Pages

Friday 6 March 2015

Kau tahu, aku tahu, tapi abaikan.


Kau hampir tidak pernah menghubungiku
tapi setiap saat aku selalu sahaja melihat telefon itu berkali-kali
berharap ia berbunyi dan tertera namamu di sana
Lalu dengan agak menggigil
aku berusaha melawan keinginanku sendiri
menyusun rencana-rencana tidak selesai
untuk menjawab sapamu sedingin mungkin
tapi tidak ada bunyi

Sekali lagi pandanganku beralih ke arah telefonku
dan.. lagi berharap agar kau pecahkan resah ini
dalam sekali bip..

Maka bersama angin aku merenung jari
menyekat batin sendiri yang mahu menghubungimu
sehingga menjadi puisi
yang paling setia pada bunyi



No comments:

Post a Comment