Pages

Wednesday 30 July 2014

Jumpa Konklusinya.

Assalammualaikum.


SUNYI.
Terasing dari suara-suara kecil nafsu sepanjang perjalanan Ramadhan itu.
Tapi, otakku riuh setelah sunyi. 
RIUH.
Dek fikiran yang bertabur.

Lalu aku menjumpai konklusinya.
Kini aku tahu, maknanya.

Walau cela dosa itu tidak dapat menutup kembali, jadilah hamba yang dicintai Tuhan. 
SELALU.
Sungguh, detik sebulan ini adalah ujian hebat dalam hidupku.
Lelah hamba ini yang selama ini berusaha, itulah ujian hebat.

LELAH.
Penat ialah ujian terhebat.
  Aku janji pada diriku. Bila sudah reda tangisku.
 Aku akan melangkah pergi. Pergi melawan kembali.

Di dalam tubuh itu ada hati.
Fitrah dalam diri tetap akan bersuara.
Moga diri tidak leka dengan kehadiran Allah.

DAN,
tidak leka,
aku ada keluarga yang menyayangiku dengan rasa..

Tawa. Bagai sinar mentari. Penyeri hari.




Senda. Bagai bayu dingin. Penyejuk sanubari.


Jika tiada yang menyayangiku,
satu yang aku pasti,
Allah mencintai hambanya dengan dahsyat!

Moga, semuanya baik-baik saja.






Monday 28 July 2014

Jika Wujud Perasaan itu.

Allah. 
Yang Maha Mengetahui.
Menggenggam hati dan perasaan.
Aku mohon.
   Apa-apa perasaan yang datang ku serahkan padamu.
Kerana.
Aku belum kuat.
Untuk menggenggam harapan.

Hamba yang lemah,
Khairunnisa
280714

Saturday 26 July 2014

Ditinggalkan

Assalammualaikum.

aku bertanya,
engkau tahu rasanya ditinggalkan?

Ramadhan.
berbeza daripada biasa.
Jika bukan kerana cintaNya,
mana mungkin merasa.

T..T

Friday 25 July 2014

Antara Lupa dan Hilang.

Assalammualaikum.

Buku
Aku sedar, aku telah kepatahan pena.
Aksara menghilang.
Maka, tahulah aku.
Sudah lama aku tidak membaca.

Menyatukan antara hati dan isinya.
Perasaan dan jiwa.
Mental.

Dan, yang paling penting.
Ayat-ayat cinta Dia.
FirmanNya.

Tetapi sungguh, fitrah kepada cinta.
Kecintaanku kepada penulisan.
Tidak hilang.
Walau mungkin pendek.

InshaAllah,
blog ini akan kembali ku hidupkan.
Untuk peringatan kepada diri.
Yang kian alpa.

Buku, aku cinta padamu.


Thursday 24 July 2014

Dalam.

Pagi.
Jumaat.
Cerah.
dan.
Aku.
Terfikir.
Untuk.
Menulis.
Sesuatu.

Lu Xiao Yu

Assalammualaikum.

Ingin ku coret barang sepatah dua, buat peneman medan realiti yang kian kritikal dengan nota-nota, assignment, dan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah, penat itu dari Allah, bukan?

Tik, tak, tik, tak, tik, tak.
Segar jari jemariku menari depan skrin laptop.
Waktu sekarang? Aku masih belum tidur.
Masih meneruskan kerja-kerja depan laptop,
Assignment? Slide for presentation? Semua yang sama waktu dengannya?
Bukan. Tapi lebih kurang. Hehe. Sambil....
Ku belek-belek buku catatan kecilku.

Jumpa ni,

Tarikh : 28/--/----      Waktu : Malam yang penuh awan dan berkabus    Tempat : Kelas


"Sebentar aku memerhati laut, terbias diriku. Cacat. Compang-camping. Tidak sempurna. Terima kasih kerana masih menunggu diriku ketika yang lain tidak perlu. 
Dan, menyambut aku ketika jatuh."

Aku bukan seorang yang pandai mengekspresikan perasaan depan orang atau keluarga, tapi kalau dalam bentuk pena, InshaAllah boleh. Mungkin sekali memori ku akan hilang. Itu sebabnya aku menulis.

Kadang, terhidu wangian atau bau atau ternampak sesuatu, ingatanku automatik tersentak ke masa silam. Sesuatu peristiwa di masa silam, tetapi.. kenapa aku tidak ingat peristiswa itu? 
Tapi, perasaanku yakin peristiwa itu pernah berlaku. Bila penat berfikir, memilih untuk melupakan.

Hmm.

kredit by Twitter: HalaqahCinta


Tidak semua orang akan berhasil menemukan Tuhan.
Tidak semua orang akan berhasil mengenal walau dirinya sendiri.

Kehidupan. Masih panjang untuk diteruskan.
Tapi, jika Dia inginkan aku mati sekarang, tanpa bantahan Malaikat Izrail akan patuh menjalankan tugasnya.
Akan gugurlah daun namaku dari pohonnya.

