Pages

Sunday 10 January 2021

Get married with H.

Assalammualaikum.

Lamanya tidak menulis di sini.

Saya dah kahwin! 

Dengan orang yang sama sy ceritakan juga beberapa tahun lalu.. 7 tahun lalu.. 

https://aamalbanan.blogspot.com/2014/07/allah-takdirkan-kita-bertemu.html?m=0

https://aamalbanan.blogspot.com/2014/07/menanti-sesuatu-yang-tak-pasti.html?m=0

https://aamalbanan.blogspot.com/2015/04/i-hope-you-look-for-me-in-everyone-you.html?m=0

https://aamalbanan.blogspot.com/2015/06/i-wish-it-was-you.html?m=0

https://aamalbanan.blogspot.com/2015/12/sakit.html?m=0

Ya, masih dia. Dia yang aku jatuh cinta dari 2014 lagi. Masih dia. Sehingga sekarang msih dia.

Alhamdulillah, terima kasih Allah. Dia kini menjadi suami ku - H.

Sangat banyak yang kami lalui sebelum mampu bernikah. Bermula dari 2014, aku memendam perasaan selama setahun, mencuba untuk mendekati dan meluahkan perasaan. Kemudian, terjawab olehnya pada tahun 2015. Bersamalah kami menjaga hubungan jarak jauh bermula tahun 2016 dari satu institusi yang sama sehingga dia pergi jauh belajar di tempat lain. Sehingga pernah aku berfikir, adakah jodoh kami ini? Dari belajar, aku masih membuatkannya sebagai satu kekuatan. Kami biasa saja, berhubung dalam talian. Berjumpa pun setahun sekali. Masing-masing memenuhi kehidupan diri. Tetapi berat rindu hatiku itu masih berbekas sehingga kini.

2017, aku habis belajar dan bekerja. Dia masih belajar dan bekerja on off sebagai tour guide. Masih juga aku memikirkan, bila saatnya kami akan berkahwin? Kami hanya mengikut flow kehidupan. Saling mencintai antara satu sama lain seperti biasa. Banyak episod tangisan untuk aku. Tahan saja. Perempuan kan, tidak lari dari menangis. Syukur dia masih terus menguatkan diri ini.

2018, dia bekerja on off. Dan aku pun bekerja kontrak di institusi. Syukur alhamdulillah, aku mendapat kerja yang bergaji bulanan tetap. Dapat kami saling membantu. Sungguh, aku sangat menyayanginya. Walaupun dia masih belum bekerja tetap. Dan erti perkahwinan masih samar-samar untuk kami, masih mencintai tetapi aku belum berfikir untuk berkahwin. Simpanan kami pun on off.

2019, banyak episod berlaku. Aku sudah tidak sanggup menahan hubungan ini tanpa arah yang jelas.Aku sudah sangat menyayanginya. Aku katakan padanya, aku ingin berkahwin. Bermulalah episod kami bertungkus lumus menyimpan duit secara serius. Betapa susahnya kami menyimpan duit kahwin dan perkara-perkara yang berlaku di luar kawalan. Banyak sangat.. ada yang menguatkan ada juga yang melemahkan. Kami kira sebagai pengalaman.

2020, dia posting jauh ke Selangor. Aku terus lemah. Sedangkan bulan Januari, dia merancang untuk datang ke rumah menyatakan hasrat dgn bapa. Kami tunda lagi, sementara dia menguruskan postingnya ke Selangor. Ya Allah, bercampur-campur perasaanku. Jauh.. kami berjauhan lagi.. dan balik dia entah bila.. Tapi tidak mengapa, kami teruskan menyimpan duit kahwin. Bulan Oktober, kami merancang untuk bertunang.. Gembiranya aku, akhirnya hubungan kami pasti dan dikenali keluarga.. Tetapi! Kes Covid19 datang dan pertunangan kami tunda. Aku buntu dan emosi, ada sahaja yang membuatkan ia tidak jadi. Fasa inilah aku sangat beremosi dan banyak perkara berlaku. Waktu ini jugalah aku di tahap paling lemah seumur hidup. Semuanya tidak kena. Mujur masih dikuatkan olehnya, walaupun dia sebenarnya turut terkesan dengan perkara yang berlaku. Bukan mudah, duit dan masa banyak digunakan. Emosi dan kerja kami perlu diatur. Sangat melemahkan. Tuhan saja tahu proses berlaku sangat panjang dan penuh peristiwa.

Syukur Alhamdulillah, dalam banyak perkara berlaku, urusan kami dipermudahkan. Pada 29 Disember 2020, kami bertunang. 30 Disember 2020, pernikahan di pejabat Jheains Kudat, 31 Disember 2020, kami bersanding secara tertutup hanya dihadiri keluarga dan teman kerja sahaja. Rasa syukur sangat untuk semuanya. Keluarga sangat memahami. Semuanya selesai. Rasa ingin nangis bila mengenang kembali!

Terima kasih sekali lagi untuk semuanya yang berlaku, Ya Allah. Sungguh, menguatkan.

Kini, kami bergelar suami isteri. Aku masih tidak percaya. Dialah lelaki yang aku cintai dari awal bertemu, dan dialah juga yang menjadi suamiku. Seorang lelaki yang baik dan sederhana. Kadang rasa diri ini yang banyak sangat kelemahan, tidak mampu berikan semua perkara kepadanya. Tetapi aku tetap mencuba untuk menjadi terbaik untuk dia suamiku. Aku sangat mencintainya dari dulu hingga kini. Terima kasih buat suami sudi menerima diri ini.. Sungguh, tidak banyak kata yang dapat diluah. Hanya rasa syukur terlalu banyak untuk semua perkara. Semoga kita terus kuat untuk menjaga hubungan ini :)


Isteri yang merinduimu
100121




No comments:

Post a Comment