Pages

Thursday 27 March 2014

Telah merekah kembali.

Bismillah.

Lamanya tidak menulis, ibarat bingkisan fikiran ku tidak dipedulikan.




"Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung"

(3:200)


Kecil hatiku menyanyi sana sini tak puas hati, telah kembali merekah lagi.. merekah lagi.

Sesekali terbunyi-bunyi juga di mulut, menahan mata daripada memecahkan empangan itu.
Lemah.. aku sangat lemah.
Kadang-kadang rasa nak balikkan masa serta merta!
mahu bercerita tentang isi hati, hati aku rapuh.

Kejap-kejap jatuh, kejap-kejap pecah, kejap-kejap merekah lagi.
Tapi tak mungkin hati yang rapuh tu dapat bertahan kalau terus ke medan perjuangan,
ianya perlu lagi latihan.. dan perlu lagi latihan.. biar hati itu melekat kuat.
Aku harus terus laparkan tarbiyyah, harus laparkan semangat tu, laparkan kekuatan.
Harus mencari lagi, dan tidak berhenti.
Teruskan berpesan kepada hati, kerana kau sangat cepat mengalah.
Tolong jangan. Jangan lagi! Jangan lagi datang dekat aku wahai si putus asa!
Cukuplah sudah ada masanya dulu engkau muncul di ruang-ruang jiwaku.
Pergilah jauh-jauh aku tak perlukanmu.
Aku mahu terus tetap.


Tetapkanlah jalanmu! Walau langkahmu masih jauh!

"Allah..hear my prayers.. hear my prayers Oh Allah.."


“Maka, Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan kataqwaan, sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
(As-Syams 91:8-10)

Allah!