Pages

Thursday 21 January 2016

Orkid #5

"Ungkapan 'tidak mengapa, asalkan tidak berhenti membaca' tinggal satu-satunya kata-kata yang memujuk."

Orkid menutup diarinya dengan mencampakkan aksara terakhir. Melihat langit dari tepi jendela, sejuk angin menghiburkannya. Menjenguk ke langit yang penuh berbintang. Memejamkan mata dan mengimbas kembali saat yang terlintas. Setiap wajah-wajah yang dia ingati mempunyai ekspresi muka yang berbeza, menggambarkan perasaan mereka ketika itu. Orkid meletakkan dirinya di paras yang tinggi, dan melihat orang di sekeliling. Memerhati ragam mereka. Ke sekolah, belajar, bekerja, bercakap dan semua hal. Mereka kadangnya terlalu sibuk sehingga melupakan kewujudan dirinya disitu. Ibarat robot melakukan aktiviti yang sama setiap hari.

"..Kita dicipta bukan sebab kita hanya manusia." Kata murabbiahnya langsung terngiang-ngiang, masih menjadi persoalan baginya.

Banyak hari Orkid menyedari dirinya berubah. Banyak hari dia memaksa dirinya untuk menulis kembali tetapi tidak berjaya dan terdaya. Hampir setiap hari dia berfikir, bagaimana untuk menghidupkan semula tulisan? Hampir setiap hari bertanya, apa yang menahan dirinya sehingga tidak mampu menzahirkan kata-kata berupa tulisan lagi?

Sehinggalah pada akhirnya dia bersetuju, 'bagaimana' dan 'apa' hanyalah sebuah pertanyaan yang sia-sia. Kerana hakikatnya manusia itu, ada rasa-rasa yang tersembunyi; tapi tidak terucap.

"..sebabnya Orkid, tulisan itu tidak bernyawa sebab kau perlu menghidupkan cinta dari Tuhan.."

No comments:

Post a Comment