Pages

Thursday 24 July 2014

Lu Xiao Yu

Assalammualaikum.

Ingin ku coret barang sepatah dua, buat peneman medan realiti yang kian kritikal dengan nota-nota, assignment, dan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah, penat itu dari Allah, bukan?

Tik, tak, tik, tak, tik, tak.
Segar jari jemariku menari depan skrin laptop.
Waktu sekarang? Aku masih belum tidur.
Masih meneruskan kerja-kerja depan laptop,
Assignment? Slide for presentation? Semua yang sama waktu dengannya?
Bukan. Tapi lebih kurang. Hehe. Sambil....
Ku belek-belek buku catatan kecilku.

Jumpa ni,

Tarikh : 28/--/----      Waktu : Malam yang penuh awan dan berkabus    Tempat : Kelas


"Sebentar aku memerhati laut, terbias diriku. Cacat. Compang-camping. Tidak sempurna. Terima kasih kerana masih menunggu diriku ketika yang lain tidak perlu. 
Dan, menyambut aku ketika jatuh."

Aku bukan seorang yang pandai mengekspresikan perasaan depan orang atau keluarga, tapi kalau dalam bentuk pena, InshaAllah boleh. Mungkin sekali memori ku akan hilang. Itu sebabnya aku menulis.

Kadang, terhidu wangian atau bau atau ternampak sesuatu, ingatanku automatik tersentak ke masa silam. Sesuatu peristiwa di masa silam, tetapi.. kenapa aku tidak ingat peristiswa itu? 
Tapi, perasaanku yakin peristiwa itu pernah berlaku. Bila penat berfikir, memilih untuk melupakan.

Hmm.

kredit by Twitter: HalaqahCinta


Tidak semua orang akan berhasil menemukan Tuhan.
Tidak semua orang akan berhasil mengenal walau dirinya sendiri.

Kehidupan. Masih panjang untuk diteruskan.
Tapi, jika Dia inginkan aku mati sekarang, tanpa bantahan Malaikat Izrail akan patuh menjalankan tugasnya.
Akan gugurlah daun namaku dari pohonnya.

Kehidupan. Terlalu singkat untuk difikirkan persoalan remeh.
Engkau pernah fikirkan dilahirkan dalam keluarga yang konflik?
Engkau pernah fikirkan dilahirkan dalam keluarga yang penuh soleh?
Bagaimana tarbiyah diri. Bagaimana kehidupan. Bagaimana sikap.
Pernah?
Tidak semua orang beruntung.

Dunia tidak selalu merah jambu.
Namun, Allah akan selalu permudahkan dengan cara yang paling diredhaiNya.
Tidak terjangka bagaimana.

Tidak perlu jadi yang terlalu hebat diantara kamu, cukup jadi yang paling ikhlas hatinya kerana Allah.

kredit by ambik dari twitter
Ramadhan, kian hampir ke penghujung.
Tidak terasa. 
Engkau tahu bagaimana rasanya ditinggalkan?

Ikhlas dari saya,
Khairunnisa :)

Senyum sendiri.




No comments:

Post a Comment