Pages

Monday 28 September 2015

Surat Hari Lahir

Assalammualaikum, 

Salam kasih buat semua, moga Allah jaga hati-hati kita.

Lama tidak menulis, takut tidak jujur sama diri sendiri. Sebenarnya, jadi kadang diam kan lebih bererti? 

Hari ini aku genap 20 tahun. Alhamdulillah. 

" Yaa Khairunnisa, Selamat hari lahir."

Mahu kata syukur itu sebenarnya sukar diterjemah, kalau dapat diterjemahkan dengan kata-kata pun ianya tidak sama dengan apa dalam jiwa. Alhamdulillah, kasihMu Yaa Allah, aku bersyukur sebenarnya, rasa kerdil pun ada, diapit segalaksi bahkan lebih nikmat yang kau berikan sepanjang hidupku. Aku kadang lupa denganMu. Aku malu dengan diri, entah apa yang telah aku usahakan untuk jalan mencariMu. Sungguh, aku malu sendiri. Meminta merayu banyak perkara, tapi kebatilan melebihi dalam amalanku. Aku malu Ya Tuhanku! 

Aku masih berfikir. 

Ini bukannya coretan kekecewaan atau luahan, hanya aku cuma terdetik mahu menuang aksara jiwa di kanvas blog. Hadiah buat diri sendiri, yang masih mencari diri sendiri, masih mahu mengenal diri. Sungguh, aku sangat banyak kelemahan. Hanya doa-doa dari manusia sekeliling yang aku pinta senantiasa. Sungguh, Walau aku bukan sesiapa.

Moga, doakan aku yaa, sama ada aku hidup atau sudah meninggal nanti.

Terima kasih buat yang sudi mengucapkan selamat buatku.

Tiada gambar diri, letak ini sajalah.

Doakan aku yaa kalian?

Semoga menumbuh menjadi teguh, dalam medan amal, hatta sungguh medan realiti.


Tuesday 22 September 2015

Sunday 20 September 2015

Aku punya banyak perasaan

Assalammualaikum.

Aku pergi jaulah dengan akhwat.
Usrah..
Banyak perasaan yang datang.

Aku rasa kerdil. 
Kerdil bertemu dengan manusia-manusia yang kental jiwanya dalam jalan dakwah dan tarbiyah. 
Juga aku sangat cemburu. Cemburu sebab manusia-manusia ini punya semangat yang tinggi. 
Juga ada rasa marah. Marah dengan diri sendiri yang masih tenggelam dengan norma-norma negatif.

 Allah! Bantulah diri, masih punya banyak kerja. Sangat banyak. 
Terasa bahang-bahang kesakitan ummah. Tidak mustahil, nanti diri kita sendiri diserap sakitnya. 
Lalu bukan menyembuhkan, tapi menambahkan lagi kesakitan. 

Nau'zubillah.

Itu perasaan yang datang. 
Juga fikiran yang bertandang. 
Aku dalam kekeliruan juga tersentuh dengan 'mereka'.

Hai manusia yang sangat kuat jiwanya dalam jalan dakwah dan tarbiyah,
Kamu, sangat menyentuh jiwa.
Teruskan genggam tanganku, boleh?

Bawa aku kenal Tuhan saat sekeliling terasa menyesakkan.
Dalam kita bertatih belajar, pasti menemukan khilaf masing-masing.
Teruskan rabitah hati kita boleh? 

Doa sama, InshaAllah.


Antara yang menjadi kecintaanku, akhwat usrah.
Syukran sudi bersama kenal Tuhan.

Tuesday 15 September 2015

Aku mahu bersahabat kerana Allah!!

Rasa cinta itu, rasa rindu itu, rasa kasih itu, rasa ingin tarbiyyah itu, itu buat aku rindu.

Kerana Allah, aku sangat rindu. Sangat. MashaAllah. Sangat.

Terakhir jumpa dulu belum peluk nangis sudah, berat hati sangat mahu berpisah. Sampai bilik, masih lagi nangis. Lepas ini, entah jumpa lagi atau tidak. Moga kita masih berpegang pada cinta Allah. Berukhwah kerana Allah. Bersahabat kerana Allah. Saling mencinta kerana Allah. Moga persahabatan ini jadi satu daya tolak untuk kita lebih dekat dengan Allah. Moga Allah jaga kita semua. InshaAllah. Jaga diri baik-baik, ukhti!

