Pages

Wednesday 3 June 2015

Orkid bertanya tentang tenang.

Suatu hari, seorang gadis bertanya kepada ayahnya tentang suatu hal yang membuatnya resah hati.

"Ayahku, bagaimana mahu menjalani hidup ini dengan tenang duhai ayahku?" Tanya Orkid kepada ayahnya yang sedang duduk di hadapan sebuah buku dan secawan kopi.

Lantas ayahnya membuka cermin matanya, meletakkan bukunya dan menyuruh Orkid duduk.

"Untuk hidup tenang, lakukan sesuatu dengan penuh ikhlas dan ketulusan." Jawab Encik Kert, ayah Orkid.

"Ikhlas dan ketulusan?" Orkid berkerut tanda memikirkan kata-kata ayahnya.

"Dengan keikhlasan, kamu akan merasakan ketenangan. Ibaratnya kamu memberikan sesuatu kepada orang lain, berikan dengan keikhlasan. Akhirnya, kamu tidak merasakan kehilangan atau tidak merasakan kamu perlu mendapat balasan. Kalau berdoa, berdoa dengan penuh keikhlasan, tanpa risau atau bimbang doamu itu tidak sampai. Kerana dasarnya semua doa itu akan termakbul, hanya kita sahaja yang tidak akan mudah mengerti bila masanya akan dimakbulkan dan bagaimana ianya dimakbulkan."

Encik Kert berhenti sebentar memerhatikan kerut wajah Orkid. Anaknya itu cuma memahami setiap bait kata ayahnya.

"Sayangku, keikhlasan itu adalah dasarnya, sebagai akarnya. Mahu ketenangan, lakukan sesuatu dengan keikhlasan. Menjaga amanah dengan keikhlasan. Menuntut ilmu dengan keikhlasan. Pergi ke kelas dengan keikhlasan. Melakukan ibadah dengan keikhlasan dan sebagainya banyak hal lagi yang boleh dilakukan dengan keikhlasan. Memang menjadi ikhlas itu bukannya mudah, tapi tidak mustahil kan? Ianya mempunyai proses, dan jika ada prosesnya maka akan ada jalan yang perlu ditempuh kan? Cara menempuhnya dengan kesabaran juga kan?"

Orkid masih diam memikirkan dan meneliti. Tergigit dengan kefahamannya sendiri.

"Anakku, di usia mudamu begini, ayah memahami akan hal yang terasa membebankan dirimu. Termasuklah banyak keputusan besar yang perlu kau lakukan dalam hidup. Ayah cuma dapat mendoakan untukmu dan mempertimbangkan keputusanmu. Selebihnya, itu dari dirimu sayang. Kuncinya, keikhlasan."

Sekali lagi, Orkid diam. Dia terungkai kata tanya.

"Termasuk dalam mencintai?" Orkid terhenti di kalimah itu.

Encik Kert hanya tersenyum melihat wajah anak gadisnya yang merona tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment