight for yourself. 

This is the reality. 
Don't misunderstand others of what they are fighting for. 


Just be myself without being like model there. Hahaha


Monday 8 September 2014

Kau lagi, macam idea berbunga.

Assalammualaikum.

Sudah dua bulan, aku malu.
Hmm?

Mungkin agak keterlaluan jika aku katakan aku telah mengagumi seorang ini.

Caranya mencuri sedikit torehan hati begitu mendalam.
Sehingga ada kalanya menjadi kekuatan,

adakalanya menjadikan tanda tanya,
dan melesukan diri ini pertanyaan itu.

Juga,
Tidak kalah menggetar jiwa.


Serius. 
Mahu lari.

TIDAK.
aku tidak mahu.

Pengecut. 
Mungkin?

Serius, aku penat tapi macamana aku boleh bertahan?
Aku sendiri hairan akan diriku.

Adakah perasaan ini keterlaluan mengganggu ku?
TIDAK.

I'm curious and wondered.

Sunday 7 September 2014

Classmates.

Assalammualaikum.


Ku conteng kali ini dengan cerita ahli kelas.
Luahan rasa mungkin?
Tak puas hati mungkin?
Marah mungkin?

Saya tak marah. Cuma, saya doakan semoga kamu lebih terbuka untuk menerima.

Bila kita berbicara, tak perlu sampai mengganggu sekeliling.
Bila kita ketawa, tak perlu sampai pecah telinga mendengarnya.
Bila kita bersuara, tak perlu sampai menyakitkan sekeliling.


Cuma memahami sahabat yang lain.
Ada yang mahu kesendirian.
Ada yang mahu sunyi.
Ada yang mahu fokus.
Ada yang mengerti dengan tenang.


Tapi!
kau tak tahu suara mu terlalu kuat.
Terganggu mungkin biasa bagimu, tapi tidak bagi kami.


Sekian.

Thursday 4 September 2014

Kelana hamba di Bumi Tuhan

Assalammualaikum.

September,

"KELANA MUSAFIR DI BUMI TUHAN"

Kaku depan laptop, berlegar isi di ruang fikiran, tersekat tak terluah.
Internet ini, yang percuma buat kemudahan.
Moga bermanfaat buat jiwa-jiwa yang memikirkan manfaatnya.
InshaAllah.
Dari biasa kita jadi luar biasa, bukan?
Jika kita memikirkannya.

: )

Bila aku berfikir bagaimana penyelesaian masalah ketika dulu, ku fikirkan lebih baik mata ku dipejam dan tidak dibuka lagi.
Kerana ku fikir, tidak ada lagi cahaya yang mendatang.

Rupanya, di sini, telah ada cita dan tujuan.
Yang membuatku menatap jauh ke depan.
Jauh melampau ruang dan masa, kelana menjejak mimpi dan harapan yang tersimpan.
 Bukan harta yang dimahukan, walau selalu merindukan dunia.
Tapi tarbiyyah dan pengalaman yang diharapkan.
Sehingga kaki ini mampu lagi melangkah beribu batu, memikul beban kelelahan,
InshaAllah, berbayar olehNya.
Biarpun  seringkali diri ini kejatuhan,
dihempap perasaan,
dihempap pelajaran,
dihempap kekangan,
semuanya, aku tahu UJIAN.

Tanda Allah sayang bukan?

Seronok, bahagia.
Kita berkongsi satu rasa, indah bukan?
Tiada cela, manisnya ukhwah cinta kerana Allah.
Allah datangkan kisah cinta yang indah dalam hidup ini,
Dia datangkan keluarga, akhwat, sahabat di sekeliling, hadir sebagai cinta.
Maka, jagalah.

Seperti biasa, aku masih melihat, mentafsir dan belajar.
Cuba mencari kekuatan melalui tulisan.

Takut kelesuan semasa bermujahadah dalam menuntut ilmu.

Kisah diriku bukan sempurna,
tulisan kadangnya cuma meluah rasa,
sambil berkongsi ilmu yang ada,
kadang juga contengan sahaja yang futur menggila,
apa baik dariNya, ambil, sebarkan, dan manfaatkan.

Namun, jika ada yang buruk tentangku, tegurlah.
Agar tidak diriku terleka,
dengan kesenangan, dengan pujian yang melalaikan.

Kerana, aku juga manusia, masih berjiwa hamba,
masih berusaha,
tetap mahu kembali bersujud menyembahNya.

Jika dikatakan kita hebat, kita tetap melutut di depanNya.
Kita tetap bernafas dalam jiwa hamba.

Hamba yg lemah,
Nisaii.