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa." (43:67)

Tuesday 8 September 2015

Tulisan yang tertutur

Menumbuhkan kepingan huruf,

yang dikira mungkin dengan perasaan,

maka tambahlah dengan baja-baja kefahaman dan ilmu,

tidak lupa siram dengan kesopanan pertuturan,

kesannya boleh dilihat kelak dengan sebaris amal-amal.

Takut nanti tumbuhnya bukan mencantikkan,

tapi mencacatkan.

Tersentuh dengan hal-hal sesama manusia.

Ehh, aku juga manusia.

Sesakit-sakit

Semoga,

sesakit-sakitnya luka

hanya membunuh cinta

tidak sampai menumbuhkan benci.

Jaga hati, jaga lisan, jaga iman.

Tipulah kalau tidak sakit,
tapi,

aku minta maaf semua.

Selamat malam,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Moga Allah jaga hubungan kita semua.

Tiada tajuk terfikir

Aku tengah rindu.


Monday 7 September 2015

Pagi rindu

Ku lihat langit masih malu, tapi aku senangi gugusan mozaik indah langit pagi. 

Meskipun aku tidak pernah menaiki gunung untuk melihat sunrise, 
tapi satu nikmat besar dan syukur jika dapat mendengar azan Subuh. 

Merupakan satu hal yang perlu disyukuri.

Thursday 3 September 2015

Bangkit.

Jangan cakap,

semua orang kalau diberi peluang,

mahu kembali ke masa lalu,

memperbaiki masa lalunya.

Usah ditanya tentang yang lalu lagi,

perbaiki sahaja yang sekarang,

ambil peluang yang ada sekarang.

Teruskan, bangkit kerana Tuhan,
Allahuakbar.

Allah, saksikan.

Masih futur menggila

Ehh.

Aku mahu bangkitkan sesuatu dari hati.

"Aku sedar, aku masih menulis dengan penuh bertaburan. Tiada manfaat buat sekalian. Jadi aku fikirkann.."

Bagaimana bisa aku menulis tentang Tuhan,
jika aku sendiri punyalah zalim terhadap insan?


Bagaimana bisa aku menulis tentang Tuhan,
jika akhlak aku terbang tidak berhaluan?


Banyak lagi. Renungan diri.
Tolonglah!

Allah! Bantulah aku! Saat dunia menyesakkan!
:'(((

Janganlah biar orang menunggu

Berlatihlah jangan menzalimi masa orang lain. Setiap antara kita pastinya mempunyai tugasan lain lagi yang harus diselesaikan. Justeru, sewajarnyalah cuba menghormati masa orang lain dengan cuba melatih diri datang lebih awal atau tepat pada waktunya apabila telah berjanji.

Mungkin bersiap lebih awal?

"Kita terlalu menghormati orang yang tidak menghormati waktu, lantas diri sendiri termangu menghentak-hentak kaki menunggu."

"Kalau jadi kebiasaan, kita ubahlah. Sama-sama juga kita manusia yang punya 24 jam. Kerja jangan cakap, banyak."

Kata tangan kepada jam sambil memandang jarum jam yang tajam bisa menikam kalau macam-macam. Haha

Wednesday 2 September 2015

Menanglah sangat. hehe

Hari ini,

aku menang tulis puisi,
juga menang melukis poster.

Pertama kali aku hantar karya.

Walaupun, beku mahu menulis dan melukis, apatah lagi mewarna.

Adik aku mewarna lagi cantik dari aku.

Tahniahlah!

Pitiful

Punya panjang aku tulis entr blog sepenuh hati,

tapi terpadam.

Huaaa.
Balik rumah, update balik.

Jangan bilang kita merdeka

Happy National Day, 58 years.

Aku nukilkan.

Jangan kau bilang kita merdeka
apabila akhlak tatasusila
kau tutup dengan jaring labah-labah
melekat tapi rapuh ditembak zaman

Jangan kau bilang kita merdeka
kalau sejarah bangsa kau lupakan
Pernah engkau fikirkan kibaran bendera kita?
Kibaran yang mempunyai kemenangan
tapi di sebaliknya ada pengorbanan
pengorbanan nyawa dan harta

Jangan kau bilang kita merdeka
apabila kritik rakyat menjadi debat
tanda protes akan tuan atasan
kenapa perpecahan menjadi tabir pemikiran?
ketegangan menjadi pengganti akal
akal manusia yang rasakan kemerdekaan

Merangkaklah
atas bumi yang kau katakan merdeka
dengan kebenaran yang hakiki
walau dipijak nafsu duniawi
terus perjuang bersama Ilahi