Pages

Thursday 3 March 2016

Yang penting, kau sembuh.


Empat tahun lalu, nafas kau seperti direnggut dan kau hilang asa untuk teruskan hela.

Tiga tahun lalu, hati kau dibelah toreh dan kau antara hidup dan mati sedut udara luka.

Dua tahun lalu, luka bekas torehan semalam seperti terbuka kembali dan kau diam kerana sudah biasa.

Satu tahun lalu, parut bekas luka semalam disentuh perlahan dan kau senyum walaupun asbab luka itu belum kau lupa.

Hari ini, kau bangun pagi dan ketawa kejar bahagia depan muka sebab kau sudah tidak peduli sakit derita sebelumnya.


Tidak penting berapa tahun yang perlu kau ambil untuk atasi dan hadapi segala luka,

Yang penting,
akhirnya kau sembuh.


No comments:

Post a Comment