Pages

Monday, 18 January 2021

selamat pagi kamu.

Selamat pagi; pagi adalah tenang yang memeluk ketika tahu yang jauh selalu baik-baik saja. 

Selamat pagi; jauh yang terasa dekat. Pagi adalah sepasang mata yang sulit terbuka, sebab kau dalam mimpi mampu kulihat.

Pagi adalah akhir yang selesai dan awal yang bermula. Berkata baik-baik saja tanpa senyum terpaksa.

Pagi ialah sepotong kamu dalam ingatan–menuntut kususun rapi.

Kebahagian paling mahal selalu dari hal yang kecil. Percakapan malam sebelum tidur. Keliling taman kota sambil berpegangan tangan. Duduk di kafe, memperhatikan orang lalu lalang; selebihnya kamu. Mencari alasan tidak mahu segera pulang, mengulur waktu, merakam semua menjadi ingatan. Merayakan setiap pertemuan. Mendakap baik-baik di dada segala kesempatan yang ada. 

Semoga kita selalu menjadi manusia yang mudah berbahagia dari hal-hal kecil. Semoga kita selalu mensyukuri pemberian-pemberian tidak seberapa. Semoga kita selalu pintar mengumpulkan dan memberikn kebaikan. 

Sunday, 10 January 2021

Get married with H.

Assalammualaikum.

Lamanya tidak menulis di sini.

Saya dah kahwin! 

Dengan orang yang sama sy ceritakan juga beberapa tahun lalu.. 7 tahun lalu.. 

https://aamalbanan.blogspot.com/2014/07/allah-takdirkan-kita-bertemu.html?m=0

https://aamalbanan.blogspot.com/2014/07/menanti-sesuatu-yang-tak-pasti.html?m=0

https://aamalbanan.blogspot.com/2015/04/i-hope-you-look-for-me-in-everyone-you.html?m=0

https://aamalbanan.blogspot.com/2015/06/i-wish-it-was-you.html?m=0

https://aamalbanan.blogspot.com/2015/12/sakit.html?m=0

Ya, masih dia. Dia yang aku jatuh cinta dari 2014 lagi. Masih dia. Sehingga sekarang msih dia.

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Dia kini menjadi suami ku - H.

Sangat banyak yang kami lalui sebelum mampu bernikah. Bermula dari 2014, aku memendam perasaan selama setahun, mencuba untuk mendekati dan meluahkan perasaan. Kemudian, terjawab olehnya pada tahun 2015. Bersamalah kami menjaga hubungan jarak jauh bermula tahun 2016 dari satu institusi yang sama sehingga dia pergi jauh belajar di tempat lain. Sehingga pernah aku berfikir, adakah jodoh kami ini? Dari belajar, aku masih membuatkannya sebagai satu kekuatan. Kami biasa saja, berhubung dalam talian. Berjumpa pun setahun sekali. Masing-masing memenuhi kehidupan diri. Tetapi berat rindu hatiku itu masih berbekas sehingga kini.

2017, aku habis belajar dan bekerja. Dia masih belajar dan bekerja on off sebagai tour guide. Masih juga aku memikirkan, bila saatnya kami akan berkahwin? Kami hanya mengikut flow kehidupan. Saling mencintai antara satu sama lain seperti biasa. Banyak episod tangisan untuk aku. Tahan saja. Perempuan kan, tidak lari dari menangis. Syukur dia masih terus menguatkan diri ini.

2018, dia bekerja on off. Dan aku pun bekerja kontrak di institusi. Syukur alhamdulillah, aku mendapat kerja yang bergaji bulanan tetap. Dapat kami saling membantu. Sungguh, aku sangat menyayanginya. Walaupun dia masih belum bekerja tetap. Dan erti perkahwinan masih samar-samar untuk kami, masih mencintai tetapi aku belum berfikir untuk berkahwin. Simpanan kami pun on off.

