Pages

Sunday 31 January 2016

Sahabat; cinta.

Lihat pada segelung tanah becah,
lalang meninggi ; bebas hijau rumput,
masih ingat disitu kita berlari waktu bocah,
namun sekarang kenangan meluput,


Sana ada cemara sakura,
usai hujan ; menari bianglala,
dahannya rendang bukti asmara,
sehingga aspalmu alpa pada 'kita',


Asbab persahabatan & cinta ada astetikanya.
Namun kabur mata tak jelas siapa terdulu salih dalam cerita kita.

Selamat Malam.

Saturday 30 January 2016

Bagaimana?

Bagaimana bisa meng-ikhlas-kan?

Heart-to-heart conversation.

I miss having heart-to-heart conversation.

Nowadays, it's just merely a chat. I miss personal conversations with people who are real with me. Telling each other secrets, laughing about inside jokes,

you know, the conversations that no one else understands but the person and you. What happened to the special conversations?

The ones that would last all night long and make you tired in the morning but brings a smile on your face that lasts all day.

I'd much rather have one person to have that kind of conversation with than a million friends that only stay to chat with me for a few minutes.

Yah, really. You. Yes, you.

I really like you.

Thank you.

BONDA

Ada satu bunga ini

Tidak pernah layu dimamah usia

Sentiasa mekar merapat ku bermadu

Dalam segala apa jua cabaran

Anugerah indah dari Tuhan

Bonda-ku

"Memang diciptakan senyuman ibu dan senja itu, dari bahan yang sama? 
Keduanya menyenangkan."

:')

Tuesday 26 January 2016

Bahasa diam.


Karena diam adalah bahasa yang selama ini disampaikan bumi kepada langit. Hujan kepada tanah. Angin kepada pucuk-pucuk bunga. Tanah kepada akar pohon. Malam kepada pagi. Dan kini diam adalah bahasa yang aku sampaikan kepadamu.

Sebab alam mengajarkan cinta dalam diamnya. Memelihara cinta dalam diamnya. Memanjatkan cinta dalam bahasanya. Sebab semesta mengajarkan kasih sayang dalam diamnya. Mengajarkan keindahan dalam heningya. Dan ketenangan selalu berhubungan dengan keheningan.

Tidak perlu banyak bicara dan banyak tingkah untuk mengungkapan bahasa ini. Sebab, telah aku tahu bahwa meski diam. Tuhan tidak akan diam saja.

Saturday 23 January 2016

Memujuk jiwa para pejuang.

Seorang pejuang,
namanya PEJUANG.
Mesti ada perkara yang diperjuangkan.
Kita hidup bukan sebab kita hanya manusia.
Kita manusia sebab ada yang perlu diperjuangkan.
Bukan sia-sia diciptakan manusia.

InshaAllah, kita sama-sama bangun dari terus bermimpi. 
Bangun dari terus bermimpi dan realisasikan mimpi tersebut.
Cuba, realisasikan. Yaa, demi Tuhan.

Ramai orang mempunyai mimpi,
tapi tidak ramai yang bermimpi,
berpaksikan Tuhan; Allah.

"Semoga Allah kurniakan istiqamah menyanyikan kebenaran, hingga barakah, hingga khusnul khatimah." - Salim A.Fillah

Jika kita menghijrahkan cinta dari kata benda menjadi kata kerja, 
maka tersusunlah sebuah kalimat peradaban dalam paragraf sejarah jika kita menghijrahkan cinta; dari jatuh cinta menuju bangun cinta maka cinta menjadi sebuah istana, 
tinggi menggapai syurga.

Bangun dari mimpi untuk merealisasikan mimpi.

230116
Bulatan gembira

Thursday 21 January 2016

Orkid #5

"Ungkapan 'tidak mengapa, asalkan tidak berhenti membaca' tinggal satu-satunya kata-kata yang memujuk."

Orkid menutup diarinya dengan mencampakkan aksara terakhir. Melihat langit dari tepi jendela, sejuk angin menghiburkannya. Menjenguk ke langit yang penuh berbintang. Memejamkan mata dan mengimbas kembali saat yang terlintas. Setiap wajah-wajah yang dia ingati mempunyai ekspresi muka yang berbeza, menggambarkan perasaan mereka ketika itu. Orkid meletakkan dirinya di paras yang tinggi, dan melihat orang di sekeliling. Memerhati ragam mereka. Ke sekolah, belajar, bekerja, bercakap dan semua hal. Mereka kadangnya terlalu sibuk sehingga melupakan kewujudan dirinya disitu. Ibarat robot melakukan aktiviti yang sama setiap hari.

