Pages

Wednesday 31 August 2016

Cinta yang sedang aku perhatikan.

Lain macam, tajuk.

Cinta dikatakan rumit oleh kebanyakan manusia, tafsirannya.

Namun, apapun tafsirannya, semoga ia adalah proses kita menuju kebaikan.


Jika cinta itu manusia, mungkin ia akan menjadi gemuk kerana terlalu kenyang dengan segala tuduhan dan definisi yang pelbagai.

Maka, aku tuliskan maksud cinta yang diterjemahkan bebas ini.

Cinta itu, boleh bermakna jamak, tunggal ataupun infiniti.

Cinta cahaya kepada klorofil, membuatkan ia menghasilkan kehidupan untuk semua. Begitu keindahan tercipta. Cinta dari dan kepada semua masyarakat, menghasilkan negara merdeka, kukuh, aman dan damai. Cinta yang diikat secara suci, tidak perlu menyakiti dan perlu saling menasihati maka akan menghasilkan madrasah yang berikutnya dinamakan keluarga. Hingga tiba kepada cinta Pencipta kepada hambaNya, mewujudkan taqwa, ianya tidak terbilang, sungguh. Infiniti.

Itu.

Meski tidak semua cinta itu mendekatkan, seperti matahari yang mencintai bumi tanpa mendekatinya. Kerana ia tahu bahawa mendekatinya hanya kan membalikkan erti dari cinta itu sendiri, meyakiti.

Lalu kini, bagaimana dirimu menceritakan jati diri cinta?

No comments:

Post a Comment