2019, banyak episod berlaku. Aku sudah tidak sanggup menahan hubungan ini tanpa arah yang jelas.Aku sudah sangat menyayanginya. Aku katakan padanya, aku ingin berkahwin. Bermulalah episod kami bertungkus lumus menyimpan duit secara serius. Betapa susahnya kami menyimpan duit kahwin dan perkara-perkara yang berlaku di luar kawalan. Banyak sangat.. ada yang menguatkan ada juga yang melemahkan. Kami kira sebagai pengalaman.

2020, dia posting jauh ke Selangor. Aku terus lemah. Sedangkan bulan Januari, dia merancang untuk datang ke rumah menyatakan hasrat dgn bapa. Kami tunda lagi, sementara dia menguruskan postingnya ke Selangor. Ya Allah, bercampur-campur perasaanku. Jauh.. kami berjauhan lagi.. dan balik dia entah bila.. Tapi tidak mengapa, kami teruskan menyimpan duit kahwin. Bulan Oktober, kami merancang untuk bertunang.. Gembiranya aku, akhirnya hubungan kami pasti dan dikenali keluarga.. Tetapi! Kes Covid19 datang dan pertunangan kami tunda. Aku buntu dan emosi, ada sahaja yang membuatkan ia tidak jadi. Fasa inilah aku sangat beremosi dan banyak perkara berlaku. Waktu ini jugalah aku di tahap paling lemah seumur hidup. Semuanya tidak kena. Mujur masih dikuatkan olehnya, walaupun dia sebenarnya turut terkesan dengan perkara yang berlaku. Bukan mudah, duit dan masa banyak digunakan. Emosi dan kerja kami perlu diatur. Sangat melemahkan. Tuhan saja tahu proses berlaku sangat panjang dan penuh peristiwa.

Syukur Alhamdulillah, dalam banyak perkara berlaku, urusan kami dipermudahkan. Pada 29 Disember 2020, kami bertunang. 30 Disember 2020, pernikahan di pejabat Jheains Kudat, 31 Disember 2020, kami bersanding secara tertutup hanya dihadiri keluarga dan teman kerja sahaja. Rasa syukur sangat untuk semuanya. Keluarga sangat memahami. Semuanya selesai. Rasa ingin nangis bila mengenang kembali!

Terima kasih sekali lagi untuk semuanya yang berlaku, Ya Allah. Sungguh, menguatkan.

Kini, kami bergelar suami isteri. Aku masih tidak percaya. Dialah lelaki yang aku cintai dari awal bertemu, dan dialah juga yang menjadi suamiku. Seorang lelaki yang baik dan sederhana. Kadang rasa diri ini yang banyak sangat kelemahan, tidak mampu berikan semua perkara kepadanya. Tetapi aku tetap mencuba untuk menjadi terbaik untuk dia suamiku. Aku sangat mencintainya dari dulu hingga kini. Terima kasih buat suami sudi menerima diri ini.. Sungguh, tidak banyak kata yang dapat diluah. Hanya rasa syukur terlalu banyak untuk semua perkara. Semoga kita terus kuat untuk menjaga hubungan ini :)


Isteri yang merinduimu
100121




Thursday, 27 December 2018

....

Tulisan bertahun

Sejujurnya aku kepatahan
kepatahan dari pena
sebentar aku melihat aksaraku
cacat
compang-camping

aku selalu
perempuan yang gagal melupakan
hal-hal penyebab tulisan
tiap patah tulisan yang aku tuliskan
kecil dan hanya tulisan

Saturday, 17 November 2018

Mulai bekerja sebagai S29.

Assalammualaikum..

Allahuakbar.

Tanggal 1 November 2018, satu tanggal yang bermakna buat pensyarah Jemputan di PLD Kudat. Kami sudah bekerja di bawah Yayasan Taqwa mengikut gred. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, yang mengaturkannya. Segala kemudahan hanya kepadaMu ya Tuhan. Kontrak kami dipertingkatkan dan lebih selesa buat kami.

Aku bersyukur. Namun, aku telah sekali lagi mempunyai dua pilihan.

