Pages

Sunday 29 March 2015

Tangisan puas tanpa punca

Assalammualaikum.

Agaknya, tangisan tanpa punca itu adalah tangisan yang terbuku dari pergaduhannya hati dan akal yang senyap tentang apa yang selalu difikirkan, tentang manusia sekeliling kita, tentang pemerhatian kita yang kadang kita cuba berlapang dada kerana sikap mereka yang selalu atau juga bukan selalu kita lihat sekitar menjalani kehidupan seharian.

Setiap kali tangisan tanpa punca ini acapkali berlaku pada saya, ternyata tidak mudah dan selamanya akan tidak mampu saya menulis tentangnya sedikit mahupun seluruhnya.

Hidup ini benarlah ada manis pahitnya, 
tentang kenapa Tuhan berikan kita sesuatu masalah atau rezeki,
tentang kenapa Tuhan datangkan orang yang datang kepada kita dengan sikap dingin atau sebaliknya,
tentang adanya hal-hal yang akan kita rasakan bahagia atau sebaliknya.
sememangnya hidup akan menguji dan menyenangkan.

kemana pun kali melangkah, fikir kau masih ada Tuhan.

melihat diri dan sekeliling..
Ya Allah,

aku tahu kesakitan ini sedikit, dibanding dunia yang sakit.

No comments:

Post a Comment