Pages

Tuesday 25 July 2017

Tulisan bukan untuk menderhaka.

Tulisan bukan menderhaka,

Sampaikan maafku kepada Tuhan, kerana aku bukanlah mempersoalkan ketentuannya kerana aku tahu Tuhan lebih baik perancangannya. Tetap aku, menetapkan Allah sebagai yang tertinggi.

Sampaikan maafku juga, untuk keluargaku; pencinta jujurku dari kecil. Mengenaliku lebih kepada luaran kurang perhatian untuk dalamanku. Namun, ku mencintai semuanya. Kalian, sosok yang melengkapkan aku; mama, abang, kakak, adik dan anak buah.

Sampaikan maafku pada kamu, yang diam-diam kucintai sebegitu, untuk memilikimu masih punya banyak perancangan lagi.

Sampaikan maafku, kepada yang ku cemburui mempunyai majlis pernikahan lebih awal dariku. Jujur, terasa cemburu diri ini. Sudah punya cinta fitrah untuk bersamamenempuh bangun runtuh sebuah ikatan. Apa perasaannya?

Sampaikan maafku juga kepada diriku sendiri, tidak bisa menjaga diriku, menulis ini. 

Tulisan bukan untuk menderhaka.
Setiap detik masa yang berlalu, adalah dengan izin Allah, izinkan aku kembali menulis. Perit bagiku membiarkan tulisan-tulisan aku semakin kaku. Sungguh, wajarkan seorang penulis mencintai tulisan? Aku bukan penulis, tetapi aku pencinta tulisan. 

Maafkan aku sekali lagi.

"Keras aku pada tulisan kali ini."

Keras kerana tidak mahu aku menjadi seorang yang mengutuki sesuatu hal sebelum berlaku. Maka, biarkan aku tetapkan bagaimana. Kamu, cukup mengenali bila kerasnya hatiku kepada sebuah keputusan.

Koma; aku teruskan. Mesej utama,

Aku tidaklah mengimpikan sebuah majlis perkahwinan gah, yang membuatkan keluargaku menjadi orang-orang yang riak hatinya, membangga diri jadinya. Tidak, aku berusaha menghapuskan itu sekalipun mustahil dan akan mendapat tentangan ayahku. Ayahku, berpegang kepada kata-kata orang. Sangat melihat kepada kata-kata orang. Aku berlawan pegangan di sini. Aku cuma mahukan sebuah majlis yang mengikut syariat. Tiada majlis tarian, tiada percampuran antara lelaki dan perempuan. Aku mencari berkah di dalam sebuah majlis pernikahan. Sungguh, aku buntu. Allah.. aku buntu..
......
.....
....
....
....
...
.....
...

Dikirakah aku menderhaka jika aku tidak menurut kemahuan ayahku?

Allah..

aku kehilangan kata.


No comments:

Post a Comment