Pages

Sunday 10 August 2014

Boleh Aku Berbicara?

Assalammualaikum.

Err.
Boleh aku berbicara barang sekejap?
Aku mahu meneliti waktu dan rasa ini barang sekejap.

Untuk dileraikan kekalutan hati.
Untuk dileraikan segala persoalan.
Untuk aku mengetahui jawapan..

Rasa ini rahsia.
Aku tidak tahu penghujung dan penamatnya.
Kerana semuanya dari Dia.

Aku sering kali berada dalam persoalan.
Kenapa aku terjebak dengan rasa ini.
Sedangkan aku tidak tahu mengawalnya.
Atau mungkin aku yang terburu.
Atau juga ada perancangan disebaliknya?

Rasa ini.
Membuatkan seseorang yang kuat menjadi lemah.
Membuatkan seorang yang pandai menjadi jahil.
Membuatkan seorang yang bahagia menjadi derita.
Membuatkan yang buruk menjadi cantik.

Tertanya-tanya.
Diam.
Kuat.
Lemah.

Itu semua. Bercampur baur.

Boleh beri aku jawapan?

Kerana aku tidak tahu.
Kerana hatiku mudah tertanya.

No comments:

Post a Comment