Pages

Friday 1 January 2016

Kalau aku jahat

"Akan ku kumpul segala makian, akan ku ingat segala cacian, di saat kita ketemu lagi, di saat aku sudah pun bangkit, akan aku lemparkan semuanya, tepat di muka kau."

Mental koyak, hati nipis, semangat macam mahu rapuh.

Kalau aku jahat, aku begitu.
____________________________________

Tapi aku bukan begitu.

Puas menangis. Puas meradang. Bila sedang tertekan, disogok lagi dengan tekanan, bagaikan kebal. Sakit tapi semakin kebal.

Aku tahu, semakin aku fikirkan, maka semakin menumbuh benci sakit semua perasaan negatif.

Maka sampailah aku pada satu titik; di mana aku akan duduk diam dan tunduk.

"Astaghfirullah.."

Tidak layak mungkin aku dalam menegur pada pandanganmu.

Andai kata,
kau kata aku kejam dalam menegur,

teruskan.

Katakan apa sahaja kau mahu, kerana aku tahu kau faham apa yang aku maksudkan.

Kau terasa, jadi kau faham.

Silapku, mungkin.

Namun disebalik hati ini masih sekelumit keinginan untuk mendoakanmu.

No comments:

Post a Comment