"..Kita dicipta bukan sebab kita hanya manusia." Kata murabbiahnya langsung terngiang-ngiang, masih menjadi persoalan baginya.

Banyak hari Orkid menyedari dirinya berubah. Banyak hari dia memaksa dirinya untuk menulis kembali tetapi tidak berjaya dan terdaya. Hampir setiap hari dia berfikir, bagaimana untuk menghidupkan semula tulisan? Hampir setiap hari bertanya, apa yang menahan dirinya sehingga tidak mampu menzahirkan kata-kata berupa tulisan lagi?

Sehinggalah pada akhirnya dia bersetuju, 'bagaimana' dan 'apa' hanyalah sebuah pertanyaan yang sia-sia. Kerana hakikatnya manusia itu, ada rasa-rasa yang tersembunyi; tapi tidak terucap.

"..sebabnya Orkid, tulisan itu tidak bernyawa sebab kau perlu menghidupkan cinta dari Tuhan.."

Kata-kata seakan merajuk; enggan dipujuk.

Assalammualaikum.

Aku tengah mencari kenapa.

Ungkapan 'tidak mengapa, asalkan tidak berhenti membaca' tinggal satu-satunya kata-kata yang memujuk.

Banyak hari aku memaksa diri untuk menulis di sini tetapi tidak berjaya dan terdaya. Hampir setiap hari aku berfikir, bagaimana untuk menghidupkan semula tulisan? Hampir setiap hari aku bertanya, apa yang menahan diriku sehingga tidak mampu menzahirkan kata-kata berupa tulisan?

Sehinggalah pada akhirnya aku bersetuju, 'bagaimana' dan 'apa' hanyalah sebuah pertanyaan yang sia-sia. 

Kata-kata merajuk; tidak muncul untuk aku campakkan tulisan.

Hmm.

Aku mahu nangis kejap boleh?

Kalau sudah rindu...


"aku mahu tuliskan sesuatu yang kau boleh sentuh, dan kita tangiskan bersama, ketawa bersama, sesal bersama, rindu cinta kasih sayang bersama, kerana menurutku hakikat manusia adalah tentang -itu; rasa-rasa yang sembunyi, ada! cuma, tidak terucap."

Tuesday 19 January 2016

Akhwats chentaa

Assalammualaikum.

Rehlah with akhwats, ahad lepas.

Menjadi orang-orang yang mahu mengambil peduli, sangat menyentuh.

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertakwa." (43:67)

Allah, walau kecil kata terima kasihku,
tapi tetap untuk nikmat ini,
kenalkan aku dengan jiwa-jiwa yang kenal halaqah,
kenalkan aku dengan jalan tarbiyyah.

Sangat menyentuh jiwa.

Jazakumullah, best ❤

Bulatan gembira.

Kotak puisi

Aku melewati pekatnya malam
Bertemankan langit sunyi
dipenuhi bintang
Bahkan rembulan sendiri turut serta
Menemani sepi seorang gadis.

Imbauan kenangan kembali menjelma.
Ada hitam, ada berwarna.
Sakit juga erti bahagia yang aku pernah rasa.
Gambaran sebuah metafora kehidupan seorang insan.
Insan yang bergelar hamba.

Ketentuan takdir masih berjalan.
Melewati anak waktu yang tak mungkin terhenti
Melainkan dengan izin Tuhan
Atau mungkin aku yang telah pergi.
Dimamah waktu tibanya panggilan Ilahi.

Langit masih menjadi saksi.
Sebuah senyuman terukir juga air mata yang menitis.
Mengimbau setiap destinasi persinggahan hidup yang lepas.
Untuk hari esok aku tabah terbang bebas
Jauh nun disana, mencari erti
Hidup seorang hamba..

Monday 18 January 2016

Atuk telah pergi.

Hari ini, dia pulang menghadap Tuhan.

Kosa terakhir dulu ketika aku berjumpa dengannya..

"Atuk mari makan.."
Ku pegang tangannya yang terasa tua dan kasar.

Saat aku pimpin tangannya yang terasa tua dan kasar untuk berdiri bangkit, dia berkata,

"Biarlah Atuk jalan sendiri..Atuk masih kuat bahh.."