Ingin terus bekerja, membantu keluarga, atau menyambung pelajaran dengan sepenuh masa?

Wednesday, 24 October 2018

Inikah lagi?

Assalammualaikum..

Lama tidak menulis lagi di sini. Hanya memenuhi tulisan jiwa di media sosial yang kurang isinya namun banyak ertinya, sukar difahami. Aku berharap aku akan semakin rajin dan mempunyai masa untuk menaip lagi di kanvas blog ini..

Allah, Allah.. hanya namaMu yang ku sebutkan, kerana hanya Engkau yang memahami erti hatiku ini yang aku sendiri berkira-kira memahaminya. Perasaan apakah ini ya Allah? Aku terlintas untuk menulis lagi di sini apabila terlalu satu perasaan yang susah dilupakan tetapi masih aku terlupakan. Aku selalu bergaduh dengan fikiran sendiri apabila dengan pelajaran. Ya Allahh..

Aku sudah bekerja, dan menyambung pengajian secara jarak jauh, mulanya aku sangat teruja dan bersemangat, namun setelah menempuh pengajian selama dua semester, aku sedar aku kehilangan sesuatu.. kehilangan rasa belajar. Apa yang aku hadapi ini sesuatu yang tidak berkualiti? Apa hanya ini merupakan hanya penyedap hati untuk belajar? Atau mungkin aku mengejar sijil sahaja? Ya Allah.. kuatkan aku ya Allah.. pilihkan aku dengan yang terbaik mengikut perancanganMu ya Allah.. aku hanya hamba, aku hanya membawa perasaan ini.. Maafkan aku jika aku hamba mengeluh ya Allah.

Aku mahu belajar dengan teratur dan lebih berkualiti ya Allah..
 
Bulan ini bulan menanti lagi, bulan depan adalah keputusan sekiranya aku dapat menyambung atau diterima masuk ke universiti awam.

Ya Allah, Engkau yang memilihkanku, aku serahkan semua kepadaMu. Apa yang terbaik buatku. 

YES.

Wednesday, 12 September 2018

Wajarlah aku pemendam.

Tidak ramai memahami seorang pemendam. Bahkan pemendam sendiri tidak memahami dirinya.

Kau paksakan dia meluahkan?

Kalau dia jumpa kata.

Selalu dia memang bisu dengan luahan.

Bukan kerana tidak mahu meluahkan, cuma terlebih dahulu siapa yang faham dirinya dan cuba memasuki dunianya?

Saturday, 24 March 2018

Memahamimu.

Aku cuba memahamimu, seisimu.

Menyayangimu, dari jauh.

Mengagumimu, dari jauh.

Mencintaimu, dari jauh.

Mendoakan, dari jauh.

Thursday, 4 January 2018

OVERHELMED; Datang ketika rindu, benar-benar rindu.

Assalammualaikum.

2018.

Aku kira ini post yang pertama pada tahun 2018. Bermula tulisan sejak 2013, lama juga yaa. Selalunya kerana saja-saja, mengisi masa, dan meluahkan jiwa. Hampir separuh kisah banyak ku kongsikan di sini. Hampir.

Selamat tumbuh kembali menjadi teguh di tahun ini.

Banyak perancangan yang tertunai cepat dari waktunya, ada juga perancangan yang tersekat belum sampai waktunya, Tuhan masih belum izinkan, ada juga perancangan masa depan yang masih dirangka-rangka..

Tuhan! Cukup kuatkan aku hingga akhirnya. Cukup itu aku menjadi orang yang tidak mudah putus asa dan terlebih pemikirannya.

Alhamdulillah untuk segala yang mendatang.

Aku perlu lebih bersyukur, di saat ada orang lain yang tidak punya apa yang aku miliki..

Selamat menulis lagi, rajin-rajinlah luahkan jiwa. Jangan pemendam.

Tahun ini; tidak banyak yang aku pinta kepada diriku sendiri, cuma tolong lebih banyak menyimpan simpanan duit sendiri. Hehehe. Juga, rajin-rajin belajar..

