Pages

Tuesday 21 April 2015

Aku sedang pilih mahu jadi logam apa.

Bismillah.

Assalammualaikum.

Alhamdulillah wastaghfirullah.

Ada lagi baki beberapa hari lagi, sebelum berangkat ke pulang 'medan' sana. Setelah banyak aku belajar dari 'medan' sini, ya masih lagi memerlukan banyak perkara.  'Medan' yang satu lagi, yang menuntut diri untuk menekuni budaya ilmu untuk manfaat. 'Medan' itu ideal, sehingga buat kerja rasa berbeza, sehingga kadang terasa tidak bersungguh kerana terlalu ideal. Astaghfirullah, moga saja tidak berhenti buat kerja kerana wujudnya manusia yang lebih hebat dalam hal-hal yang sepatutnya jadi tanggungjawab individu. Aku kerdil sebenarnya, malu aku mahu muncul menghadap jalan ini, kerana aku bukanlah hebat. 

Hebat dalam berkata, 
hebat dalam menulis, 
hebat dalam menyentuh hati orang, 
hebat dalam belajar,
jauh sekali aku.

Pernah rasa berat dalam gerabak ini, kerana kelemahan diri ini. Siapalah kita dalam jalan dakwah ini, jalan itu tidak memerlukan kita. Tapi kita perlu sedar, kita yang memerlukan jalan itu. Jangan anggap tanggungjawab dakwah itu cuma terletak pada individu yang berpendidikan agama, si tudung labuh, si kopiah dan sebagainya berkaitan. Kau silap.

Hadis cintaku, hadis logam ini senang sekali meresap dalam jiwaku. Aku sukakannya. Aku jatuh cinta pada hadis ini.


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Itulah nilai hadis ini. Jangan kita terus menerus menilai diri kita tidak mampu. Manusia seperti logam, yang mana nilainya tidak akan berubah dimanapun. Sekira jahil, nilai itu akan menyokong kejahilan tersebut dan begitulah sebaliknya. Bergantung kepada kefahaman. Itulah kita sepatutnya pandang kelebihan orang lain berbanding kelemahannya. 

Hai kamu, kita boleh sebenarnya. 


obsesi ini lahirnya dari satu cinta.
kecintaan aku pada Teragung.
kalau bukan kerana Dia,
kalau bukan kerana indahnya cinta,
aku tidak mungkin mahu obsesi pada dua benda tidak bernyawa ini.

dan satu lagi,
kerana kecintaan ku pada indahnya puisi.

begitulah.
menghalakan obsesi kearah kompas yang betul,
agar nanti tidak kau tersesat di hujung.

kredit: Syafiqah



Kerja kita masih banyak. Masih banyak sebenarnya.

Adakalanya kita mahu sendirian
menakutkan fikiran orang yang menyendiri



No comments:

Post a Comment