Takziah.

Meluluhkan berita yang sampai, nafas diesak-esak tidak mampu teruskan jawab ujian semester.

Allah, semuanya akan kembalikan kepada Engkau, Engkau lebih mengetahui.

Tuesday 12 January 2016

Be ready busy

Assalammualaikum.

We will be ready busy for today,

next week,

next next week,

until exam.

Then, balik rumah peluk mak ayah.

Monday 11 January 2016

Belajar dari alam.

Alam ini karya Tuhan,
Pesonanya berbicara dengan manusia tiada mengenal erti lelah,
Bercerita perihal keagungan Yang Maha Mencipta,
Mengajar untuk teguh atas landasan yang benar.

Namun,

Manusia ini,
Ada untuk menangkap suara asyik mereka,
Tapi tidak pernah setia.

Ada untuk mendengar,
Tapi jarang cakna.

Tahu memuji indah,
Tapi kerdil untuk melonjak fikir.

Hingga bila badai menderas datang,
Mengganggu kanvas kehidupan,
Baru tercari apa yang pernah disampaikan alam.

Sampai bila?
Ingin terus begini?

Mungkin ada yang menyedari,
Tapi tiada mengambil peduli.

Apa tujuan Tuhan menciptakan,
Bukan sekadar melatari laman dunia,
Biar kelihatan menawan semata,
Malah sebagai pendidik buat manusia.

Bukalah fikiran,
Untuk melatari pesona alam penuh hikmah.

Lensa hati akar peribadi.

Love them.

Sunday 3 January 2016

Teguran.

Teguran datang dari Allah.

Kadang kita tidak sedar. Terlalu berkecil hati dengan manusia tanpa tentu arah. Menonong berdebu hati menangis bila ditegur.

Lupa dia yang menggerakkan hati manusia. Allah menggerakkan hati manusia kerana Sayang dan cintanya Dia pada kita.

Lantaran berpuak2 menjadi musuh bila  ditegur sedikit.

Bila ditegur ada yang akan melenting.
Menyindir kembali bila ditegur.
Tidak kisahlah siapa yang menegur atau caranya menegur. Terima.

Jika iman kita masih ada kita akan berlapang dada, kalau masih merungut dan membalas kembali bila ditegur, tepuk dada tanya diri .

Masih adakah iman didalam diri kita ?

Orang yang masih punya iman dia akan berlapang dada dan menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka.

Allah masih sayang.
Ingatlah.

Nasihat itu cinta dan cinta datangnya dari Allah.

Pemilik segala Cinta yang maha Agung dimuka bumi ini.

Terimalah cinta itu dengan sebaik2 sambutan dan berbahagialah kamu dengan cintaNya.

Dua cara.

Ada dua cara untuk kau redakan sakit yang ada didada--

Pertama; Mengadulah pada Tuhan mu.

Kedua; Menulislah bait-bait kata kegemaran mu.

Karena tidak semua fahami dan dalami isi hati.

Dua cara.

Ada dua cara untuk kau redakan sakit yang ada didada--

Pertama; Mengadulah pada Tuhan mu.

Kedua; Menulislah bait-bait kata kegemaran mu.

Karena tidak semua fahami dan dalami isi hati.

Friday 1 January 2016

Kalau aku jahat

"Akan ku kumpul segala makian, akan ku ingat segala cacian, di saat kita ketemu lagi, di saat aku sudah pun bangkit, akan aku lemparkan semuanya, tepat di muka kau."

Mental koyak, hati nipis, semangat macam mahu rapuh.

Kalau aku jahat, aku begitu.
____________________________________

Tapi aku bukan begitu.

Puas menangis. Puas meradang. Bila sedang tertekan, disogok lagi dengan tekanan, bagaikan kebal. Sakit tapi semakin kebal.

Aku tahu, semakin aku fikirkan, maka semakin menumbuh benci sakit semua perasaan negatif.

Maka sampailah aku pada satu titik; di mana aku akan duduk diam dan tunduk.

"Astaghfirullah.."

Tidak layak mungkin aku dalam menegur pada pandanganmu.

Andai kata,
kau kata aku kejam dalam menegur,

teruskan.

Katakan apa sahaja kau mahu, kerana aku tahu kau faham apa yang aku maksudkan.

Kau terasa, jadi kau faham.

Silapku, mungkin.

Namun disebalik hati ini masih sekelumit keinginan untuk mendoakanmu.