Pages

Monday 9 March 2015

Hening di sebuah lorong kerinduan

Assalammualaikum

Kembali
Syukur padaMu tiada penghujung
Heningnya di sebuah lorong kerinduan
dalam kesesakan dicantas masa dan tanggungjawab
Lama menyepi oleh sebab yang tidak dapat dielakkan
Maaf, lama tidak menulis

Kali ini bukan puisi, kerana aku bukannya pemuisi
cuma contengan di kanvas blog ini yang futur menggila.
Rindu sebenarnya
 tidak aku mahu lupa akan menulis
aku tidak mahu terketar otakku gagap berfikir lagi
disebabkan kekangan kecil diriku
memberi impak kepada perasaan dan minda juga 
 lalu terfikir untuk memadam blog ini,
namun ku gagahi meneruskan
walau gagap terketar menulis entah apa 
namun ku gagahi juga meneruskan
menulis untuk manfaat, InshaAllah
aku tidak sehebat yang lain, bakat atau rupa, atau keduanya...
kerdil aku sebenarnya, jauh lagi
aku mengagumi mereka 
tapi tidak cukup menjadikan aku salah seorang dari mereka
saya tidak reti, saya tidak reti.

"...dan Dia mengangkat darjat sebahagian kamu di atas yang lain, untuk mengujimu atas kurnia yang diberikannya kepadamu......" 
(Al An'am :165)

Cuma,
apa yang baik dalam blog ini, ambillah, sebarkan
yang buruk tegurlah, agar tidak aku leka.

"Allah akan menguji kita di titik paling lemah."
Aku bukannya hasil produk tarbiyyah yang terbaik
banyak lagi di luar sana
berbakat
mengagumkan
oleh itu, maafkan saya.
Aku tidak punya apa-apa, bukan sesiapa.
Nanti aku tulis lagi yaa,
buat manfaat bersama,
mahu berhenti menulis tentang hati.
 



No comments:

Post a Comment