K, Bye.

tulisan sahaja

Tulisan perempuan robot, patah mematah.

Kembara jejak tarbiah ke Danau Maninjau merenungi tanah kelahiran Buya Hamka. Kita terpesona, dari bukunya kita baca. Bagaimana indahnya seperti dalam buku kita baca, selalu kita bayangkan. Kisahnya kita di hati mahu ikut mudik ke sana, tapi cukup-cukup sahaja, dan pastinya mudiknya tidak dibenarkan. Siapalah kita, bukan orang kaya-kaya, perempuan biasa-biasa saja. Ke mana saja, pulangnya pada waktunya. Pastinya dikata, tinggi angan-angan, mahu capai tidak sampai apatah lagi didukungkan. 

Banyak perkara boleh difikirkan dari itu, kisah kembara kisah bebas dan kisah orang kaya-kaya kata. Sia-sia? 

Berkisah sini sahaja, tidaklah kita bangkitkan segala yang ada, cukup dengan rasa. Kita bisa lihat dari gambar sahaja dan baca-baca. Biar diam senyum sahaja, sudah dikata sia-sia, diamkan sahajalah paksanya jiwa kita. Simpan kembali angan-angan. Sampai ke tua bersama angan dan senyum sendirian, terlopong lihat melihat yang berpergian. Lalu kelompok meraihkan, "Garam lebih dahulu kita makan, kita tahu mana berkepentingan". Pening si perempuan.

Tulis perempuan robot, sebelah sayap belum patah makin hampir.

Tuesday, 25 July 2017

Tulisan bukan untuk menderhaka.

Tulisan bukan menderhaka,

Sampaikan maafku kepada Tuhan, kerana aku bukanlah mempersoalkan ketentuannya kerana aku tahu Tuhan lebih baik perancangannya. Tetap aku, menetapkan Allah sebagai yang tertinggi.

Sampaikan maafku juga, untuk keluargaku; pencinta jujurku dari kecil. Mengenaliku lebih kepada luaran kurang perhatian untuk dalamanku. Namun, ku mencintai semuanya. Kalian, sosok yang melengkapkan aku; mama, abang, kakak, adik dan anak buah.

Sampaikan maafku pada kamu, yang diam-diam kucintai sebegitu, untuk memilikimu masih punya banyak perancangan lagi.

Sampaikan maafku, kepada yang ku cemburui mempunyai majlis pernikahan lebih awal dariku. Jujur, terasa cemburu diri ini. Sudah punya cinta fitrah untuk bersamamenempuh bangun runtuh sebuah ikatan. Apa perasaannya?

Sampaikan maafku juga kepada diriku sendiri, tidak bisa menjaga diriku, menulis ini. 

Tulisan bukan untuk menderhaka.
Setiap detik masa yang berlalu, adalah dengan izin Allah, izinkan aku kembali menulis. Perit bagiku membiarkan tulisan-tulisan aku semakin kaku. Sungguh, wajarkan seorang penulis mencintai tulisan? Aku bukan penulis, tetapi aku pencinta tulisan. 

Maafkan aku sekali lagi.

"Keras aku pada tulisan kali ini."

Keras kerana tidak mahu aku menjadi seorang yang mengutuki sesuatu hal sebelum berlaku. Maka, biarkan aku tetapkan bagaimana. Kamu, cukup mengenali bila kerasnya hatiku kepada sebuah keputusan.

Koma; aku teruskan. Mesej utama,

Aku tidaklah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan gah, yang membuatkan keluargaku menjadi orang-orang yang riak hatinya, membangga diri jadinya. Tidak, aku berusaha menghapuskan itu sekalipun mustahil dan akan mendapat tentangan ayahku. Ayahku, berpegang kepada kata-kata orang. Sangat melihat kepada kata-kata orang. Aku berlawan pegangan di sini. Aku cuma mahukan sebuah majlis yang mengikut syariat. Tiada majlis tarian, tiada percampuran antara lelaki dan perempuan. Aku mencari berkah di dalam sebuah majlis pernikahan. Sungguh, aku buntu. Allah.. aku buntu..
......
.....
....
....
....
...
.....
...

