Pages

Thursday 21 January 2016

Kata-kata seakan merajuk; enggan dipujuk.

Assalammualaikum.

Aku tengah mencari kenapa.

Ungkapan 'tidak mengapa, asalkan tidak berhenti membaca' tinggal satu-satunya kata-kata yang memujuk.

Banyak hari aku memaksa diri untuk menulis di sini tetapi tidak berjaya dan terdaya. Hampir setiap hari aku berfikir, bagaimana untuk menghidupkan semula tulisan? Hampir setiap hari aku bertanya, apa yang menahan diriku sehingga tidak mampu menzahirkan kata-kata berupa tulisan?

Sehinggalah pada akhirnya aku bersetuju, 'bagaimana' dan 'apa' hanyalah sebuah pertanyaan yang sia-sia. 

Kata-kata merajuk; tidak muncul untuk aku campakkan tulisan.

Hmm.

Aku mahu nangis kejap boleh?

No comments:

Post a Comment