Pages

Friday 20 June 2014

Dakwah itu Cinta, bagi mereka yang memikirkan.

Assalammualaikum.

Post ini buat kamu, kerana kita tahu jalan ini paling mudah untuk ke syurga.
Namun, jalan ini sangat panjang dan tidaknya mudah.
Oleh itu, aku memerlukan kamu kamu kamu dan kamu, untuk kita sama-sama melangkah.
Yaa? :)

Monolog. Malam. Sendiri. 
Masa yang diberikan untuk beribadat kepadaNya dicuri sebentar untuk update blog. 
Alhamdulillah binikmati iman wa islam. 
Alhamdulillah binikmati tarbiyyah Ya Allah!
Segalanya ku sandarkan padaMu Ya Allah!

Apabila malam melabuhkan tirainya, setiap yang 'bekerja' berhenti seketika untuk memberi peluang kepada minda, hati dan jasad untuk berehat. BEREHAT.

BEREHAT, untuk yang memikirkan,
mereka yang memikirkan,
"esok mahu pergi ke mana"
"esok mahu pakai apa"
"esok mahu bangun awal"
"esok mahu buat assignment yang banyakkkkk"
"esok blablablabla.."
'esok.."
"esok.."
takkan berhenti memikirkan, itulah sifatnya duniawi.

Tetapi ada kamu, kamu dan kamu adalah berbeza.
Berbeza dari 'mereka'. Kerana kamu hidup kerana Yang Satu.
Sepatutnya, kamu berlain daripada kebiasaan 'mereka'.


"Annasu ma'addin, khiyaruhum fil jahiliyyah khiyaruhum fil islam, izafaquhu."
Manusia itu logam, baiknya dia di dalam jahiliyyah, maka baik juga ia di dalam Islam,dengan syarat sekiranya dia faham.

istilah Faqihu dan Faquhu, apa yang kita faham?

*Faqihu adalah mereka tahu tentang ilmu tasawwur, ilmu fiqh, syariah dan sebagainya.
*Faquhu adalah mereka yang faham apa itu Islam sebenarnya dan mengamalkan walau mungkin tidak arif sangat.

Tidak semua Para Sahabat Rasulullah itu Faqihu, namun yang pastinya mereka adalah Faquhu kerana mereka memahami Islam dan mengamalkan sebagai Addin kehidupan. SubhanAllah.

Apa tujuan kita dicipta? 

  "Allah ciptakan jin dan manusia untuk beribadat kepadaNya."
Az Zariyat (51:56)

Hebat perancangan Allah, kan?

  "Allah ciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini."
Al Baqarah (2:30)

Para manusia yang baru berada dalam tarbiyyah selama beberapa tahun atau bulan atau mungkin hari, kenapa perlu mengeluh? 
Tarbiyyah memerlukan masa untuk kita bina diri kita. 
Sepanjang tempoh itu juga kita akan diuji. 
Kerana proses mentarbiyyah dan ditarbiyyah perlu seiring sejalan. 
Allah Maha Tahu bila waktunya kita sudah bersedia dan suatu masanya akan diaturkan buat kita. 

InshaAllah :)



Dan ketahuilah, pengakhiran paling indah buat seorang mukmin ialah bertemu Allah di syurga. 
InshaAllah.

TARBIYYAH.
Hembus nafas. Teringat sahabat seperjuangan. 
Dari jauh doa ku titipkan buat para sahabat seperjuangan :'')
Allah takdirkan kita bertemu. 

Indahnya makna tarbiyyah buat diriku, ibarat bom atom yang menghancurkan bentuk-bentuk jahiliyyah dalam diriku. 
Komitmen yang tinggi diperlukan untuk terus tsabat di jalan ini. 
Maknanya sangat indah dan hebat. 

TARBIYYAH, episod lembaran baru dalam buku seorang pendosa seperti saya. 
Seorang pendosa yang baru merangkak kenal Tuhan.
Astaghfirullah.

p/s: Petikan usrah semalam dengan akhwat. Maaf jika mungkin yang membaca tidak faham. Akalku tidak tercapai lagi untuk menulis secantiknya. Saya ambil dalil Quran yang biasa dengar dalam majlis ilmu. Moga apa yang ditulis di kanvas blog ini bermanfaat. Sila tegur jika ada yang salah :) 




No comments:

Post a Comment