Dikirakah aku menderhaka jika aku tidak menurut kemahuan ayahku?

Allah..

aku kehilangan kata.


Women get married.

Women get married to find a special best friend.

They want someone who will share their secrets, laugh and joke with them, love them, cherish them, adore them, be romantic with them, and make them feel beautiful.

They want someone who will be attracted to them emotionally and physically.

A woman wants a partner who will strive together with her through this life; laughing and rejoicing through the good times, and sticking by each other and supporting each other the bad times.

She wants a man strong in his deen who can stand up and take the responsibility of the household, and help raise the children in accordance with Islam.

A woman wants her husband to be her friend, companion, and soul mate.

Thursday, 29 June 2017

Sejatuh-jatuhhnya pilihan.

Ada orang

yang diciptakan Tuhan untuk mengenalkanmu pada rasa sakit

ada pula orang yang dihadirkan olehNya
untuk mendekatkanmu kepada bahagia

Pada siapapun

kamu menjatuhkan pilihan
jatuhlah sejatuh-jatuhnya dengan orang yang membuatkan kamu bersyukur jika melihat senyumannya.

Pilihlah.

Pilih aku, jika memang aku satu-satunya yang kau inginkan.

Denganmu, aku ingin berhati-hati.

Sejak awal aku tahu
Tidak semua cinta, akan menyatu
Tidak semua rindu, akan tidak membiru

Bertemu denganmu aku jadi berhati-hati
Tidak ingin ada rasa terlampau besar
Agar hatiku bisa bersabar

Mengenalmu lebih jauh, aku ingin berhati-hati
Tidak perlu berharap lebih
Agar hatiku tidak melambung tinggi

Mencintaimu, aku ingin lebih berhati-hati
Kerana bila semua bersumber dari hati
Apakah rasaku sudah berpusat pada Sang Pemilik Hati?

Denganmu, aku akan lebih berhati-hati
Kerana itu, berhati-hatilah dengan hatiku
Agar ketika kelak kita tahu kita tidak disatukanNya
Dada kita masih mampu berlapang
Mengikhlaskan segalanya
Lalu memulai lagi dari awal
Sebagai sosok pemaaf yang mencintai damai

Maafkan aku, mengenalimu lebih.

Tuesday, 20 June 2017

Aku cuma tertanya.

Aku tertanya,

jika suatu hari nanti kau menemukan tulisanku,

akankah kau tahu tulisan itu semua tentang kau?

Monday, 19 June 2017

Saat semua membantah aku menjadi penulis.

Realiti pada angan-angan lalu, bukan sekadar mengisi senggang waktu.

Ternyata orang yang terjebak begini tidak dapat ke mana-mana bila kehilangan sistem sokongan dan prasangka baik dari persekitaran.

Saat orang membentak untuk menurut kata mereka dengan patuh, aku tahu kau bisa menyembuh sebab itu aku terlalu mencintaimu. Aku tahu kau turut berjuang bersamaku. Tapi saat orang mengatakanmu bukan salah satu kepentingan, aku rapuh. Kau tetap bersamaku, tapi aku semakin kehilanganmu.

Ikut kata orang, perlahan-lahan mati. Ikut hati, dipinggir-pinggir sendiri.

"Selamat tinggal tulisan-tulisan. Orang kata kau tidak berkepentingan dan membuang masa." Sakitnya, buku kosong dan pena kaku.

Apa salah sang menulis?

Wednesday, 19 April 2017

Seberapa pun aku..

Bismillahirrahmannirrahim.

Sepagian menulis di entri yang tertangguh ini.

Perasaan penuh sesak membuatkan aku ingin menegakkan diri untuk bersendirian kerana adapun aku dengan yang lain, mindaku tetap menerobos jauh. Sesi bekerja yang sebenarnya bukan dalam perancangan hidup, semakin berkira-kira aku, apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidup? Aku cuba mengikhlaskan diri dalam menempuh hari-hari. Siapalah diri aku dan kita ini? Hanya hamba, kita merancang semua sepenuh, Allah tetap yang terutama menentukan.