Kehidupan. Terlalu singkat untuk difikirkan persoalan remeh.
Engkau pernah fikirkan dilahirkan dalam keluarga yang konflik?
Engkau pernah fikirkan dilahirkan dalam keluarga yang penuh soleh?
Bagaimana tarbiyah diri. Bagaimana kehidupan. Bagaimana sikap.
Pernah?
Tidak semua orang beruntung.

Dunia tidak selalu merah jambu.
Namun, Allah akan selalu permudahkan dengan cara yang paling diredhaiNya.
Tidak terjangka bagaimana.

Tidak perlu jadi yang terlalu hebat diantara kamu, cukup jadi yang paling ikhlas hatinya kerana Allah.

kredit by ambik dari twitter
Ramadhan, kian hampir ke penghujung.
Tidak terasa. 
Engkau tahu bagaimana rasanya ditinggalkan?

Ikhlas dari saya,
Khairunnisa :)

Senyum sendiri.




Wednesday 23 July 2014

Giatmara.. it seems, I miss it.

Assalammualaikum.

Post kali ini tentang giatmara dan pengalaman di sana.
Sepertinya, aku rindu. Jadi, aku tulis.

sejujurnya.
Pingu - Satu nama. Gelaran oleh mereka. Teman-teman di Giatmara Kudat.

Mungkin, umur kami jauh bezanya.
Mungkin, fizikal kami jauh bezanya.
Mungkin, perwatakan kami jauh bezanya.
Mungkin, status kami jauh bezanya (ada yg dah kahwin).
Mungkin, fikiran kami jauh bezanya.
Mungkin, cara jalan kami jauh bezanya (itulah sebab saya kena panggil Pingu).
Dan, mungkin kami banyak bezanya.

Tetapi, bersama mereka selama beberapa bulan. Sudah cukup aku taut memori dalam ingatan.
Rindu ketawa mereka. Rindu suara mereka. Rindu telatah mereka.

"Terima kasih kerana pernah bersama saya. Sabar dengan karenah saya, sabar, sabar, dan terus bersabar. Saya belajar sesuatu dari episod kita bersama."

kek, kak amy buatkan. saya terharu tw.

zaida.

kak rohani, alisia & me? (abaikan perangai)

kak rohani, kak amy & me? (abaikan perangai)
geng katak.

abg mujal, kak por, zaida, kak rohani & kak amy.
miss them.


the last picture with them, before i leave go to IPDAS.

p/s: maaf jiwang sikit. ehehe.




Saturday 19 July 2014

Jangan Beri Harapan, dan aku terima.

"Jangan beri harapan, jika engkau tidak bermaksud untuk menggenggam harapan tersebut."


Mudah hatinya.

Engkau datang menghadirkan rasa itu.
Ketika dirinya, belum bersedia.
Ketika dirinya, masih lemah.
Engkau datang, membuat dirinya mengambil peduli.
Tanpa kau sedar.

Mudah hatinya.
Engkau datang memberi harapan, tanpa kau sedar.
Ketika dirinya, takut kehilangan.

Mudah hatinya.
Engkau datang memberi cinta, tanpa kau sedar.
Ketika dirinya belum kuat menghadapi cinta,
masih rapuh dengan kisah semalam.

Kenapa, engkau datang?
Di kala dirinya menyepi mengumpul kuat.

Keputusan,
kau tetap datang,
mengisi cinta di hati.

Dan aku,
diamkan.





Tuesday 15 July 2014

"Bersabar menanti sesuatu yang tak pasti."

Assalammualaikum.
Berbunga. Senyum seorang hari ini. Cerita ini biasa. Namun, istimewa. Mahu saja aku berjalan dengan sengih senyuman :)
Untuk mimpi yang mungkin akan berbangkit lagi, aku mohon berikan barang sedikit kekuatan dan kesabaran menanti sesuatu yang tidak pasti.

Dia.
Bermula sebuah nama di benak minda.
Adalah tidak adil untuk aku memerangkap sesuatu yang tidak pasti.
Ilmunya, perbuatannya, lisannya dan berbagai.
Sepotong hatiku tersentuh.
Mungkin,
Noktahnya mati.
Komanya juga tidak bernyawa.
Namun tetap, memberi rasa pada jiwa.

fitrah perasaan ingin bersuara.

Aku kira,
mahu simpan ia dalam-dalam,
kerana takut tenggelam.

Kita, dah mula minat kucing?

Thursday 10 July 2014

Rindu.

Rindu.

Satu kata makna seribu.
Semoga segalanya baik-baik saja.

Moga cakna kita tidak bermusim.

Sinonim.

Assalammualaikum.

                        "Disaat ianya mendarah daging dalam jiwa, semakin datang ia memberi rasa."

Ini HAKikat. Sesuatu yang tidak dijangka.

Kita merancang, Allah merancang, perancangan Allah yang terbaik.

Tertangguh sehingga masa yang sesuai. Menjadi sumber bicara pada masa akan datang. Inilah pertanyaan b'tangguh. Gantung soalan. Terbaik.

