Pages

Sunday, 3 August 2014

Maafkan ana, Ana telah rindu.

Assalammualaikum.

Tercari-cari.

Maafkan, kadang penulisanku lari dari unsur tarbiyah.

Aku kehilangan idea.
Aku sudah lama tidak membaca.
Dan, aku sudah lama tidak bertemu akhwat.
Rasa ini buat aku rindu.

Ingin meneruskan apa yang telah aku mulakan di KML.
Sebab itu, aku tercari-cari.
Masihkah aku dipilih?

Sekali itu aku meletakkan jasad dan hati berperang sendiri, dan perasaanku dipalu hebat.
Aku mahu merasai kembali ukhwah bertangkalkan keimanan.
Bertangkalkan cinta kerana Allah.
Diriku mungkin jauh, tidak mampu menyumbang tenaga, keringat, berdiri sama duduk sama dan merasai perasaan tarbiyyah bersama. 
Melunak hati ingin berbicara, berjumpa. 

Aku tidak mampu merasai apa yang kamu rasai di KML sewaktu itu. 
Tetapi satu yang aku mahu kamu tahu, sejauh mana pun aku, 
aku akan cuba sedaya upaya menyumbang sesuatu untuk perjuangan kita.
Dan aku mahu meneruskan apa yang telah aku tinggalkan di KML.
Rasa rindu, rasa sayang dengan akhwat di jalan ini.
Rasa ini buat aku jatuh cinta.

Pantai Pancur Hitam, Labuan.
Berbulatan gembira.


Berbulatan gembira dekat pantai.
Pantai Pancur Hitam, Labuan.
Allah, bagaimana aku rindu?

LAGI,
masihkah aku dipilih?


Hamba yang menunggu khabar dari kejauhan,
Nisa,
Sc Modul 3 14/15
BC2T10.

No comments:

Post a Comment