Pages

Saturday 27 June 2015

Cerita Orkid : Satu

Orkid selesai membaca silibus pengajiannya di perpustakaan. Seharian suntuk memaksa menghabiskan pembacaannya. Gadis itu berkemas mahu beredar, berdiri dan...

"Tup."

Bunyi sesuatu jatuh dari sebalik buku-bukunya. Hanya sehelai kertas yang berlipat-lipat kecil telah jatuh. Orkid tertanya sendiri, dia tidak ingat sama ada kertas itu kepunyaannya atau tidak kerana sepertinya kertas asing. Orkid mengutip kertas itu dan membuka lipatan kertas itu.

"Apa kau masih yang aku kenal dahulu? -Ad-" Kalam utama di kertas itu.

Orkid tersentak dan berkerut dahinya membaca bait-bait kata di dalam kertas itu. Ianya surat. Ia surat. Dari Ad, sedutan nama dari sebuah kisah lama. Orkid memandang sekeliling dan dia sedar seseorang sedang memandangnya! Dia tidak tahu kenapa, tapi firasat hatinya kuat mengatakan surat itu dari orang yang sedang memandangnya sekarang! Maka Orkid memberanikan diri menoleh kembali cepat-cepat, hanya selintas saat. Hanya untuk memastikan. Orkid berpaling cepat ke arah lain dan cuma mengingati sesuatu sambil melangkah keluar dari perpustakaan.

Tapi tetap, Orkid tidak sengaja memandang kembali di suatu sudut yang sama, pada seseorang.

"Ahh. Karut! Mana mungkin."

Imaginasi Orkid terlerai setelah menyangkal fatwa jiwanya dan meneruskan langkah beredar ke asrama.

"Orkid Kert!" Seseorang memanggilnya.

Orkid berpaling ke arah suara itu. Memandang dan mendengarkan suara itu, maka dia membenarkan fatwa jiwanya. Satu wajah lama menjengah. Banyak persoalan yang ingin Orkid tanyakan, tapi dikurungnya sendiri dalam minda. Nanti saja katanya.

"Err.. Kau Elman. Kau buat apa di sini?" Kata Orkid tersekat-sekat, terkejut.

"Kid, kau tanya aku buat apa di sini? Aku cari kau Orkid."

"Ada apa cari aku."

"Kau sekarang punyalah payah aku hubungi."

"Payah untuk aku bila aku nampak nama kau di skrin telefon aku."

"Ya, aku faham. Tapi lama aku tidak jumpa kau. Kau mengelak. Sekurang-kurangnya kau tidak matikan telefon. Esok, Mawar mahu jumpa kau. Abang Ad ada sekali.. "

Supp. Seperti terkena renjatan elektrik, sekali lagi nama pengirim surat itu kedengaran. Orkid cuba mengawal perasaannya yang entah apa.

"Sorry. Esok aku ada hal untuk dilakukan. Aku kena pergi sekarang." Orkid melangkah sempat mendengar namanya dipanggil berulang kali oleh Elman. Ah, biarkan. Tiada kepentingan.

Lima tahun lalu...

Memandang. Ke kiri. Ke kanan. Tidak senang. Orkid menunggu di restoran yang dijanjikan untuk berjumpa Ad, kawan lama Orkid. Mereka bertemu di satu pertandingan debat antara sekolah, yang mana antara saingan pendebat terbaik adalah Ad, nama penuhnya Adli. Sementara waktu rehat pertandingan, secara tidak sengaja mereka berkenalan dan menjadi kawan baik. Adli berumur tua dua tahun daripada Orkid. Hari itu, sebelum Adli mahu berangkat meneruskan pengajian persediaan ke luar negara, dia mahu berjumpa Orkid. Untuk mengatakan sesuatu hal yang agak mustahak katanya. Berkali-kali dipujuk, Orkid bersetuju untuk berjumpa Adli dengan ditemani oleh Mawar, kawan baiknya. Orkid dan Mawar menunggu di restoran itu, dengan harapan muncul wajah yang ditunggu.

"Ad dimana? Ni Orkid tengah menunggu ni. Muncung mulutnya macam itik menunggu Ad sini." Mawar menghubungi Adli.

"Kejap lagi Ad janji akan sampai. Tunggu sana yaa. Tunggu yaa." Jawabnya dan mematikan panggilan.

Adli berjanji pada Orkid yang dia sememangnya akan datang. Lalu selalu sahaja Orkid merenung pintu itu. Sekali muncul kelibat seseorang yang pasti bukan Adli, kelihatan riak wajah Orkid kecewa lagi dan menundukkan kepala, tetap menunggu. Semakin pelanggan yang lain pergi meninggalkan mereka disitu, namun Orkid tetap menunggu. Duduk merenung pintu itu. Sesekali sang mengantuk mendatangnya, namun digagahinya juga untuk bertahan. Mawar ingin sekali memarahinya dan bertanya kenapa Orkid masih mahu menunggu.

"Dia kata mahu datang jap lagi." Kata Orkid, sabar tapi tetap riak wajahnya tidak ceria.

Tiga jam berlalu. Mereka pulang dan Adli tidak dapat dihubungi. Orkid diam. Berkali-kali Orkid melihat skrin telefon bimbitnya, dengan harapan ianya berbunyi dan tertera satu nama. Lalu dengan agak menggigil, Orkid berusaha melawan keinginan sendiri menyekat batin sendiri yang mahu menghubungi Adli untuk bertanyakan kenapa. Tapi ditepisnya.

"Ahh biarlah." Merajuk.

(bersambung)

Saturday 20 June 2015

Someone I like.

Orkid take out her pen. She want to write something in her notebook.