Sabar sifat. Kerana Allah sedang menguji mu dengan ujian perasaan.

Itulah tanda Allah sayang. Diperkenan doa kita, namun sebaliknya ada sesuatu untuk kita belajar.

Hmm.

Yang benar,
Hati yang terasa.

Tuesday 8 July 2014

AkuMenulis.KeranaAkuCinta.

                                                         " Aku menulis. Kerana aku cinta."

                   Jauh sekali untuk dikenali, cuma untuk peringatan diri sendiri yang alpa dan leka.

Apa yang aku ada?

Assalammualaikum.

Sorot lampu meja belajar menemani meja penuh buku. Fikiranku bergaduh lagi, menuntut aku menurut satu-satu jariku menari untuk merangkai aksara-aksara jiwa di kanvas blog ini.

Sekali, aku turutkan. Setelah itu, tiba mindaku fokus pada yang penting.

Diam.

Secara jujurnya, tidak mungkin hilang dunia dari diriku. Separuh cerita mindaku telah aku warnakan pada kanvas blog ini.

Tulisanku adalah diriku, namun diriku mustahil adalah tulisanku jua.
Jari-jariku bekerja dengan otakku, tapi aku tak pasti jika diriku sama.

Hampa. Masih tercari-cari apa yang dapat aku persembahkan di jalan ini?
Kiri. Kanan. Depan. Belakang. Apa yang aku ada?

Berfikir.

Saturday 5 July 2014

Oh.


Semua yang aku fikirkan.
Biarlah ia berlari jauh dari minda ku.

Sejak bila aku meminati puisi?

Hmm :)

Luruh

Luruh daun.
Tidak seluruh perasaan ini.

Mungkin rindu mendatang?

Aku rindu keluargaku.

Dia takdirkan.

Assalammualaikum.

Doa Nabi Daud,

 "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah,jadikan cinta-Mu lebih ku cintai daripada diriku, keluargaku serta air dingin."

Alhamdulillah. Selamat sampai kiriman yang pertama pada 2 Julai 2014, untuk dia, yang menarik perhatianku, yang membuatku ingin tahu.


Terima kasih buat seorang teman sekolah menengah yang membantu menyampaikan kiriman yang pertama, sebagai posmen.

Allah permudahkan juga walaupun mungkin aku berada disebalik tabir, hanya dengar dari khabar, tidak ada kekuatan mahu mengirim sendiri. Kerana itulah salah satu cara, bagiku itu satu cara secara perlahan. Moga Allah jaga, yaa? 

InshaAllah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Doa banyak-banyak semoga Allah kuatkan hubungan kita yang ada, sebagai teman. Mungkin nanti, Dia takdirkan sesuatu yang lebih besar?

"Khairunnisa, kau banyak harapan. Tinggi harapanmu. Kalau kau jatuh dari harapan, bagaimana?"

Tidak apa, sekurangnya aku tahu aku punya erti usaha. Dan perasaan.

Ketika program, lama aku memerhati dan memikirkan. LOADING.
Fikiran manusia di sekeliling ku ini, lambat untuk aku tangkap.
Memang mengambil masa untuk diriku faham tentang diri manusia,
tapi itulah asasnya dalam tarbiyyah. 

Dan proses itu akan terus berjalan.

Itu tarbiyah kehidupan.

Aku mahu berlari.

Yang mendoakanmu dari jauh :)
Sahabat ini.
.

Tuesday 1 July 2014

Ramadhan kareem! Ramadhan kareem!

Assalammualaikum.

Pertama Ramadhan. Jauh dari keluarga. Taklah jauh sangat, tapi jasad kami yang tak bersama, hati itu InshaAllah bertaut takkan putus. Aku rindu.

Bilik. Pagi. Sunyi. Sejuk. Sendiri.
Sekali ingatanku bertaut pada kenangan bulan Ramadhan di Matrikulasi. Gerai-gerai Bazaar depan blok kediaman depan kolej saja. Makanan berbagai jenis. Menggoda nafsu makan. Buka puasa dengan schoolmate dan kadang sendiri kalau banyak assignment dan kerja tutorial banyak (kadang-kadang dengan akhwat. Rindu T..T ).

Sahur pula, kadang aku sahur berbekalkan air dan kurma sahaja, kemudian terus sambung ulangakaji atau sambung tidur. Bagaimana kadang awal pagi sahur itu teringat keluarga.

Aku terkesan,

Bilamana kita berada dalam keseronokan, kita jadi lupa. Di dalam fikiran cuma satu, keseronokan. Lupa Tuhan, lupa keluarga, lupa semua. Enjoy. Lupa tujuan kita diciptakan. Lupa kita ini siapa.

Tapi,

Bilamana kita berada dalam kesusahan, baru kita ingat kita ada Tuhan. Ada keluarga.
Susah, call mak. Susah, call ayah. Susah, baru kita merangkak nak cari Tuhan.


Ibarat air mineral telah dilupakan setelah wujudnya ABC, orange juice, apple juice etc. Sedangkan air mineral itulah yang suci dan neutral.



Salam Ramadhan.