Kadang-kadang aku mungkin terbawa-bawa dengan perasaan seronok berada di tempat belajar, perkara-perkara serius seperti bebanan kerja, proses belajar ilmu baru, turun naik tangga menguruskan hal persatuan, bermuamalah dengan orang sekeliling, bersikap profesional menangani masalah sendiri, menguruskan kewangn sendiri dan banyak lagi, tanpa asyik memikirkan hal-hal yang tidak serius aku kira, di tempat kembali pulang ini; rumah. Aku tertutup; atau sebenarnya, aku masih mahu belajar di tempat lain, di mana sahaja; selain berada di rumah sepenuhnya masa. Aku maklum, aku tahu, orang akan tetap berkata 'rumahmu adalah tempat yang terbaik', namun, aku berkira, ilmu ku masih belum terlalu cukup untuk berhenti..

izinkan aku kembali, menulis dengan penuh emosi..

aku berbeza; berada di rumah dan di tempat lain.

aku kira; aku lelah dari sudut fizikal dan mental jika berada di tempat kembali pulang ini. Aku sendiri tidak tahu kenapa masih sukar aku mengadaptasikan suasana ini di dalam diriku. Padahal tiadalah kerja yang susah jika berada di rumah. Seusai Subuh membantu emak menyiapkan jualan pagi, membersihkan sangkar dan memberi makan anak kucing, membancuh susu untuk si pintar Dani dan cukup setelah itu aku akan membersihkan dirinya. Setelah itu, menyambung segala cucian yang belum selesai, menyidainya dan bersiap untuk pergi bekerja di sebelah petang. Itulah rutin setiap hari.

Bagiku, itu rutin dan tanggungjawab, bukannya kerja. 

Aku masih tetap kosong.

Mungkin juga, aku bersikap tertutup untuk menerima sesuatu yang baru, terlalu biasa berada di tempat lain berdikari sendiri dan buat kerja sendiri dan berperasaan untuk mahu kekal di tempat yang sama itu.

Seberapa pun perasaan aku prinsip aku menebal dalam diri untuk kembali bermuamalah di tempat lain;

aku sedar aku tetap punya tanggungjawab di rumah sebagai anak..

Allah, hanya Engkau tempat memahami..

"Sometimes, pain is all that lets you know you're alive." - Robert Jordan

Sunday, 16 April 2017

nota-nota berbau ketakutan.

Bismillahirrahmannirrahim.

Aku tahu, walau beberapa patah sahaja mungkin yang keluar, teruskan saja menulis kerana terlalu banyak huruf yang bersarang di kepala. Aku tidak gemar berkongsi atau bercerita, aku lebih suka diamkan. Tetapi, tangan tetap gatal menulis. Sampai bergaduh dengan aksara jiwa yang ingin minta dikeluarkan.

Memilih untuk menulis lagi, bila disaat memorinya semakin pudar perlahan-lahan. Baginya, tiadalah yang lebih menggembirakan selain melihat tulisannya menumbuh seperti di dalam jiwanya. Banyaklah, tulisan tentang pergi, hilang, bahagia dan luka.

Sebenarnya, terlalu banyak yang ingin dituliskan, namun sering dikalahkan oleh waktu dan perasaan. Atau, mungkin kerana karakter aku yang memang seorang pemerhati atau juga disebabkan suasana dalaman yang menjadikan aku lebih banyak sepi mendiamkan diri, lebih berfikir tentang kualiti kerja berbanding bisik-bisik kata yang banyak.

aku harap kini,
aku masih mahu kembali ke realiti, 

aku entah berapa kali melihat momen-momen lama, menoleh semula ke belakang, kategori manusia pencinta kenangan aku ini kali.