"Learning to ignore certain people is one of the great paths to inner peace. I mean not continuous ignore it, I just start to blushing when I see certain people. Maybe because we are very different. I just can only write a short story, a poem or something that nobody wants to read it. Since you are better than me, you can be a chief, or someone that people will trust and know who you are. I only see from a distance and smile. I hope we fine spiritually, mentally and physically. You too high to be reached by myself. In conclusion, allow me to be high with you. So we are equally high. Also, we know about it, at this moment, only patience will teach us. Now, we learn together."

Orkid close her notebook and put it on the edge of her desk.

Tuesday 16 June 2015

Ramadhan

Assalammualaikum.

Esok Ramadhan pertama, Malam ini adalah terawih yang pertama. Bersyukurlah kita, kalimah syukur yang agung hanya untuk Tuhan semesta alam, Allah SWT.

Kita terpilih sebenarnya. Ada orang yang tidak sempat menemui bulan yang penuh kemuliaan ini. Ada jiwa yang menjadi kerinduan dengan Ramadhan, namun firasat tidak dapat menduga roh dipanggil menemui Tuhannya.

Moga kali ini, tangan-tangan yang menadah ke langit, membisik kalimah agung, menjadi ikhlas dan istiqamah.
Tidak hanya pada Ramadhan, tapi juga sehingga seterusnya.

Moga berterusan, amal ibadah sekaliannya dan moga juga diterima oleh Allah SWT.

Tidak mahu memanjangkan lukisan blog, hanya sekadar coretan dari hati, buat siapa entah.

Bulan,
Kamu cantik, menyenangkan mata yang memandang,
pasti, PenciptaMu lebih hebat kan?
maaf, entri agak bertabur.

SELAMAT BERPUASA SEMUA.

Thursday 11 June 2015

Hei mimpi, hebat sekali kau pwngaruh fikiran?

Assalammualaikum.

Aku update blog.

Lama tidak menulis.


Hari ini hari Jumaat, hari untuk merindu.
Doakanlah untuk yang telah pergi hatta kita yg masih hidup tua atau muda juga perlukan doa.... Semalam aku mimpi, aku tulis buku dan bakal diterbitkan. Apakah ianya akan terus terjadi? Nampak mustahil, sbab ianya mimpi. Mimpi boleh jadi tafsiran dari minda yg terlalu memikirkn sesuatu atau mgkin org kata selalu permainan tidur. Apa dalam mimpi, mungkin tidak sebenarnya yg betul2 terjadi. Percaya pada mimpi, berhati-hati, kerana takut kebergantungan kita kepada Allah akan semakin kabur. Dari mimpi ambil iktibar yg lebih mendekatkan diri kita dgn Tuhan, bukan 100% percaya pada mimpi.

InshaAllah, Kun Fayakun, Jika Allah kata jadi, maka jadilah.

I wish it was you.

kalau ini tertutur dari katamu,

kamu kira,

apa perasaan ku?

yaa, kamu.

Wednesday 3 June 2015

Orkid bertanya tentang tenang.

Suatu hari, seorang gadis bertanya kepada ayahnya tentang suatu hal yang membuatnya resah hati.

"Ayahku, bagaimana mahu menjalani hidup ini dengan tenang duhai ayahku?" Tanya Orkid kepada ayahnya yang sedang duduk di hadapan sebuah buku dan secawan kopi.

Lantas ayahnya membuka cermin matanya, meletakkan bukunya dan menyuruh Orkid duduk.

"Untuk hidup tenang, lakukan sesuatu dengan penuh ikhlas dan ketulusan." Jawab Encik Kert, ayah Orkid.

"Ikhlas dan ketulusan?" Orkid berkerut tanda memikirkan kata-kata ayahnya.

"Dengan keikhlasan, kamu akan merasakan ketenangan. Ibaratnya kamu memberikan sesuatu kepada orang lain, berikan dengan keikhlasan. Akhirnya, kamu tidak merasakan kehilangan atau tidak merasakan kamu perlu mendapat balasan. Kalau berdoa, berdoa dengan penuh keikhlasan, tanpa risau atau bimbang doamu itu tidak sampai. Kerana dasarnya semua doa itu akan termakbul, hanya kita sahaja yang tidak akan mudah mengerti bila masanya akan dimakbulkan dan bagaimana ianya dimakbulkan."

Encik Kert berhenti sebentar memerhatikan kerut wajah Orkid. Anaknya itu cuma memahami setiap bait kata ayahnya.

"Sayangku, keikhlasan itu adalah dasarnya, sebagai akarnya. Mahu ketenangan, lakukan sesuatu dengan keikhlasan. Menjaga amanah dengan keikhlasan. Menuntut ilmu dengan keikhlasan. Pergi ke kelas dengan keikhlasan. Melakukan ibadah dengan keikhlasan dan sebagainya banyak hal lagi yang boleh dilakukan dengan keikhlasan. Memang menjadi ikhlas itu bukannya mudah, tapi tidak mustahil kan? Ianya mempunyai proses, dan jika ada prosesnya maka akan ada jalan yang perlu ditempuh kan? Cara menempuhnya dengan kesabaran juga kan?"

Orkid masih diam memikirkan dan meneliti. Tergigit dengan kefahamannya sendiri.

"Anakku, di usia mudamu begini, ayah memahami akan hal yang terasa membebankan dirimu. Termasuklah banyak keputusan besar yang perlu kau lakukan dalam hidup. Ayah cuma dapat mendoakan untukmu dan mempertimbangkan keputusanmu. Selebihnya, itu dari dirimu sayang. Kuncinya, keikhlasan."

Sekali lagi, Orkid diam. Dia terungkai kata tanya.

"Termasuk dalam mencintai?" Orkid terhenti di kalimah itu.

Encik Kert hanya tersenyum melihat wajah anak gadisnya yang merona tiba-tiba.