Pages

Wednesday 31 August 2016

Biar jadi emosi.

Ini bukannya pertama kali aku diam tidak dapat berucap. Hanya di dalam batin tersimpan untuk diriku sendiri. Aku tidak menyalahkan sesiapa, atau keadaan pun aku tidak salahkan. Hanya aku, menyesal dan kecewa. Seolahnya ditinggalkan begitu sahaja, tiada jawapan penuh teliti. padahal mungkin tidak begitu sepatutnya. Ini mungkin hanyalah rasa takutku kepadamu.


Menangis? Jangan ditanya kerana aku biasa menangis ditutupi senyuman. Perasaan dan imanku berbolak-balik. Sebab itu aku meminta kepada Tuhan, mohon dijaga jiwaku. Sebab itu, aku menyerahkan segala kebergantunganku kepada Tuhanku.

Aku perlu menenangkan diri, sejenak. Dan perlu memahami, rasanya ditinggalkan setelah dipeluk erat seolah-olah tidak akan dilepaskan. Aku perlu memahami segala kemungkinan. Bagaimana rasanya berdiam.

Entah, kenapa aku menulis dan menjadi emosi seperti ini.

Maafkan aku.

Cinta yang sedang aku perhatikan.

Lain macam, tajuk.

Cinta dikatakan rumit oleh kebanyakan manusia, tafsirannya.

Namun, apapun tafsirannya, semoga ia adalah proses kita menuju kebaikan.


Jika cinta itu manusia, mungkin ia akan menjadi gemuk kerana terlalu kenyang dengan segala tuduhan dan definisi yang pelbagai.

Maka, aku tuliskan maksud cinta yang diterjemahkan bebas ini.

Cinta itu, boleh bermakna jamak, tunggal ataupun infiniti.

Cinta cahaya kepada klorofil, membuatkan ia menghasilkan kehidupan untuk semua. Begitu keindahan tercipta. Cinta dari dan kepada semua masyarakat, menghasilkan negara merdeka, kukuh, aman dan damai. Cinta yang diikat secara suci, tidak perlu menyakiti dan perlu saling menasihati maka akan menghasilkan madrasah yang berikutnya dinamakan keluarga. Hingga tiba kepada cinta Pencipta kepada hambaNya, mewujudkan taqwa, ianya tidak terbilang, sungguh. Infiniti.

Itu.

Meski tidak semua cinta itu mendekatkan, seperti matahari yang mencintai bumi tanpa mendekatinya. Kerana ia tahu bahawa mendekatinya hanya kan membalikkan erti dari cinta itu sendiri, meyakiti.

Lalu kini, bagaimana dirimu menceritakan jati diri cinta?

Monday 29 August 2016

Menikmati waktu yang lebih lama dari biasa.

Menunggu hari itu, seakan ingin aku percepatkan waktu.

Ada banyak juga ketakutan yang aku fikirkan sekarang, yang aku tutup rapi dnegan senyuman.

Aku menutupkan takutku dengan membaca. Memberi bekal diriku di masa depan.

Kadang dengan itu, hatiku menjadi tenang.