Pages

Wednesday, 31 August 2016

Biar jadi emosi.

Ini bukannya pertama kali aku diam tidak dapat berucap. Hanya di dalam batin tersimpan untuk diriku sendiri. Aku tidak menyalahkan sesiapa, atau keadaan pun aku tidak salahkan. Hanya aku, menyesal dan kecewa. Seolahnya ditinggalkan begitu sahaja, tiada jawapan penuh teliti. padahal mungkin tidak begitu sepatutnya. Ini mungkin hanyalah rasa takutku kepadamu.


Menangis? Jangan ditanya kerana aku biasa menangis ditutupi senyuman. Perasaan dan imanku berbolak-balik. Sebab itu aku meminta kepada Tuhan, mohon dijaga jiwaku. Sebab itu, aku menyerahkan segala kebergantunganku kepada Tuhanku.

Aku perlu menenangkan diri, sejenak. Dan perlu memahami, rasanya ditinggalkan setelah dipeluk erat seolah-olah tidak akan dilepaskan. Aku perlu memahami segala kemungkinan. Bagaimana rasanya berdiam.

Entah, kenapa aku menulis dan menjadi emosi seperti ini.

Maafkan aku.

Cinta yang sedang aku perhatikan.

Lain macam, tajuk.

Cinta dikatakan rumit oleh kebanyakan manusia, tafsirannya.

Namun, apapun tafsirannya, semoga ia adalah proses kita menuju kebaikan.


Jika cinta itu manusia, mungkin ia akan menjadi gemuk kerana terlalu kenyang dengan segala tuduhan dan definisi yang pelbagai.

Maka, aku tuliskan maksud cinta yang diterjemahkan bebas ini.

Cinta itu, boleh bermakna jamak, tunggal ataupun infiniti.

Cinta cahaya kepada klorofil, membuatkan ia menghasilkan kehidupan untuk semua. Begitu keindahan tercipta. Cinta dari dan kepada semua masyarakat, menghasilkan negara merdeka, kukuh, aman dan damai. Cinta yang diikat secara suci, tidak perlu menyakiti dan perlu saling menasihati maka akan menghasilkan madrasah yang berikutnya dinamakan keluarga. Hingga tiba kepada cinta Pencipta kepada hambaNya, mewujudkan taqwa, ianya tidak terbilang, sungguh. Infiniti.

Itu.

Meski tidak semua cinta itu mendekatkan, seperti matahari yang mencintai bumi tanpa mendekatinya. Kerana ia tahu bahawa mendekatinya hanya kan membalikkan erti dari cinta itu sendiri, meyakiti.

Lalu kini, bagaimana dirimu menceritakan jati diri cinta?

Monday, 29 August 2016

Menikmati waktu yang lebih lama dari biasa.

Menunggu hari itu, seakan ingin aku percepatkan waktu.

Ada banyak juga ketakutan yang aku fikirkan sekarang, yang aku tutup rapi dnegan senyuman.

Aku menutupkan takutku dengan membaca. Memberi bekal diriku di masa depan.

Kadang dengan itu, hatiku menjadi tenang.

Saturday, 23 July 2016

#catatanorkid

#catatanorkid

Selesai solat Isyak, Orkid menghabis satu pertiga surah an-Nisa. Tiada hal yang lebih menyenangkan, melainkan memakai pakaian solat. Telefon bimbit dimatikan, pintu bilik dikunci. Setelah selesai bacaannya, dia membuka diarinya. Memulakan tulisan. Cuaca agak elok sedikit, tenang tetapi mendung. Sejuk. Sama seperti perasaan Orkid waktu itu.

"Penuh perasaan tulisan kau." Kata Tulip.

"Iya."

"Kenapa begitu?"

"Entahlah."

"Kau marah?"

"Tidak."

"Kau sakit?"

"Tidak."

"Kau ada masalah?"

"Tiada."

"Kau kenapa?"

"Aku tidak tahu."

"Kau kenapa. Sini beritahu aku."

"Aku tidak tahu. Aku sangat tidak tahu kenapa aku begini." Orkid menahan sesak di dada.

Tulip bertanya lagi, tiba-tiba, "Kau rindu?"

Kaku Orkid.

"Ya, aku rindu."

Tulisan rindu.

untuk hal hal yang menyakitkan hatiku walaupun sekecil apa pun tapi aku cuma berdiam diri
untuk silap ucap kau buat aku berkecil hati tapi aku cuma berdiam diri
untuk kata kata aku kepadamu waktu kau terus terusan buat tidak tahu tapi aku cuma berdiam diri
untuk entah ke berapa kalinya kau memungkir janji tapi aku cuma berdiam diri
untuk luka-luka pedih yang kau tekapkan di hatiku tapi aku cuma berdiam diri
untuk setiap satu kegalauan yang aku rasakan waktu kau mahu meninggalkanku tapi aku cuma berdiam diri
untuk kesibukanmu yang perlu aku sepatutnya aku pinjam tapi aku cuma berdiam diri
untuk senyap kau yang tiba tiba hilang entah ke mana tapi aku cuma berdiam diri

Entahlah tapi aku tidak tahu kenapa aku berdiam diri.

Sebab aku rindu.

Kau tahukah aku rindu?

Kalau kau tanya aku marah

Entahlah, aku tidak mampu jawab kalau kau tanya aku marah atau tidak.

Serius, aku tidak marah. Cuma rasa ingin perhatianmu itu sentiasa ada dalam diriku.

Aku fahami, kau sibuk dengan banyak perkara untuk masa depanmu.

Aku fahami, pasti kau susah dihubungi.

Aku fahami, waktu kesibukan kita berbeza.

Aku curi perhatianmu sedikit, boleh?

Wednesday, 13 July 2016