Pages

Tuesday 17 March 2015

Aku sangat peduli katamu.

Assalammualaikum

Kalau ditanya, aku ini kenapa.
Aku tiada apa.
Aku bukan sesiapa.
Aku cuma biasa.

kredit:champak


Yang mengungkapkan sepatah dua di kanvas blog usang ku ini, yang entah tiada sesiapa yang peduli sebenarnya. Namun, tetap juga aku ukirkan kembali apa sahaja yang boleh kukalamkan disini. Buat tatapan sendiri atau mungkin bisa saja sebagai penghibur hati yang tidak mungkin akan dipeduli yang namanya manusia.

Tapi tetap sahaja aku tahu, Tuhan tahu semuanya, kan?
___

"Kamu, saya akan interview.. ambik dip.. "

Err. Kaku tidak tahu gembira atau tidak. Itu aku.

"Doakan saya ekk.."


Err. Kaku dengan senyuman yang tidak bermakna. Itu aku.


Kita akan berjumpa kembali!

Aku sangat terkesan dengan katamu
Lalu kufikirkan
bagaimana harus aku menghadapi
Itu bukan biasa bagiku
Kita akan berdepan kembali
bersama
seiring

Maka perlu lagi aku
bersembunyi tanpa bunyi
memandang malu
mendengar tanpa melihat
kerna terkesan bunyi cinta
yang takut untuk aku berpaling
kerna mungkin khayalan sahaja

Maafkan aku duhai hati
aku mencintainya dalam diam
mungkin engkau kesakitan
Mungkin?


Hai kamu,

Yaa, kamu.
apabila kita sudah mengambil masa
untuk mengenali seseorang
kita akan mula mencintai
dan suka

Tapi tahu
itu dari kita
untuk mentafsirkan
dan mengawal bagaimana

mari kita merancang dan bersabar?
lalu Allah akan tentukan cara perhubungan.

Tuhan, aku serahkan semua kepada Engkau.


P/S: Maaf jika anda-anda tidak faham apa yang aku kalamkan disini. Sekadar coretan yang futur menggila yang terkesan dengan seseorang. Rindu kali, dalam diam. Errk.

No comments:

Post a Comment