Pages

Tuesday 1 July 2014

Ramadhan kareem! Ramadhan kareem!

Assalammualaikum.

Pertama Ramadhan. Jauh dari keluarga. Taklah jauh sangat, tapi jasad kami yang tak bersama, hati itu InshaAllah bertaut takkan putus. Aku rindu.

Bilik. Pagi. Sunyi. Sejuk. Sendiri.
Sekali ingatanku bertaut pada kenangan bulan Ramadhan di Matrikulasi. Gerai-gerai Bazaar depan blok kediaman depan kolej saja. Makanan berbagai jenis. Menggoda nafsu makan. Buka puasa dengan schoolmate dan kadang sendiri kalau banyak assignment dan kerja tutorial banyak (kadang-kadang dengan akhwat. Rindu T..T ).

Sahur pula, kadang aku sahur berbekalkan air dan kurma sahaja, kemudian terus sambung ulangakaji atau sambung tidur. Bagaimana kadang awal pagi sahur itu teringat keluarga.

Aku terkesan,

Bilamana kita berada dalam keseronokan, kita jadi lupa. Di dalam fikiran cuma satu, keseronokan. Lupa Tuhan, lupa keluarga, lupa semua. Enjoy. Lupa tujuan kita diciptakan. Lupa kita ini siapa.

Tapi,

Bilamana kita berada dalam kesusahan, baru kita ingat kita ada Tuhan. Ada keluarga.
Susah, call mak. Susah, call ayah. Susah, baru kita merangkak nak cari Tuhan.


Ibarat air mineral telah dilupakan setelah wujudnya ABC, orange juice, apple juice etc. Sedangkan air mineral itulah yang suci dan neutral.



Salam Ramadhan.

No comments:

Post a Comment