Pages

Friday 20 March 2015

Di mana si gadis melihat telefon, disitu dia terganggu oleh kelibatmu.

Ehh

Sudah tengah malam
Lebih jam satu

Dia masih memandang telefon bimbitnya, dengan harapan tertera satu nama yang dikenalinya. Dengan harapan ia memecahkan kesunyian malam dengan sekali bunyi 'bip'. Dia terlalu malu untuk mengatakan bahawa dia rindu. Ya, dia sebenarnya rindu tapi malu untuk menyatakan. Sampai ia bertanya pada dirinya sendiri, bagaimanakah bahasa yang paling sesuai untuk meluahkan rasa? Dia membuka blognya lalu meneruskan menulis.

Dia menerima mesej beberapa hari lalu, si gadis itu memerlukan beberapa jam untuk menaip beberapa perkataan untuk membalas mesej yang diterima, menekan butang 'send' dengan sekelip mata, tapi baginya memerlukan seumur hidup untuk mendapat balasan. Andai saja katanya diciptakan butang 'cancel' bagi setiap mesej yang telah dihantar. 

Payah juga katanya. Saat kita hilang kata pada mula saatnya kita telah mulai suka. Tapi telah datang teguran damai dari Tuhan, buat menenangkan hatinya, ingat tentang rapuhnya seorang hamba tanpa Dia. Lalu ia mengambil wuduk dan beristighfar. Moga sahaja katanya si gadis itu tidak rindu melebihi merindui Tuhannya.

"Ya Tuhan, aku rindu dia. Kenapa?"

Si gadis sedar.
Kehadirannya adalah ujian.

Bangkitlah wahai si gadis!


No comments:

Post a Comment