Pages

Thursday 14 August 2014

Itu Penting Bagiku

Assalammualaikum.

Aku mahu menulis sebelum mataku lelap kerana keperluan untuk rehat sekejap.
Akan lemah diri dan minda ini jika terus menatap buku-buku nota untuk peperiksaan akhir ku.

Jadi, boleh aku menulis?
Kerana hati ini menyimpan sesuatu.
Yang dinanti jawapannya.

Alhamdulillah.
Rasanya baru semalam semalam aku mewarnai kanvas blog ini lagi.
Dengan pelbagai kata yang membentuk persoalan.
Yang lahir dari minda dan hati.
Bukankah aku meminta jawapan?

Alhamdulillah.
Aku mendapat jawapan.
Allah tahu yang terbaik.

Adakah ini kebetulan? Tidak mengapa.
Namun, sekurangnya aku tahu.
Prinsip hidupnya.

Aku bersyukur Ya Allah.
Engkau telah memberikan aku jawapan.

Tinggal diri kami yang perlu bersedia.
Dengan ilmu dan amal.

Dan jika benar, maka berdoalah.
Semoga Allah berikan yang terbaik.
PerancanganNya itu adalah yang paling terbaik,
walau bagaimana cara pun kita merancang.

Aku terima jawapan dariMu itu Ya Allah!
Yang disampaikan melalui dirinya.

Semoga Allah redha.

Hamba yg lemah,
Nisaii.
150814

No comments:

Post a Comment