Pages

Thursday 7 August 2014

Patah Hati.

Assalammualaikum.

" Agak lama akan menghilang."
"Sampai bila?"
"Mohon doanya sajaa.."

"Kita perlu jatuh cinta dan patah hati untuk membuat puisi yang bagus."
Helvy Tiana Rosa (Sastera Indonesia)

Mahu saja aku gergaji kenangan itu, agak biar jadi serbuk kayu dan berterbangan.

Kali ini, pemergianku akan lama.
Mencari. Entah mencari apa.
Sudah jumpa?

*Geleng kepala dan angkat bahu*



Kau tahu.
 Tahu apa? Hmm.
Patah hati. 
Patah hati?

Seorang ja?

Patah hati boleh membuatkan seseorang menjadi dua kemungkinan:

1. Patah hati dan kau jatuh tersungkur, tenggelam dalam laut kesedihan lalu tidak bangkit lagi.
2. Patah hati dan kau jatuh tersungkur, lalu bangkit kembali untuk melangkah lebih jauh.

Tidak ada masalah pun, jika semuanya dikembalikan kepada Allah, diselesaikan dengan baik.

Hati?
Hati tidak patah sepenuhnya, jika jatuhnya tidak terlalu.

*senyum*

Alhamdulillah. SubhanAllah. Allahuakbar.
Keretakan hati ini membuatkan aku sedar yang aku ini hamba yang hina.
Jalan itu yang sepatutnya kufahami sepenuh jiwa.



Ampuni aku Ya Rabbi..
Tanpa sedar jalan itu aku hanya membaca tidak mengertikan.

Semoga kepenatan dan kelesuan tidak melesukan semangat di jalan itu.

p/s: Perjalanan fitrah seorang hamba yang penuh noda dan dosa dan kewajipan seorang manusia.

No comments:

Post a Comment