Pages

Wednesday 19 April 2017

Seberapa pun aku..

Bismillahirrahmannirrahim.

Sepagian menulis di entri yang tertangguh ini.

Perasaan penuh sesak membuatkan aku ingin menegakkan diri untuk bersendirian kerana adapun aku dengan yang lain, mindaku tetap menerobos jauh. Sesi bekerja yang sebenarnya bukan dalam perancangan hidup, semakin berkira-kira aku, apa yang aku mahu sebenarnya dalam hidup? Aku cuba mengikhlaskan diri dalam menempuh hari-hari. Siapalah diri aku dan kita ini? Hanya hamba, kita merancang semua sepenuh, Allah tetap yang terutama menentukan.

Kadang-kadang aku mungkin terbawa-bawa dengan perasaan seronok berada di tempat belajar, perkara-perkara serius seperti bebanan kerja, proses belajar ilmu baru, turun naik tangga menguruskan hal persatuan, bermuamalah dengan orang sekeliling, bersikap profesional menangani masalah sendiri, menguruskan kewangn sendiri dan banyak lagi, tanpa asyik memikirkan hal-hal yang tidak serius aku kira, di tempat kembali pulang ini; rumah. Aku tertutup; atau sebenarnya, aku masih mahu belajar di tempat lain, di mana sahaja; selain berada di rumah sepenuhnya masa. Aku maklum, aku tahu, orang akan tetap berkata 'rumahmu adalah tempat yang terbaik', namun, aku berkira, ilmu ku masih belum terlalu cukup untuk berhenti..

izinkan aku kembali, menulis dengan penuh emosi..

aku berbeza; berada di rumah dan di tempat lain.

aku kira; aku lelah dari sudut fizikal dan mental jika berada di tempat kembali pulang ini. Aku sendiri tidak tahu kenapa masih sukar aku mengadaptasikan suasana ini di dalam diriku. Padahal tiadalah kerja yang susah jika berada di rumah. Seusai Subuh membantu emak menyiapkan jualan pagi, membersihkan sangkar dan memberi makan anak kucing, membancuh susu untuk si pintar Dani dan cukup setelah itu aku akan membersihkan dirinya. Setelah itu, menyambung segala cucian yang belum selesai, menyidainya dan bersiap untuk pergi bekerja di sebelah petang. Itulah rutin setiap hari.

Bagiku, itu rutin dan tanggungjawab, bukannya kerja. 

Aku masih tetap kosong.

Mungkin juga, aku bersikap tertutup untuk menerima sesuatu yang baru, terlalu biasa berada di tempat lain berdikari sendiri dan buat kerja sendiri dan berperasaan untuk mahu kekal di tempat yang sama itu.

Seberapa pun perasaan aku prinsip aku menebal dalam diri untuk kembali bermuamalah di tempat lain;

aku sedar aku tetap punya tanggungjawab di rumah sebagai anak..

Allah, hanya Engkau tempat memahami..

"Sometimes, pain is all that lets you know you're alive." - Robert Jordan

No comments:

Post a Comment