Kata-kata; bisa menghidupkan dan mematikan; bisa menyala sinar atau menyebar kelam; bisa membawa episod suka dan duka. Dan mungkinkah esok, kata-kata bisa memimpin 'si buta' menuju Tuhannya?
Biar parut rindu menjadi nadi kekuatan. 

Ujian tetap saja menjengah, hari-hari dihujani kenapa.

namun firmanNya sahaja tetap memujuk,

"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." - (Al-Insyirah, 6)
Entah, terlalu lama menghirup udara di tempat lain mungkin. Membuatkan aku perlukan ruang dan waktu untuk mengadaptasi dengan suasana baru walaupun ini merupakan tempat kembali pulang. Tidak lelah fizikalnya, cuma mentalnya.

Tapi, Tuhan tetap meniupkan pada aku rasa keyakinan.

Penuh asam garam dan warna, dalaman.

Sungguh, betapa janggalnya bila kau mengambil keputusan berhenti menulis (merupakan kecintaan kau) dan memulakannya semula. Sangat janggal.

Sekarang, janggal.

Cuma, nanti, bila aku lama terperangkap di keadaan ini dan mula melupakan jiwa aku yang ini, yang semakin perlahan-lahan pudar,

seru ia di sebalik tulisan-tulisan ini.

Mungkin aku diam, mengumpul kekuatan yang hilang. Tidak mudah orang faham. Di celah kesibukan, aku tetap dikejar sunyi. Puas aku mencari titik punca, tidak jumpa dan tetap kosong.

"That broken heart and the pain are lessons and signs for us. They are warnings that something is wrong. And pain is a pointer to our attachments. That which makes us cry, that which causes us the most pain is where our false attachments lie. I was expecting this life to be perfect. But herein lay my fatal mistake. My mistake was not in having expectations. The problem was in *where* I was placing those expectations and that hope. My hope and expectations were in people, relationships, means. We need to put or full hope, trust, and dependancy on God, and God alone. And if we do that, we will learn what it means to finally find peace and stability of heart." - Yasmin Mogahed, Reclaim Your Heart.
Seperti di hiruk-pikuk kota, dengan bunyi hon kereta yang bingit mengganggu gegendang telinga, masih juga kita merasa sunyi, di dalam.

Mengaku saja, mungkin terlalu diperhatikan kepada dunia, ditumpahkan untuk dunia, kepada dunia. Lalu merasa terikat jiwa dengan dunia.

Semua ketakutan, sunyi, sepi, hilang dan kecewa itu, semuanya ternoktah pada titik yang sama; Tuhan.

Beberapa hari ini, rasa sunyi itu kerap datang dan mulai membunuh jiwa.

Apa yang aku mahu sebenarnya? Selain jawapannya cuma pada Tuhan.

Moga hati ini menemui jawapan, dan tidak dikecam sunyi dan ketakutan-ketakutan lagi.



Sunday, 9 April 2017

I've always keep it inside.

I’ve never been able to tell people how I feel; I’ve always kept it inside. Most often it’s the intensely negative and destructive emotions that I bottle up… most often to the point where they begin to quietly destroy me from the inside out. Everyone seems obsessed with happiness and positivity. We live in a society where everyone has smiling photos and happy lives and I don’t know how to relate because I don’t feel like smiling… I don’t have a particularly happy life. 


So I fake it. I pretend. I make my profile photo’s look like everyone else’s, I smile and talk about the weather like everyone else… but what I’m presenting isn’t real a lot of the time. 

Sometimes I wonder – what if nobody’s really that happy? What if everyone else is looking at everyone else and pretending to be happy because it’s what they think is ‘normal’. 

What if we’re all liars pretending to be something we’re not, when really, feeling sad or discontent is normal and if one person just stood up and admitted it we’d all start to realize what a farce it really is.. 

But then I think… perhaps it is just me, and telling people would just bring them down. Perhaps it’s better to keep the negativity inside so it doesn’t hurt other people and make them sad. Because that’s the last thing in the world I’d ever want… to be the cause of someone else feeling what I feel every day…