Pages

Sunday 22 March 2015

(i)




Menunggu di pintu itu, dengan harapan muncul wajah kau. Kau berjanji pada dia akan kembali membawanya pulang dan kau sememangnya berjanji akan kembali. Lalu selalu sahaja dia merenung pintu itu. Sekali muncul kelibat yang pasti bukan dirimu, dia tersengih sedih lagi dan menundukkan kepala menunggu. Semakin yang lain pergi meninggalkan dirinya seorang disitu, namun dia tetap menunggu. Duduk merenung pintu itu. Sesekali sang mengantuk mendatangnya, namun digagahinya juga untuk bertahan. Aku ingin sekali memarahinya, kenapa engkau masih menunggu?

Katanya, 

"Lebih baik menunggu daripada aku melupakan."

Hei gadis, yang sama juga seperti aku.
Bagiku, baik menunggu, sampai lelah.

Minta kekuatan.
Kekuatan akan datang
Dari siapa?
Dari Tuhan.

Tugas kau,
Memahami bukan hanya memerhati.

-Ini sukar difahami-


No comments:

Post a Comment